29 July 2013

Sedikit Info Mengenai Bc. Computer System Security

Edit Posted by Miss Wanie with 5 comments
Posting kali ni khas ditujukan kepada semua visitor blog wanie yang datang melawat untuk mencari info tentang course yang wanie ambil (Bc. Computer System Security in UniKL). Dulu pun, wanie google-google jugak pasal course ni. Nak tahu, apa yang best, apa yang tak best.. ok ke tak? Kang masuk, tak best, macam rugi pulak kan ambik... ok chill.. meh wanie explain serba sikit ok..


Actually, tak banyak pun nak explain. Kehkehkeh~ ok, secara random la kan, dah nama pun security, of course berkaitan dengan keselamatan. Dalam course ni, wanie belajar almost semua aspect - dari secure kan server, network, website, DAN cara-cara nak breach keselamatan tu jugak. Heheheh~ eh, korang tak dikira sebagai hacker tau, tetapi Ethical Hacker. Yelah, untuk nak jaga sesuatu, contohnya server dari kena breach, korang mestilah kena tau step-step untuk nak breach ke server tersebut dan dari situ juga, korang akan tau macam mana cara nak secure kan the server. Ironinya, macam gitulah untuk aspect-aspect lain pun. Faham ke tak faham? Tak faham bagitau, nanti wanie explain setakat yang mampu.


Nak lagi mudah, kalau dah ada basic berkaitan network, bash scripting, programming language macam Java atau language-language lain (eh kalau dah tau language lain selain Java, memang tadehal punya kalau comes part Java ni.. Java mudah lagi dari programming language yang lain), sedikit knowledge/ambil tahu tentang operating system yang ada selain dari Windows (contohnya, Ubuntu, Backtrack, Kali Linux). Basic pun jadilah. Kalau yang tak tahu, tapi still berminat dengan course ni pun, tadehal punya. Cuma, tips di sini, rajin-rajinlah Google, tengok tutorial di Youtube selain jangan ponteng kelas sesuka hati. 


Kalau dari job scope, pada pendapat wanie, this is more to professional skills, probably lebih sikit kot. Ok, contohnya dari segi pembangunan website. Web developer tahu macam mana nak build a website. Ok done their job, part kita pula, kita kena faham website tu dari segi coding-coding tersebut DAN tugas kita bagaimana nak secure kan website tersebut dari mudah untuk diceroboh. Wanie bagi contoh paling mudah, bahagian Username dengan Password tu, kalau tak di secure kan dengan baik, memang mudah-mudah je nak masuk kalau guna method SQL Injection (tak faham? Google ye.. self-learning, sebab bila di Universiti, takde istilah spoonfeed" ye)


Sesetengah company tak tahu akan kewujudan course ni, but in fact, course ni quite demand sekarang ni. Dari pengalaman wanie sendiri, wanie pegi ke Job Fair di KLCC. Yes, bila pergi ke sana, memang tak de senarai pun yang perlukan expertise in computer security. Mula-mula memang frust, tapi bila wanie approach sendiri, bagitau apa sebenarnya course ni, task-task yang boleh dibuat, skills yang ada macam boleh configure server, Linux dan sebagainya, baru diorang faham dan yes, they need those person with such skills. 


Dan antara job yang boleh diapply antaranya seperti, Peneteration Tester, Network Administrator, System Administrator, Bug Tester (check vulnerability contohnya pada sesuatu website atau application) dan banyak lagi. 



p/s : Walau apa pun course yang nak di apply, tanya dahulu pada diri. Kalau wanie, wanie tanya dulu adakah wanie berminat dengan course ni (minat, saja-saja try, lain definisinya). Yes, course ni memang memerlukan minat yang mendalam dan kena rajin self-learning macam wanie bagitau, cari tutorial di Youtube (paling simple nak crack Wifi guna Backtrack). 

Kepada adik-adik (ini pengalaman daripada adik sendiri), diorang lebih berminat dengan term "hacking" atau nak menjadi "hacker" ni. Nawaitu macam tu salah sebenarnya. Banyak lagi cabang yang boleh kita explore dengan belajar security ni, gunakan ilmu yang ada untuk membantu orang, bukan menganiaya orang. Keep down-to-earth. Kalau niat nak ambil course ni semata-mata nak belajar hacking especially nak hack Facebook orang lah kononnya kan, lupakan saja niat tu. Takde pun masuk-masuk course ni, "Ok, hari ni kita nak belajar hacking!" Eh takde ye, just belajar basic macam contohnya SQL Injection yang wanie bagitau tadi, secure coding, dan lepas tu, pandai-pandai kembangkan knowledge/skills yang ada. 


Selamat menempuh alam universiti! =^^=


21 July 2013

No Title - Ahahahaks!

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
What can I say, I just love my new life. Rasa macam, satu dunia yang baru after dah habis zaman ke campus, pegi class hari-hari... Baru-baru ni, dapat info dari my boss, after raya wanie akan ke Port Dickson and Seremban for my first task luar dari office. Really cant wait! Semua tu akan jadi satu pengalaman baru yang sangat precious! Oh my, thank you so much for the opportunity! ^_^


Secondly, and finally, my new baby had arrived. Oh yeah!!



Thirdly, sekarang dah jadi warga negara Shamelin dah. Semalam baru berkesempatan nak pindah and tido semalam kat rumah di Cheras ni. Tapi malam ni, balik semula ke Putrajaya sebab ada majlis berbuka puasa berdekatan dengan UPM, so nak patah balik ke Cheras macam jauh je.. after keja esok baru nak ke Cheras balik. 


Planning untuk weekend minggu ni, nak balik hometown. Since first day of Ramadhan, tak berpeluang lagi nak balik berbuka, bersahur dengan family. 


Tak tahu nak post apa dah, sebab macam blur-blur lagi baru bangun tido. Hahhaha~ biasalah, semalam tak boleh tido sebab berubah tempat kan. Takes time la sikit badan ni nak biasakan diri dengan tempat baru. 


Thats all. Nak bersiap-siap, nak gerak balik ke Putrajaya dah. Until next post~ ^_~

28 June 2013

Different Me As A Full Time Student and Internship Student

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Morning!


Hahahah~ lama tak jenguk blog, almost 2 weeks kan. Dah almost 2 weeks juga la wanie officially pelajar internship di HeiTech. Ni pun blogging dari office, sebab datang awal sangat. Teddy drop wanie kat office, sebab hari ni dia sekerat hari, nak ke hospital ada appoinment katanya. Selalunya, waktu camni wanie pegi breakfast dulu. Tapi, dah sorang-sorang macam malas pulak.


Macam mana sekarang dah jadi pelajar internship kat sini kan?


One word, HEAVEN! 


2 dunia berbeza. Dulu as a full time student, memang stress. Assignment, project, test quizzes... siap keja kena bawak balik rumah la kiranya. Tapi, dah working... stress tu takdelah sangat. Cuma, working environment ni lain. You work in a big building, meet new staff and mix with them, real task given.. seronok walaupun letih. 


Bagi wanie, perkara yang membezakan sewaktu bergelar student dengan dah keja ni is....


Student : Stress, banyak sangat nak kena fikir. Terbawa-bawa sampai dalam tidur. Tapi, ada hari yang boleh tidur bangun lewat, 2 3 pagi tak tidur lagi pun tadehal punya lah sebab lepas class 2 jam esoknya, boleh balik sambung tido kat rumah, flexible time nak enjoy-enjoy.. kelas takde boleh la pegi tengok wayang kejap ke... lepas tu, kena fikir balik oh alamak ada quiz, eh assignment tak siap lagi... hahahah :P


Kerja : Kalau stress pun, hanya di tempat kerja. Tak bawak balik rumah, after 5.30pm, semua workloads tinggal kat office. Kalau takde keja pun, just rilex and self-study, nak sharpen skills. Work in time, pukul 1-2 lunch, while working sekali sekala take 5 nak ke pantry minum-minum ke, gurau-gurau dengan staff lain ke then sambung keja balik. Waktu dah limited, keluar takde matahari, sampai rumah pun takde matahari. Balik rumah, mandi, iron baju, solat, tidur untuk recharge energy. Tidur awal weh.. habis lewat pukul 12am. Takde jadi burung hantu dah, esok sebelum Subuh dah bangun siap-siap. 



Weekdays memang rotate cenggitu lah. Sekarang neh, memang appreciate gila weekend. Hahaha~ weekend lah nak kemas rumah ke, nak cuci sidai kain ke, nak hang out tengok movie ke.. semua weekend. Time student, everyday is weekend pun boleh. Sampai bila hari Sabtu Ahad tu, macam takde beza je. Kehkehkeh~ :D dan weekend juga, masa untuk berehat, bangun lewat sikit (sikit lah sangat :P)


Berat pun dah mula naik and maintain. Dulu, kalau 42kg tu kira dah habis berat la tu. Asyik turun naik tak lebih 42kg je dulu, stress+migrain memang benda biasa. Dah kerja, life macam normal. Hahaha~ tidur awal, makan ikut time.. tu yang kemain lagi berat sekarang neh. Baru 2 minggu, dah naik 2kg. :P


Memang tak menyesal apply sini. Staff pun friendly, tak membezakan antara satu sama lain... memang tak wujud langsung macam jurang permanent staff dengan practical student ke, memang takde. Semua sama je and helping each other. Syukur :)


Ok, still have time sebelum working time will start. Nap kejap lah. Hahahha~ until next post everyone! ^_^

13 June 2013

Meninjau Lokasi Sekitar HeiTech dan Keadaan Trafik

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Seperti yang wanie bagitau dalam previous post, hari ni wanie pergi tinjau-tinjau keadaan jalan nak ke HeiTech dari Putrajaya. Dalam 6.35 pagi, teddy datang fetch wanie kat rumah. Mula-mula, buka Waze dulu. LDP is the nearest route, tapi bila tengok warna jalan tu macam merah, konfim sakit punya. So, kitorang decide nak lalu ikut KESAS.


Dari Putrajaya, wanie ambik highway MEX dan macam biasalah, tol RM 2.50. Then ambik exit kat Stadium Bukit Jalil and buat U-Turn. Kat situ kena tol lagi dalam RM 2.00 and ada lagi satu tol kena RM 2.00 juga. So total-total pergi sahaja dalam RM 6.50 (phew!) Tapi, perjalanan memang lancar. Takde tekanan perasaan sebab jam ke apa. Bawa kereta pun smooth je, less 100 km/j. And terussssssss je sampai nampak bangunan HeiTech sebelah kiri. Kat sini jam sikit, sebab ada traffic light and kereta pun banyak la juga. We manage to reach HeiTech at 7.35 am macam tu. Tapi takde la kitorang terus parking masuk ke ape, just tengok-tengok jalan je. Parking pula, memang kena parking kat Summit (according to our friend that has undergo industrial training in here too). Sebab parking kat Summit is memang dah takde parking katanya. Semua dah full. Sehari parking Summit charge RM 5.00 . 


Total perjalanan dalam 43 km. Herm, dekat balik kalau dari Cheras ke Heitech rasanya, kalau tak silap dalam 20 km lebih sikit je. Plus, jimat duit tol tak kena MEX. Yang jauh neh sebab, yelah, dari Putrajaya ke Bukit Jalil tu pun dah agak jauh kan... kalau dari Cheras, straightttttttt je. (will be confirmed on July sebab wanie akan pindah ke sana).


Then, usha-usha jap around HeiTech, apa yang ada. Al-maklumlah, tak biasa lagi sampai sini. Herm, not bad. Ada Giant, Mydin Mall, kedai groceries jual sayur-sayur pun ada. So, kalau nak makan ke apa ke, rasanya takde masalah kot. Then, lepas pusing-pusing tu, teddy ajak tengok suasana jam di LDP. Hahaha.. memang teruk. No wonder la teddy ada cakap, kalau nak bayar dia RM 100 sehari pun, dia takkan sanggup nak lalu LDP. Now I know why, rasanya lagi makan modal sebab duk main braking-tekan minyak-braking balik-tekan minyak balik. Phew phewww... -.-"



Lihat laluan di sebelah kanan ye, belah wanie memang ok je. 



I'm so excited and agonizing at the same time. Ready for next Monday! ^_^