Hari tu wanie masak udang butter. Lupa nak post kat blog.. hahaha.. tapi resepi udang butter wanie versi creamy ye.. wanie kureng sket kalau yang jenis kering bersarang-saranghae tu.. hehehe..
Oleh sebab update via mobile, so nak edit post or gambar cun cun takde ye..
Bahan-bahan
🎀 Udang sederhana (macam dalam gambar)
🎀 2 tangkai daun kari (daun sahaja)
🎀 3 ulas bawang putih (potong dadu)
🎀 2 tangkai cili padi (hiris kecil)
🎀 Setengah sudu kecil serbuk kunyit
🎀 Setengah sudu kecil serbuk pati ayam Knorr
🎀 1 setengah sudu besar salted butter
🎀 Minyak masak
🎀 Garam gula
🎀 Susu cair
🎀 Setengah sudu kecil mayonis (optional)
Cara-caranya
🎀 Udang yang dah dibasuh bersih, ditoskan airnya. Gaul dengan kunyit, sedikit garam dan setengah sudu teh serbuk pati ayam Knorr. Perap dalam 10 minit.
🎀 Goreng udang separuh masak dalam minyak masak dan ketepikan.
----------------------------------------------------
🎀 Guna frying pan baru. Cairkan butter dan masukkan sesudu dua minyak masak.
🎀 Tumis daun kari, bawang putih dan cili padi 2 minit
🎀 Masukkan udang yang digoreng tadi
🎀 Tuang susu cair sedikit demi sedikit sambil kacau slow slow. Jangan satu tin plak, cukup sekadar berkuah sikit je.
🎀 Season to taste with garam and gula
🎀 Masuk mayonis sikit
🎀 Done!
Walaoweh! Lapar!
#Gambar udang butter tu dalam bekas pink. Sebelah nye tu pudding marble. Hahahahaha..
11 January 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment