09 December 2022

Resepi Ayam Bali Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

 Alang-alang dah berblogging nak up resepi ni, saya up 2 sekali gus selepas Resepi Gulai Telur dan Kacang Buncis tu. First time saya masak resepi ni, my husband suka. Kalau 3 pinggan tambah nasi tu, sedap lah kan.. hahahaha. Ok, jom tengok resepi nya.


Bahan-bahannya

🌼 5 ketul ayam gaul garam kunyit (size macam ayam potong 14)
🌼 2 batang serai diketuk (kalau serai kurussss je, 3 batang pun ok)
🌼 3 tangkai daun kari 
🌼 6-7 tangkai cili kering **
🌼 1 biji bawang besar **
🌼 4-5 ulas bawang putih **
🌼 1 inci halia **
🌼 1 sudu besar sos cili
🌼 Kicap kipas udang (brand lain pun ok)
🌼 Minyak masak
🌼 Garam/gula/maggi cukup rasa


Cara-caranya

1)  Goreng ayam yang digaul garam kunyit. Asingkan.

2)  Bahan-bahan bertanda ** diblend.

3)  Minyak goreng ayam tadi saya ambil dalam sesenduk ke dalam kuali. Panaskan, dan masukkan daun kari beserta serai. Tumis sampai warna sedikit bertukar.

4)  Masukkan bahan-bahan yang diblend tadi. Kecilkan api sedikit, tumis sampai pecah minyak dan naik bau. Kalau kering sangat, tambahkan sedikit air.

5)  Masukkan bahan perasa dan sos cili. Kacau-kacau sikit, kemudian masukkan ayam. Gaul-gaulkan biar sebati dan renjis-renjiskan kicap sampai warna bertukar agak merah gelap. Jangan letak banyak tau, nanti jadi ayam masak kicap. Hehehe.. adjust rasa ikut sesuai tekak. Siap.


Sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment