10 June 2025

Resepi Air Kacang Soya Guna Thermomix

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Helloooo~~ dah lama tak bersiaran. Harini nak share resepi air kacang soya guna thermomix. Yang best, tak perlu rendam biji soya tu. Sebab baru sudah buat, so nak simpan sini. Senang nak refer balik nanti. Thermomix ni pinjam yang member punya, dah bercita-cita lama dah nak ada 1. Cuma, sebab harga mahal sangat, terfikir takut jadi "tukun" je kat rumah. Nampak gayanya, macam tak. Memang sangat-sangat function eh. Cuma TM 7 tak officially masuk Malaysia lagi. Bulan 10 ni baru masuk.. so kita menunggu je lah dulu. 

Resepi ni wanie cari kat facebook. Kredit kepada empunya resipi ya :


Bahan-bahan:

  • 200g kacang soya kering
  • 1200g air
  • 3 daun pandan disimpul
  • 80g gula (ikut citarasa)

Cara Penyediaan:

  1. Attach butterfly whisk

  2. Germinate bean soya 1 jam : Masukkan 200g kacang soya kering dan 1000g air (utk kegunaan germinate bean soya) . 60 min/37°C/speed 1

  3. Tapis kacang soya. Remove butterfly whisk. Masukkan bean ke dalam bowl semula. Masukkan 600g air. Blend 1 min/speed 8

  4. Tambah 600g air lagi. Mix 10 sec/speed 3 . Kemudian, tapis air soya guna penapis soya.

  5. Bilas bowl. Tuangkan air soya ditapis tadi ke dalam bowl.

  6. Masukkan 3 daun pandan disimpul . MC off, ganti dengan simmering basket.
    Masak 
    18 min/90°C/speed 3 .

  7. Masukkan 80g gula. MC on. Mix 1 min/speed 2 .

  8. Keluarkan daun pandan. Ready to serve.

07 November 2023

Resepi Kurma Daging Utara Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

 Hello, salam semua!

Semalam dinner, wanie masak kurma daging. Kali ni, kita buat style lain sikit. Biasanya sapp sapp siappp kan? Kali ni, terlebih rajin dan cik abang pun suka sangat. Bahan-bahan yang digunakan, ingredients dan kuantitinya lebih sikit dari kebiasaan wanie masak. Saja masak lebih kali ni sebab masak dinner, boleh panaskan esoknya time lunch jugak. Jom tengok!


Bahan-bahan blend
---------------------------
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia


Bahan-bahan lain
----------------------------
1 peket kecil serbuk kurma Babas
300 - 400 gram Daging dipotong kecil 
4 sekawan (kulit kayu manis 1 batang , cengkih 4 kuntum , bunga lawang 2 kuntum , buah pelaga 5 biji) *
3 pelepah daun kari *
1 inci halia - dimayang *
2 ulas bawang putih - dimayang *
3 biji bawang kecil - dimayang *
1 1/2 sudu besar kerisik
1 kotak kecil santan
2 tangkai cili besar (potong tengah separuh sahaja, jangan putus 2)
3 biji kentang - potong 4 
Gula melaka (separuh keping)
Garam
Ajinomoto (optional)
Minyak masak



Cara-caranya
-----------------------------

1) Panaskan minyak - kuantiti agak banyak sikit macam nak masak gulai

2) Tumiskan bahan-bahan bertanda * sampai naik bau wangi atau bawang dah layu sikit. 

3) Kemudian, terus masukkan bahan-bahan blend tadi bersama 1 peket serbuk kurma dan kerisik. Kacau sebati dan tumis sampai pecah minyak.

4) Masukkan kentang. Kacau-kacau dan biarkan sekejap untuk beberapa minit (step ni untuk nak bagi kentang cepat empuk nanti). Masukkan 1 sudu kecil garam time ni, supaya rasa tu boleh meresap dalam kentang awal. 

5) Lepas kentang dah agak-agak half cook, masukkan daging dan cili besar yang dibelah tengah tadi. Biarkan air daging keluar dahulu sebelum nak tambah air (kalau terus tambah air, nanti kuah cair).

6) Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit, santan, gula melaka, garam dan ajinomoto. Balance kan rasa dan kepekatan kuah.


Siap!

Ada nasi tomato ni, perghhhh!! Terbaik~~

14 August 2023

Resepi Gulai Daging Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Harini nak upload resepi Gulai Daging Simple favourite cik abang kita. Bertambah-tambah nasi dia makan, consider pass lah dengan selera dia. Seronok bila ada blog tempat nak share resepi ni, sebab husband pun dah pandai masak. Kalau wanie sibuk buat kerja rumah yang lain, urusan dapur memang boleh serah dekat dia. Kadang-kadang, bila wanie habis kerja malam, dia refer je blog ni untuk masak dinner. Legaaaa tak terkata.. hehehe~



Bahan-bahannya

-----------------

1 peket rempah kari daging Babas (biasa)

1 peket rempah kari daging Babas (pedas)

1 sudu teh serbuk jintan manis

1 sudu teh serbuk jintan putih

1 sudu teh serbuk ketumbar

4 biji bawang kecil (hiris)

3 ulas bawang putih (hiris)

1 1/2 inci halia (hiris)

4 pelepah daun kari

4 sekawan (1 batang kayu manis, 5 biji pelaga, 3 kuntum cengkih, 1 kuntum bunga lawang)

1/2 kotak santan kotak

Daging

Ubi kentang (potong 4)

Minyak

Gula melaka 

Garam

Sedikit ajinomoto (optional)

1 sudu kerisik

1 batang cabai besar belah tengah jangan putus



Cara-caranya

------------------


1) Rempah kari, serbuk jintan dan serbuk ketumbar disatukan dan dijadikan pes.


2) Panaskan minyak, lebihkan sedikit. Tumis semua bahan hiris, daun kari dan 4 sekawan sampai wangi. Kemudian masukkan pes. Goreng garing (jangan hangit) - masukkan air sedikit sedikit, dan kacau-kacau. Ulang step ni 2-3 kali sampai pes tadi betul-betul masak dan pecah minyak.


3) Masukkan daging dan kentang. Masukkan 1 sudu teh garam. Biar sampai daging keluar air dan agak kering sikit kuahnya. Time ni kari akan nampak pekat. Biar je, tambahkan air dan renehkan macam biasa. 


4) Bila nampak kentang hampir masak, masukkan santan, gula melaka, ajinomoto, kerisik dan cabai besar. Renehkan lagi sampai semua mesra gittewww.. Tambah garam jika perlu, time ni dah boleh balance kan rasa ikut selera masing-masing. Biar / kacau-kacau sekali sekala sampai lah kentang betul-betul dan empuk. Siap.



Note:

- Dia punya bau kari memamng semerbak 1 rumah. Masak time lunch, ada lebihan tu, cuma buat roti jala je untuk dinner. Umur dah banyak ni, malam-malam cuba untuk tak makan nasi. Heheh~

29 December 2022

Resepi Bubur Lambuk Udang Favourite Suami Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Salam semua.. 


Semalam husband tak sihat, demam selsema. Bila demam selsema ni, mula lah tak lalu nak makan apa-apa. Jenuh memikir juga, apa nak masak. Last-last, terfikir nak masak bubur lah. Teringat bubur lambuk Pak Hassan Kampung Baru tu, tapi, mana laaa nak dapat time-time ni kan. Jadinya, belasah aje lah masak apa yang ada kat dapur tu. Alhamdulillah, percubaan menjadi. 3 mangkuk penuh husband makan.. Happy me! Nak simpan sini lah resepi nya.. nanti, boleh buat lagi.

Bubur ni saya tak masak guna rice cooker. Memang manual masak dalam periuk/kuali dalam atas api.


Bahan-bahannya
🌼 1 setengah cup beras (dibasuh bersih dan di toskan)
🌼 1/4 sudu kecil serbuk jintan putih **
🌼 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis **
🌼 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar **
🌼 1 kuntum bunga lawang **
🌼 2 kuntum bunga cengkih **
🌼 2 biji buah pelaga **
🌼 1 batang kulit kayu manis **
🌼 1 sudu kecil halba **
🌼 1 sudu besar black pepper (biji - ditumbuk)
🌼 3 ulas bawang putih - hiris
🌼 3 ulas bawang merah/kecil - hiris
🌼 1 inci halia
🌼 2 kiub ayam Maggi
🌼 1 sudu kecil udang kering yang dibersihkan
🌼 5 ekor udang (kalau udang size L, dibuang kulit dan dipotong 3. Kepala udang jangan buang)
🌼 1 kotak kecil santan Farm Fresh
🌼 Sedikit sahaja minyak untuk menumis
🌼 Air secukupnya
🌼 Garam
 
 
Cara-caranya
 
1)   Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sampai wangi. Kemudian, masukkan bahan yang bertanda **. Kacau sekejap, masukkan beras yang dibersih dan ditos tadi dan kacau sebentar.

2)  Masukkan air (banyak pun takpe). Kemudian, masukkan kiub ayam, udang kering, black pepper dan sedikit garam. 
Note : Gradually tambah air sampai beras hancur / bentuk bubur. Kena bersabar sikit sementara beras nak hancur ni.. 30 minit lebih tu biasa.. hahaha

3)  Bila nampak beras dah nak hancur, masukkan kepala udang dan isi udang. Tambah air lagi dan masukkan 1 kotak kecil santan. Kacau-kacau sampai dapat tekstur yang korang suka. Tambah garam kalau kurang masin. Siap.


Daun pandan tak ada. Kalau tak memang lagi wangi bubur. Kalau korang rajin, boleh makan bubur dengan tabur kan bawang goreng. Saya prefer letak lada sulah dan sedikit kicap. Selamat mencuba!    = ^____^ =

09 December 2022

Resepi Ayam Bali Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

 Alang-alang dah berblogging nak up resepi ni, saya up 2 sekali gus selepas Resepi Gulai Telur dan Kacang Buncis tu. First time saya masak resepi ni, my husband suka. Kalau 3 pinggan tambah nasi tu, sedap lah kan.. hahahaha. Ok, jom tengok resepi nya.


Bahan-bahannya

🌼 5 ketul ayam gaul garam kunyit (size macam ayam potong 14)
🌼 2 batang serai diketuk (kalau serai kurussss je, 3 batang pun ok)
🌼 3 tangkai daun kari 
🌼 6-7 tangkai cili kering **
🌼 1 biji bawang besar **
🌼 4-5 ulas bawang putih **
🌼 1 inci halia **
🌼 1 sudu besar sos cili
🌼 Kicap kipas udang (brand lain pun ok)
🌼 Minyak masak
🌼 Garam/gula/maggi cukup rasa


Cara-caranya

1)  Goreng ayam yang digaul garam kunyit. Asingkan.

2)  Bahan-bahan bertanda ** diblend.

3)  Minyak goreng ayam tadi saya ambil dalam sesenduk ke dalam kuali. Panaskan, dan masukkan daun kari beserta serai. Tumis sampai warna sedikit bertukar.

4)  Masukkan bahan-bahan yang diblend tadi. Kecilkan api sedikit, tumis sampai pecah minyak dan naik bau. Kalau kering sangat, tambahkan sedikit air.

5)  Masukkan bahan perasa dan sos cili. Kacau-kacau sikit, kemudian masukkan ayam. Gaul-gaulkan biar sebati dan renjis-renjiskan kicap sampai warna bertukar agak merah gelap. Jangan letak banyak tau, nanti jadi ayam masak kicap. Hehehe.. adjust rasa ikut sesuai tekak. Siap.


Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Gulai Telur dan Kacang Buncis Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Perghh... lama betul tak post kan? Ok la... to be honest, blogging ni memang dah slow down sikit. More to my own online referral platform of masakan yang saya masak, husband saya suka, sedap dan kena dengan tekak kitorang. Ingatkan dah takde viewer/blog reader, but to my surprise masih ada. Posting yang still orang read pasal epilator, topicil and bila bulan puasa or dekat-dekat nak raya, rendang lah.. hehehe. Apa pun, semoga ada post-post saya dalam blog ni masih memberi manfaat untuk sesiapa sahaja. Without further ado.. nak share resepi gulai telur dan kacang buncis yang simple nak masak, dan cepat.


Bahan-bahannya
🌼 3 biji telur
🌼 1 peket rempah kari ikan Babas (biasa)
🌼 1/2 peket rempah kari ikan Babas (pedas)
🌼 2 tangkai daun kari
🌼 1 sudu kecil halba campur
🌼 10 batang kacang buncis - dipotong serong
🌼 1 batang cili besar - dipotong serong
🌼 4 ulas bawang putih - hiris
🌼 5 ulas bawang merah/kecil - hiris
🌼 Minyak masak
🌼 Garam/gula/ajinomoto
🌼 1/3 kotak kecil santan Farm Fresh


Cara-caranya

1)  Panaskan minyak (banyak sikit ye - masak gulai memang banyak minyak and saya suka guna kuali non-stick). Tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dah halba campur sampai wangi. 

2)  Rempah kari (pedas dan biasa) dijadikan pes. Kemudian, masukkan ke dalam kuali. Control api - jangan kuat sangat dan jangan perlahan sangat. Tambah air sedikit demi sedikit untuk pastikan rempah betul masak dan tak hangit. Part ni biasanya saya masak lama - bagi minyak betul-betul pecah, dan gulai pun cantik warnanya nanti.

3)  Masukkan semua bahan perasa. Garam lebih sikitttt dari biasa sebab bila nak pecah telur nanti, rasa masin tu macam kurang. Jangan banyak sangat / adjust je ikut selera masing-masing. Time ni, masukkan kacang dulu. Bagi kacang masak.

4)  Kacang dah masak je, masukkan cili besar dan santan. Kacau-kacau. Kemudian, pecahkan telur satu persatu. Ok, dekat sini lah kenapa awal tadi saya cakap saya guna kuali non stick. Sebab, telur ni saya akan biar sekejap dalam kuali sebab nak bagi dia masak dan cantik bentuknya selain tak melekat pada kuali. Jangan kacau, nanti hancur telur. 

5)  Lepas beberapa minit, tolak perlahan-lahan telur tu. Kalau nampak telur kuning tu masih cair, jangan tolak lagi. Biar je, kita taknak telur kuning tu pecah. Just tolak slowly, bukan kacau, untuk nak pastikan telur tak melekat pada kuali je. Kemudian, saya tutup kuali tu dalam 5 minit, kemudian, tutup api. Part ni, saya biar je telur tu masak sendiri dalam kuah gulai yang panas tu. 


Siap untuk dihidangkan. 

24 July 2021

Resepi Gulai Ikan Utara Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Assalamualaikum semuaaaaa.. kembali bersiaran! Hari ni, Wanie nak share resepi gulai ikan powerrrr baqqq ang! Sedap weh, serious... selama ni, duk buat gulai tak la sedap sangat. Tapi, resepi yang ni memang husband makan tak panggung kepala!

Jom start!


Bahan-bahannya
🌼 Ikan - apa apa pun takpa, wanie suka gerut, husband suka nyok nyok
🌼 2 peket rempah kari ikan Babas (1 pedas, 1 biasa)
🌼 Pes asam jawa Adabi
🌼 2 tangkai daun kari
🌼 1 sudu kecil halba campur
🌼 2 biji tomato belah 4 setiap 1 biji
🌼 Bendi
🌼 6 ulas bawang putih
🌼 7 biji bawang merah/kecil
🌼 Halia setengah inci
🌼 Minyak masak
🌼 Garam/gula/ajinomoto
🌼 1 batang cabai besar/cili hidup belah tengah
🌼 1/3 kotak kecil santan Rasaku


Cara-caranya
1️⃣ Blend bahan-bahan ni jadikan macam pes :
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 2 peket serbuk kari 
- Halia

2️⃣ Balance bawang yang tak di blend (4 ulas bawang putih dan 4 ulas bawang merah) dimayang/hiris. Ini untuk bahan tumis.

3️⃣ Panaskan minyak dalam kuali. Lebihkan sikit minyak ya, masak gulai memang berlinang sikit minyaknya. Bila minyak dah agak panas, tumis bahan-bahan hiris, daun kari dan halba campur sampai wangi.

4️⃣ Bila dah wangi bahan-bahan tumis tadi, baru masukkan bahan blend. Tumis sekejap, kemudian masukkan air 2 atau 3 kali. Pastikan masak sampai pecah minyak.

5️⃣ Cara wanie, masukkan tomato dulu sebab nak rasa masam tomato tu keluar dan sebati dengan kuah gulai. Masukkan garam, sedikit gula dan ajinomoto jika suka dan santan. Bila tomato dah layu sikit, baru wanie masukkan air asam jawa dan balance kan semua rasa.

6️⃣ Masukkan ikan, bila separuh mendidih, masukkan bendi. (nak cepat, waktu masuk ikan tu, wanie masuk je sekali bendi). Masukkan cabai besar dibelah tengah. 

7️⃣ Ok, dah siap! Selamat menjamu selera.

 gambar ni waktu gulai tengah menggelegak.. bau satu rumah time ni.. 🤤🤤


p/s : dulu-dulu waktu wanie kecik, mama hantar wanie kat rumah orang mengasuh. orang mengasuh ajar wanie makan gulai kena letak kicap atas nasi. so, sampai sekarang, kalau makan gulai mesti kena ada kicap. kalau tak, rasa macam tak complete. heheheh~


03 April 2021

Review - Ferrarossa Makeup Melter (Best ever cleanser and makeup remover!)

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Hai korangggg...


Wahhhhh lamaaa nauuu tak kembali bersiaran ni. Gigil jari nak taip balik... last post pun lepas raya tahun lepas pasal rendang. Ni dah tahun baru, tinggal lagi beberapa hari je lagi nak masuk Ramadhan 2021. Korang dah cukup ganti puasa ke belum tewwwww?? 😋😋😋 Kuih raya dah list down dah ke mana nak kena buat sendiri, kot laaaaaa tak boleh rentas negeri raya nanti... hahahaha~ sentap tak sebut pasal raya? Sama dengan laaaa kita... harap2 ada berita baik menanti kita semua time dekat nak raya nanti kan! Jom amin sama-sama! Aminnnnnnnnnnnnnnn~~~


Oklah, berbalik kepada tajuk posting kita, pasal Melter - amender Melter ni?? Haaa jap Wanie share gambar sket eh..


Ferrarossa Relaxing Melter

Wanie dah setahun lebih pakai Melter ni tau.. kalau tak best, takde lah Wanie share masuk blog kan sebab #bendabestkenashare ! Melter ni adalah 2 in 1 Cleansing oil - di mana ia boleh dijadikan sebagai normal cleanser kita ataupun sebagai makeup remover!


Macam wanie ni, malas sikit and rasa macam leceh nyaaaa laaaa lepas makeup, dah keluar jejalan pastu balik rumah nak buang makeup, nak cuci muka.. macam, alahhhhhhh~~ tahun lepas wanie terjumpa pasal ada cleanser yang boleh dijadikan makeup remover. Tak payah nak cuci muka berkali-kali. So, wanie pun macam what??? Is it too good to be true? Some more... local product?? Uish... safe ke? Timbang kilo ke? Haaaa skeptikal kan bila sebut local product? 


Tapi wanie macam ok, lets give it a try since Melter ni ada KKM. Maksudnya, selamat lah dari sebarang ingredients yang pelik-pelik. Tak timbang kilooooo hokayy!! Tapi.... cleansing oil? Camne tu? Dah berminyak, pastu terus cuci dengan air... so masih ada keraguan di situ, tapi tetap nak try juga sebab perangai malas nak cuci mekap tu lebih tinggi! Hahahaha~


So order la sebotol... haaaa hambik! Lekat terus sampai sekarang! Dah jadi favret dah pun! Korang tau tak... time muka ada makeup tu, tak payah nak susah-susah guna cotton face, nak buang makeup. Korang pretttttttt je 2 pump atas tapak tangan, pastu terus gosok-gosok massage 1 muka and as describe by its name, memang dia melt terus makeup korang. Lepas dah massage 1 muka, terus bilas camtu je dengan air! Tak berminyak weh muka (sebab awal-awal macam ish... oil kot... camne dia cuci bersih camtu je dengan air?) Bila get contact with water, texture dia jadi macam susu, milky gitu... so memang tak berminyak! And paling best, dah tak payah nak susah-susah pakai cleanser lagi. Time massage remove makeup tu, lepas bilas dengan air, DAH SETTLE! Ko dah boleh pegi tido sana haaaa... nak sambung makan ke... 😆😆😆 Eh... lelaki pun  boleh pakai tau!


Apa lagi Melter ni boleh buat selain selain dari boleh remove makeup biasa and heavy makeup juga, dan cleanse muka? Ok meh Wanie list down bagi korang senang nampak... thanks me later... kohkohkohkoh! 😂😂😂


🌹 Boleh seimbangkan pengeluaran sebum pada kulit, bila pengeluaran sebum terkawal jerawat takkan datang dekat. Korang tahu tak, hanya dengan minyak je (cleansing oil) boleh tarik minyak kat muka kita (sebum) dengan efektif tau! So sape yang rasa macam eh muka aku berminyak, takkan nak pakai texture oil nanti lagi berminyak? Mindset ni kena tukar eh... kena tune! Sebab salah sangat-sangat!

🌹 Boleh 'tarik keluar' whiteheads & blackheads bila diurut 5-10 minit, lalu pores pun terus terasa bersih. No more tiny bumps pada muka. Licin kulit uolsssss. And korang takkan rasa kulit muka tu kering atau tight!

🌹 Bau Lavender dan beri effect calming dan relaxing bila pakai. Ala-ala di spa mewah gitu, siapa tak suka feeling camtu kan? 


Haaaa part bau Lavender, 9 April ni korang tunggu! Ferrarossa keluarkan Rose Version wehhhhhhhhhhhhhhhhh~~ tak sabarrr haaa! Wanie jenis addicted dengan bau ros ros ni... tak tahan uiii~


And sebab Wanie sendiri pakai, lepas setahun, baru tergerak hati macam aku nak share benda-benda best ni kat orang lain la. Sebab, aku sure bukan aku sorang je jenis malas nak cuci makeup ni. Benda memang betul senang, tambah-tambah kalau pegi mall, nak solat kan... muka dengan berpondesyen, nak remove makeup, nak cuci lagi... tak ke penuhhhh beg??? So, ada melter ni seketul dalam beg, haaaa... settle masalah, pegi travel pun tak payah nak sesusah angkut makeup remover, cleanser lain lagi, cotton pad lagi... betul tak??



27 May 2020

Hilangkan Lemak Daging Melekat di Periuk

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi semua... masih dalam mood raya kan? Kemarin masih lagi open house tapi untuk kawan terdekat sahaja. Juadah utama raya masih lagi bihun sup, rendang ayam dan rendang daging. Puas hati sangat, kawan yang datang ke rumah siap tapau lagi rendang dan bihun sup. Memang settle terus kemarin, senang nak mencuci periuk! 😅

Sebut pasal mencuci periuk, bukan senang nak hilangkan lemak sup tulang di periuk. Tambah-tambah, Wanie masak 2 periuk Noxxa tu buat sup. Husband rendam periuk tu semalaman dengan air panas, tapi macam takde kesan. Then, Wanie comes up dengan idea nak steam kan aje periuk tu. Dalam bulan puasa haritu, Wanie sempat ke Harvey Norman IOI City Mall beli vacuum steam Karcher SV7. Seronok guna vacuum steam, rasa lagi confident bersih lantai tanpa perlu guna sebarang chemical/floor cleaner. Nanti kalau rajin, Wanie story morry pasal vacuum steam, ni nak cerita macam mana Wanie guna untuk hilangkan lemak sup tulang tu.

Memang menyenangkan kerja sangat! Steam je periuk tu, habis lemak-lemak tu cair dan terus boleh cuci periuk dengan span macam tu je. Takde leftover minyak atau greasy feeling langsung! Memang bersih betul! Marvelous la! 

Korang boleh tengok macam mana Wanie steam periuk tu macam dalam video ni. Anyway, yang ni innerpot Noxxa. Mula-mula risau jugak kalau rosak permukaan innerpot ni, tapi tak pun! Ok je takde masalah.. so oklah, settle masalah bab nak mencuci periuk kesan lemak ni. Kalau ada periuk non stick yang ada kesan degil minyak, steam kan aje. Confirm bersih macam baru korang beli periuk tu! 


26 May 2020

Resepi Rendang Daging Cili Padi Hijau

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Selamat Hari Raya semua, atau sekarang ni viral orang wish Salam Cov-eid 2020 kan... hehehe, tak kisahlah apa korang nak wish, yang penting stay safe and jaga social distance sewaktu beraya dalam musim PKP ni.

Anyway, raya tahun ni agak bermakna bagi Wanie sebab tahun ni, mama request first day beraya di rumah Wanie. Biasanya, tiap-tiap tahun beraya rumah parent/in-laws kan, kali ni merasa untuk open house di hari raya di rumah sendiri. Husband lah semangat sikit. Rumah kami tak pernah ada meja makan sebab kitorang jenis koboi je. Meja yang ada pun study table dari zaman Wanie bujang duduk rumah sewa. Tapi disebabkan meja tu dah Wanie guna untuk WFH sepanjang PKP ni, so we decide to buy a proper dining table, untuk raya juga. Husband siap beli meja dan set pinggan mangkuk gelas cawan semualah.. macam masuk rumah baru je. Cadar pun beli baru sempena raya.. hahaha!

Tapi, kesian jugak kat husband. Homesick rasanya, lama tak balik hometown dia kat Perlis. Raya ni, dia request buat 2 jenis rendang - rendang ayam dengan rendang daging cili padi. Biasanya, rendang daging cili padi atau rendang daging nismilan ni macam menu wajib kat rumah mertua. So, Wanie pun buat lah atas permintaan dan nak mengubat sikit rasa rindu husband tu kat kampung.


Bahan-bahannya
---------------------------------------
1 kg daging batang pinang
80 biji cili padi burung (bird eye) - kena pakai cili burung! kalau bukan cili burung, rasa pedas tu tak "kick" (atau 2 genggam cili burung) ***
3 batang serai ***
1 biji bawang besar ***
10 biji bawang kecil/merah ***
4 ulas bawang putih ***
2 inci halia ***
2 inci lengkuas ***
Kunyit hidup sebesar ibu jari ***
2 sudu kerisik
300 gm pati santan / 1 kotak kecil santan kotak
2 helai daun kunyit - size besar dan diracik halus
7 helai daun limau purut
2 keping asam keping
3 sudu besar minyak masak
Garam dan gula
Ajinomoto (optional)


Cara-caranya
----------------------------------------

1)  Bahan-bahan bertanda *** di blend halus. Panaskan sedikit sahaja minyak, dan masukkan bahan yang telah di blend tadi bersama asam keping. Tumis sebentar, dan terus masukkan daging batang pinang. Kacau sebati dan biarkan sampai air daging keluar.

Note : Air daging memang akan keluar agak banyak. Rilex je... sekali sekala kacau jangan bagi hangit. 

2)  Agak-agak air daging dah separuh kering, boleh terus masukkan kerisik, daun kunyit yang telah diracik dan daun limau purut. Daun limau purut tu dikoyak-koyak dan crunch sikit so that wangi daun tu nanti lagi ummphh! Kecilkan api, sentiasa kacau sampai kering air daging.

Note : Part ni bertabah sikit ye. Memang agak lama nak keringkan air daging ni dengan api yang kecil. Jangan lupa kacau-kacau takut daging hangit. 

3)  Bila air daging dah kering, boleh masukkan santan dan bahan-bahan perasa. Gula sedikit sahaja dalam separuh sudu besar, garam dan ajinomoto jika suka. Kacau sampai rendang tu kering.



time ni bertukar shift dengan husband part nak mengacau.. 
sado tangan weh nak tunggu kering...

4)  Dah kering, dah pun siap rendang korang. Selamat mencuba!


p/s : Mama dah request lepas ni setiap tahun menu ni wajib atas meja. Mama cakap dia suka sangat dan sedap! 

22 May 2020

Resepi Laksa Utara - guna Noxxa

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang...

Minggu ni teringin sangatlah nak makan laksa. Berhari-hari mencari urat laksa tu kat kedai-kedai runcit, tapi tak jumpa. Semalam, husband jumpa kat kedai terus sambar 2 bungkus. Agaknya, orang dah beli siap-siap kot simpan buat stok untuk raya.

Haritu ada jiran open order laksa, sedap tapi tak berapa boleh tahan sangat pedasnya. Mampu suap beberapa sudu je sebab pedas sangat, itu yang terasa sangat nak buat ni. Lagipun, nak clearkan stok ikan dalam peti beku sebab nak simpan berkilo daging dengan ayam untuk raya ni.

Wanie tak lah pro sangat nak guna Noxxa ni. Tapi, banyak try and error je di samping tengok tips dan resepi yang orang share dalam group facebook. Tapi, banyak yang share guna Noxxa version lama, itu yang kena pandai-pandai sendiri nak guna function apa untuk Noxxa version baru ni. Ok, jom start!


Bahan-bahannya
---------------------------------------------
1 bungkus laksa kering (urat besar, Wanie tak minat laksa urat halus)
600 gram ikan kembung (mama Wanie suruh try nanti selayang+kembung, kuah lagi sedap katanya)
2 biji bawang besar **
2 biji bawang kecil **
5 batang cili padi hijau **
1 ulas bawang putih **
Belacan sebesar ibu jari **
2 sudu besar cili blend
Beberapa keping asam keping
1 cekak daun kesum
1 batang bunga kantan dibelah dua


Cara-caranya
---------------------------------------

1)  Rebus laksa guna Noxxa
-  Tak payah rendam urat laksa tu. Basuh bersih, dan terus masukkan dalam innerpot Noxxa. Sukatan air sama macam kita rebus laksa dalam periuk biasa.
-  Tekan butang Manual - 10 minit - tombol Pressure . Bila dah siap dan berbunyi, hati-hati tolak tombol ke steam. Biar steam sampai habis baru boleh bukak penutup.
-  Dah siap nanti, toskan sahaja laksa dan alirkan di bawah air paip untuk sejukkan dan untuk hentikan pemanasan

Note : Minit masa rasanya bergantung kepada jenis laksa juga rasanya. Hasil dari carian Google, kalau laksa brand Eka 8 minit, brand Biho 11 minit dan brand Jati 12 minit. Wanie guna laksa kampung Twenty. Kalau korang tak pasti, boleh letak setakat baseline 8 minit dulu, kalau agak-agak laksa keras lagi, boleh tambah je masa.


2)  Rebus ikan guna Noxxa
-  Ikan disiang bersih, dibuang kepala dan ekor
-  Masukkan ikan tersebut ke dalam innerpot bersama beberapa keping asam keping. Wanie guna dalam 3 keping dulu. Sukatan air sehingga paras ikan tenggelam atau lebih pun tak apa, nanti air rebusan ni nak guna untuk kuahnya.
-  Tekan butang Manual - 1 jam - tombol Pressure . Bila dah siap dan berbunyi, hati-hati tolak tombol ke steam. Biar steam sampai habis baru boleh bukak penutup.
-  Dah siap rebus nanti, ambil ikan-ikan tadi campur dengan air rebusan sikit dan blend sahaja. Air rebusan letak dalam bekas lain dahulu.

Note : Lepas dah siap rebus selama sejam ni, ikan tak perlu asingkan isi dengan tulang dah sebab tulang ikan tu dia jadi macam tulang sardin. Blend nanti dah settle.


3)  Masak kuah laksa guna Noxxa
-  Bahan-bahan yang bertanda ** di atas di blend bersama sedikit air.
-  Tekan butang Stir Fry, masukkan bahan-bahan ** yang di blend dalam innerpot bersama 2 sudu besar pes cili blend. Kacau-kacau sehingga agak-agak kering airnya.
-  Masukkan ikan yang dah siap di blend tadi. Kacau-kacau sekejap, kemudian boleh masukkan air rebusan ikan (sukatan air agak-agak setakat mana kepekatan yang korang suka). Kalau air rebusan tak cukup, boleh je tambah air biasa. Kemudian, masukkan daun kesum, bunga kantan dan beberapa keping asam keping. Kacau-kacau sekejap bagi tenggelam daun-daun tu.
-  Sekarang, dari mode Stir Fry, kita nak beralih ke mode yang lain pulak. Tekan Warm/Cancel.
-  Tekan butang Soup/Broth - 10 minit - tombol Pressure . Bila dah siap dan berbunyi, hati-hati tolak tombol ke steam. Biar steam sampai habis baru boleh bukak penutup.
-  Dah siap, boleh lah perasakan dengan garam dan ajinomoto kalau suka.

Note : Semalam lepas siap masak, Wanie baru perasan air terlebih. Tapi takpe, jangan risau. Tekan butang Soup/Broth - tombol Steam , pastu biar je dia keluar wap steam tu dalam 10-15 minit ke. Pastu, tekan balik butang Warm/Cancel. Terus elok kejadian kuah laksa tu.


Ok dah siap. Semalam juga settle seperiuk, Wanie bawa ke rumah mama. Mama puji sedap! Terus macam wahhhhhh gittteww!! Kihkihkih... selamat mencuba!




20 May 2020

Resepi Kuih Samperit Tradisional - tak guna mixer

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi semua...

Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita, sayu kan... tak tahu kita masih lagi berpeluang untuk berjumpa Ramadhan di tahun akan datang. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan lagi umur kita untuk sama-sama kumpul pahala ibadat di bulan mulia ni.

Bersempena Syawal tahun 2020 ni, most of us akan beraya di rumah masing-masing, termasuklah Wanie. Mujur family pun semua dah berpindah ke sini, so tak ada masalah nak beraya dan kebetulan, tahun ni giliran beraya sebelah family Wanie... hehehehe.. so takde issue postpone postpone lah..

For the first time ever, tahun ni buat sendiri biskut raya. Biskut raya kegemaran of course la samperit ori, tak suka yang ada susu susu tu.. dan biasanya mak mertua yang expert buat samperit ni. Since tahun ni tak boleh request kat MIL kuih samperit, so MIL share je resepi untuk buat sendiri. So far menjadi, walaupun rupa tak berapa comey, rasa tu sedap sama macam MIL buat. So, Wanie share resepi macam kat bawah ni beserta tips-tips sekali.


Bahan-bahannya
---------------------------------------
200 gm butter (wanie guna Golden Churn, lebih wangi dan sedap rasa samperit nanti)
130 gm gula icing (diayak)
200 gm tepung gandum (diayak)
130 gm tepung jagung (diayak)
2 sudu besar tepung custard (diayak)
1 biji kuning telur
1 tudung kecil esen vanila (wanie guna esen vanila Star Brand)


Cara-caranya
---------------------------------------

1)  Pastikan butter dalam suhu bilik, biar lembik-lembik gitu. Masukkan butter, gula icing dan kuning telur dalam bekas. Kacau menggunakan spatula sehingga sebati.

2)  Masukkan tepung-tepung satu per satu dan gaul sehingga sebati.
Note : Adunan ni jangan dibiarkan kena angin, nanti keras dan susah nak tekap bunga dari acuan samprit. Wanie basahkan towel bersih, dan tutup bekas berisi adunan ni. Buka hanya bila nak ambil adunan masuk dalam acuan samperit sahaja, kemudian tutup balik.

3)  Boleh mula tekap samperit atas tray. Selepas dah siap tekap, anginkan sekejap samperit atas tray ni dalam 5 minit sebelum masuk ke dalam oven.

4)  Kalau ikutkan MIL, suhu bakar 180 degree , api atas bawah dan bakar selama 10 minit. Part ni wanie rasa bergantung kepada oven juga kut, sebab oven wanie jenis besar yang built in tu. So, bila wanie guna suhu 180 ni, samperit jadi garing bawah. Wanie adjust ke suhu 165 degree, suhu 10 minit baru kejadian samprit tu cantik.

hahaha.. macam-macam bentuk. sebelah kanan wanie tekap, sebelah kiri husband yang tekap


hasilnya... dah tinggal banyak ni sebab yang lain semua dah masuk perut. hahahaha!!

13 April 2020

Resepi Bihun Sup Utara Cabai Merah Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang.... memandangkan PKP/MCO di extend lagi 2 minggu, wanie rasa dah ramai yang jadi chef kat rumah, baik wife atau husband. Betul tak? Masing-masing dengan resipi sendiri.

Macam wanie, husband suka masak. Tapi, yang main chef, of course kite... dia jadi sous chef je... hagitteeww.. husband homesick rasanya tu. Hahahaha tak boleh balik kampung, kite steady je lagi, sebab weekday 8.30-5.30 still work from home, remote masuk server je. Syukur alhamdulillah, masih diberikan rezeki untuk keluarga kami.

Berbalik resepi nak share pasal bihun sup ni. Husband dah berminggu request, tapi wanie busy. Macam kesian pulak sebab dia pun dah losing appetite, so wanie suruh dia order delivery daging dengan tulang. Bersinar je mata bila dah dapat green light. Kalau korang area sekitar Cyberjaya and nak delivery barang basar / air or jeli kelapa / santan / kelapa parut (orang utara panggil nyoq kukoq) , boleh contact 0172349200 atau masuk je telegram dia https://t.me/coconutdeliverycyberjaya .

Resepi untuk bihun sup utara with cabai merah macam di bawah. Wanie pinjam periuk Noxxa kakak, senang betul kerja. Mujur rumah kakak pun dalam Cyberjaya jugak. Heheheh~


Bahan-bahan untuk sup
---------------------------------------
-  500 gm tulang campur daging (ambil daging bahagian lemak baru sedap. Kalau nak senang, order daging tetel)
-  1 bungkus sup tulang Adabi (siap dah ada bunjut dan rempah 4 beradik)
-  Halia sebesar ibu jari **
-  5 ulas bawang kecil/merah **
-  2 ulas bawang putih **
-  Bawang goreng
-  Daun sup
-  Garam
-  Ajinomoto (optional)

p/s : Bahan yang bertanda ** di blend halus.


Bahan-bahan untuk bihun
------------------------------------
-  1 bungkus bihun
-  Sedikit serbuk kunyit
-  Garam


Bahan-bahan untuk cabai merah
------------------------------------
-  2 pek kecil serbuk cili (chilli powder)
-  1/2 labu bawang besar **
-  2 ulas bawang putih **
-  1/2 ketul gula melaka (gula gerek)
-  Gula pasir biasa
-  Garam
-  Limau nipis (wanie guna lemon)
-  Cuka (optional)
-  1 sudu besar cili sos
-  1 sudu besar tomato sos

p/s : Bahan yang bertanda ** di blend halus.


Cara-caranya
-----------------------------------

1)  Bihun direndam bersama serbuk kunyit dan sedikit garam dalam air biasa sampai lembut (kalau malas nak tunggu lama-lama, agak-agak bihun dan kuning, panaskan air sampai mendidih, then celur bihun tu. Jangan lama sangat, nanti lembik). Tos dan ketepikan.

2)  Untuk masak sup guna Noxxa - menggunakan mode Stir fry, panaskan minyak dalam 4-5 sudu dan tumiskan bahan blend bersama 1 sup bunjut tulang Adabi sampai wangi (sekali dengan rempah 4 beradik tu).

3)  Dah agak wangi, masukkan tulang dan daging (daging ni wanie potong besar-besar macam bongkah tu). Masukkan air sampai tenggelam daging dan tulang, terus masukkan garam dalam 2 sudu besar (kalau takut masin, masukkan 1 sudu dulu pun takpe... dah siap masak nanti boleh adjust rasa) , masukkan ajinomoto jika suka.

Dari mode Stir Fry, tukar ke mode High Pressure. Set selama 40-45 minit. Tombol atas periuk tu tolak ke Pressure. Siap.

p/s : Kalau guna dapur gas, masak sup ni agak lama. Bergantung size daging jugak... may up to 1.5 - 2 hours untuk daging dan tulang betul-betul lembut. Mama wanie pesan, kalau isi kat tulang tu boleh tolak senang je lepas masak nanti, maksudnya dah masak betul lah tu.

Macam periuk Noxxa ni, bila dah cukup masa, dia bunyi macam tettttt tettt tu. Biar kejap dalam 10 minit, kemudian boleh tolak tombol atas tu dari Pressure ke Steam. Hati-hati ya... sila pakai kitchen mitts takut wap panas terkena tangan nanti. OK sup dah siap!! Boleh tabur daun sup dan bawang goreng.

4)  Untuk cabai merah - serbuk cili campur dengan sedikit air dan kacau jadi pes. Panaskan minyak dalam kuali dalam 5-6 sudu besar. Tumiskan bahan blend dan kacau sampai wangi.

5)  Bahan tumisan dah naik bau, masukkan pes cili tadi dan gula melaka. Kacau sampai masak/pecah minyak. Masukkan 1 sudu cili sos dan tomato sos. Perasakan dengan gula dan garam. Perahkan limau nipis / lemon dan cuka. Siap.



31 March 2020

Resepi Kuih Qasidah Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi semua...


Lama tak berblogging balik. Rasanya last check, office block blogspot. Taktau lah sempena lockdown ni, diorang unblock ke... hahahaha.. oh ya, new office by the way. Alhamdulillah, dapat new job. Tak sangka juga sebenarnya, tapi tu lah kalau Allah dah tetapkan rezeki, siapa kita nak nafikan ye dok? Dan Alhamdulillah, kini kembali ke lapangan Linux Security... nanti lah ada masa kita sembang pasal new job ni ye...


Harini nak share pasal resepi sempena lockdown di rumah. Semalam, tengah scroll scroll Facebook, nampak ada orang share kuih qasidah. Lama tak makan kuih ni, dan susah nak dapat di Cyber ni. So, semalam jugak merajinkan diri nak buat. Menjadi, sedap! Tak ingat link resepi nak kreditkan... ampunnnn... Heheheh~



Bahan-bahannya
-----------------------------------
1)  1 cawan tepung gandum + 2 sudu besar lagi tepung gandum
2)  Setengah sudu kecil garam
3)  3 cawan air 
4)  6 sudu besar gula
5)  5-6 biji bawang kecil dimayang
6)  5 sudu besar minyak masak


Cara-caranya
---------------------------------
1)  Campurkan semua tepung gandum , garam dan gula dalam blender. Blend kan je (kalau takde blender, boleh kacau-kacau tapi jangan bagi berketul).

2)  Panaskan minyak. Goreng bawang kecil yang dimayang sampai golden brown macam dalam gambar. Ketepikan. Jangan buang minyak ni ye.

3)  Dalam periuk yang lain, masukkan bahan-bahan yang di blend tadi bersama 2  sudu minyak bawang tadi. Kacau sampai pekat , sampai bunyi pop pop. Boleh tutup api.

4)  Tuang ke dalam bekas. Dan boleh tabur bawang goreng. Kemudian, renjis-renjiskan minyak goreng bawang tadi ke atas adunan. Biarkan sejuk, then dah siap! 


Selamat mencuba! Jangan keluar rumah sepanjang lockdown ni ye!


25 October 2019

Resepi Gulai Ayam Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Baru lepas masak ni, husband tak sihat pulokkk. Fikir punya fikir apa nak masak, gulai ayam jelah sebab nak abiskan stok stok poultry dalam fridge.

Seronok pula masak pakai dapur gas. Dari masuk rumah ni, duk masak pakai dapur letrik je. Lepas dah settle buat kitchen kabinet dengan dapur baru, terasa kepuasan memasak pakai kuali dalam. Hahahahaha.. dewasanya aku! Oklah, without further ado, resepi gulai ayam di bawah 😁


Bahan-bahannya
-----------------------------------
~ 2 biji kentang dibuang kulit - potong besar boleh, kecil pun boleh
~ Ayam potong kecil basuh bersih
~ 5 ulas bawang merah (dimayang) 
~ 2 ulas bawang putih (dimayang)
~ 1 inci halia (dimayang) 
~ 1 kulit kayu manis
~ 1 bunga lawang
~ 2 biji pelaga
~ 1 asam keping
~ 1 peket rempah kari (wanie mix 1 sudu besar rempah kari cap tarbus + 1 sudu besar rempah kari cap O) - rempah kari campur dengan air panas dan kacau-kacau untuk dijadikan pes
~ 1 batang cili merah potong tengah (jangan putus) 
~ Setengah kotak kecil santan (santan Sara Wok the best!) 
~ Minyak masak


Cara-caranya
------------------------------------
1)  Panaskan minyak masak. Tumis semua bahan yang dimayang bersama kulit kayu manis, biji pelaga dan bunga lawang. Tumis sampai wangi.

2)  Masukkan pes rempah kari, kacau sebentar dan campur sedikit air untuk elakkan terlalu kering. Sentiasa kacau-kacau untuk elakkan rempah kari hangit. Masak dalam 7-10 minit, orang kata kalau rempah masak lama sikit baru sedap.

3)  Bila rempah dah garing dan pecah minyak, masukkan ayam, asam keping dan kentang. Tambah air setengah gelas. Masak sampai kentang empuk. Masukkan cili merah. 

4)  Masukkan santan, jika santan terlalu pekat jangan guna sampai setengah kotak. Santan kotak Sara Wok just nice dalam resepi ni, brand lain wanie tak sure.

5)  Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Sedikit ajinomoto jika suka. 

6)  Siap! 


24 October 2019

Resepi Nasi Goreng Cili Padi Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam semua.. harini taknak sembang panjang, nak post terus resepi nasi goreng cili padi first time buat since kahwin sebab husband suka nasi goreng yang ada cili kering. So kali ni, dia kena ikut taste kita pulak. Hehehehe..


Bahan-bahannya
----------------------------------------
~ Nasi putih sejuk gaul dengan 1 sudu garam (nasi masak dalam 2 cup) 
~ Ikan bilis - anggaran 3/4 genggam, basuh dan toskan
~ 15 batang cili padi hijau buang tangkai
~ 4 ulas bawang kecil/merah
~ 2 ulas bawang putih (wanie guna setengah sudu chopped garlic beli kat Lulu Hypermarket)
~ 1 biji telur
~ 1 kiub ikan bilis Maggi
~ Sedikit gula
~ Minyak masak


Cara-caranya
-----------------------------------------
1)  Tumbuk bilis dulu, jangan bagi lenyek terus. Sekadar kemek je (hahahahaahahha aku pun taktau camne nak describe). Asingkan. 

2)  Tumbuk cili padi bersama bawang merah dan putih. Tumbuk kasar sahaja, jangan sampai lumat. 

3)  Panaskan minyak, tumis bilis bersama cili padi dan bawang-bawang yang telah ditumbuk tadi. Kacau sebentar, dan masukkan kiub ikan bilis (sambil hancurkan dengan tangan je, jangan masuk seketul terus). Kacau sampai bilis nampak warna golden dan masukkan sedikit gula (kalau nampak kering sangat, tambah sedikit air).

4)  Masukkan nasi, kacau sebati. Buat lubang tengah-tengah kuali tu, atau husband suka cakap longkang haahahahah. Pecahkan telur di tengah-tengah, kuatkan sedikit api dan kacau sebati.

5)  Siap!


20 September 2018

Resepi Rendang Ayam

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Hi semuaaaaa…


Sebelum lupa, better nak post pasal resepi rendang ayam simple tapi sedapppppppp gila. Makan pulak dengan pulut kuning ke, ketupat lemang ke, ratah saja macam tu je ke…. memang best lah! Resepi ni dapat dari mak sedara husband, sedap tak leh stop... macam feeling raya tau. Hahaha.. jom start!

**ada part-part yang derhaka sikit cara-caranya… takpe, janji sedap weh.. hehehee


Bahan-bahannya (2-3 orang makan sebab ayam tak buat banyak)

*Bahan prep ayam selama sejam*
Ayam (wanie guna dalam 4-5 ketul)
Halia (size besar ibu jari dipotong panjang)
Kunyit hidup (size besar ibu jari dipotong biasa)
1 batang serai (dipotong bulat-bulat / serong - ikut sukalah)
1 sudu makan kerisik
1 sudu besar gula
2-3 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih (blend)


Bahan-bahan menumis
Minyak masak
1 senduk cili blend 
Santan setengah kotak (wanie guna santan SaraWok)
1 keping asam keping
Perasa (garam, gula, ajinomoto)
1 helai daun kunyit (diracik / potong halus)


Cara-caranya
1.  Panaskan minyak masak. Tumis cili blend sedikit garing, bukan hangit ye.

2.  Masukkan ayam yang sudah diprep selama sejam tadi. Kacau-kacau sedikit dan tutup kuali, biar air keluar. Sekali sekala balik-balikkan ayam, kang hangit sebelah pula)

3.  Bila nampak dah ayam nak masak, masukkan santan, asam keping dan perasa dan daun kunyit yang telah diracik.

4.  Biar sampai ayam masak dan dah sebati. Kalau pekat sangat, tambah air panas. jangan cair sangat, kang tak menjadi rendang tu. hehehehe. 

5. Ayam dah masak, dah sebati semua, rasa pun dah cukup, haaaaaaaaaaaaaa… tutup le api, Ready to serve lah. 


Kali ni ada gambar, husband rajin nak tangkap. Hahaha~

ni rupa ayam yang nak prep tadi. maksu cakap 30 minit, tapi wanie up jadi sejam sebab main game. hahaha~


ni time cili garing dan ayam dah masuk, biar ayam sampai nak kering air tu. dah separuh masak ayamnya


haaaaaaaaaaaa… ni dah siap masak. sedap oiiii