08 November 2015

Review Amaryllis Wellness Spa & Produk Spa Adania

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang..


Tengah keje sebenarnya ni, tapi sebab user tak ramai + weekend, rilex la sikit walaupun berperang jugak sepagi. Hahahaha.. ok kali ni nak share experience pegi Amaryllis Wellness Spa di Wangsa Maju. Ya rabbi! Best gile weh! Tak tipu...


Citer nye camni. Last month, adik Teddy pegi spa ni. Mula-mula dia ajak dah, tapi time tu rasa macam tak rasa nak pegi. Tapi, lepas perasan muka macam makin teruk je... badan pun dah start sengal-sengal, so terasa nak pegi spa. Memandangkan Rabu lepas off day, wanie pun ajak la adik Teddy, Siti, join sekali.



Wanie ambik whole package macam kat atas tu. Siti just nak join facial je. So, kat situ dah jimat - sorang RM 84 je. Wanie belanja je... sebab sanggup menunggu wanie 5 jam kat spa nak completekan whole session. Hahahahha.. mekasih Ti!


Before start scalp treatment dengan facial, beautician akan scan dulu scalp dengan skin kita. Dari situ dia tau, skin kita ni sebenarnya macam mana. Macam wanie, ingatkan wanie ni kulit jenis oily sebab minyak produce sangat banyak. Rupanya lepas scan, nampak putih putih kat dahi showing that area sebenarnya dry cuma wanie oily kawasan hidung je. Scalp pulak, nampak sangat tak sihat and ada merah-merah kat kulit kepala. Rambut pun nampak sangat-sangat tak bermaya. Siannya.... :'( asyik kerja je sampai tak pernah nak jaga diri....


Start dengan massage dulu. Dah macam nak tertido bila kena massage especially kat area pinggang dan bawah pinggang. Yelah, kite keje seharian duduk depan laptop je. Tu tak kira lagi bebaru ni wanie terpaksa buat spek baru sebab power dengan silau dah naik almost double. Aduhaii... sebelum pegi spa ni, dah tanya my sister dengan Teddy - ok tak nak ambik whole package ni? Both of them cakap i need it as a gift of my hard work. Good point! Diorang tak tau betapa kedek nyaaaa wanie nak spend untuk benda-benda macam ni.. hahaha


Ok, lepas massage guna minyak ape tah (sedap oi bau!), the therapist aka beautician nama Linda if not mistaken (mahap ye... dah syiok sangat sampai terlupa nama and, im very bad in remembering names... hehehe) continue to scrub whole body and legs guna Almond. Lepas settle scrub tu, of course nak mandi kan. Perghh... lembut toing toing toing kulit wanie. Dengan wangi lagi... dah macam nak kawen dah haaa! Hahahha~ lepas mandi, diorang bagi wanie pakai robe, then continue next treatment - scalp treatment. Ni pun sedap gak time Linda urut-urut kepala tu, nak tertido. Scalp wanie tu lepas dia shampu, urut-urut, and before apply mask herba (memang kuat bau herba dia), Linda laserkan dulu scalp. Rasa macam semut gigit je.. takde rasa apa sangat pun but the benefit is good. Matikan kuman-kuman ke ape.. benda ni dulu my sister ada time dia buat spa dulu. Kalau lepas picit jerawat ke, blackhead whitehead ke apa ke, along mesti dap dap kan laser ni kat affected treated area tu. Along cakap, tak bagi bengkak and matikan bacteria juga. Patutnya, wanie off je phone. Ade je yang kacau time orang tengah sedap-sedap ni.. hahaha. Mula-mula nak steam, tapi sebab ada masalah sikit - tak tahulah plug problem ke cmne, sebab bila turn on plug je terus takde elektrik. So, Linda just balut satu kepala wanie dengan plastik, and we continue facial pulak. Wanie bayar lebih sikit sebab time mask nanti wanie nak guna Gold Mask - dalam RM 20 ke 25 macam tu je additional. Mula-mula macam biasa, muka akan dicuci guna cleansing milk. Massage sikit, cuci then steam... lepas tu mula lah extraction. Extraction ni pegi la mana-mana pun, sama je rasa dia. Tapi, wanie ok je.. Boleh je tahan. Come on la.. jangan cerewat sangat. Kalau sakit, gitau je sakit. Beautician mesti akan kurangkan sket pressure time extraction tu. Kalau diam, memang lah sakit kalau sape yang tak tahan lepas tu tak bagitau. Ye dok? Bagi lah ada 2 way communication, Linda ni pun bagus.. selalu tanya wanie, ok tak? sakit tak? Kita mudah kan kerja dia sebab kita pun nak selesa jugak kan...


Time facial, Linda cakap wanie tak banyak blackhead. Rasanya whitehead je la kot, sebab kalau wanie tengok kat cermin, bawah dagu, kat hidung, kalau picit memang best whitehead tu keluar. Nak cantik, memang kena sakit sikit. Padanlah dengan bertahun-tahun tak pernah pegi spa, last pegi zaman study dulu. Tu pun semester 3 dulu. Hahahha~ lepas settle facial, time to cuci rambut. Memang herba tu bau kuat dalam 3 4 hari jugak la nak hilang. Kalau sape yang freehair, better cuti few days kalau tak tahan bau herba tu. Wanie jenis tak kisah.. hahaha. Sebelum pegi keja, pakai leave on rambut wangi-wangi sket, pakai anak tudung then pakai tudung - jangan lupa sembur perfume kat tudung. Ahahahaha!


Ok done selepas 5 jam treatment, kitorang pergi scan balik! Perghhhh.. nampak la perubahan. Especially kat pores! Nampak tertutup sikit and kulit pun tak la berminyak, nampak macam glow tu ade sikit. Bila scan scalp, nama macam kulit kepala clear, merah-merah dah takde and rambut pun nampak shining black macam baru lepas kena baja. Dalam hati, memang "Wowww... good products with excellence service diorang ni.."


Memandangkan cleanser Luminous wanie dah habis, malas pulak nak repeat order online..  2 hari jugak sementara nak dapat tu.. Ahaks... so wanie cakap la nak beli cleanser spa punya. Kat spa ni pun ada jual produk diorang gak, Adania. Ini produk organic - so sangat safe even for sensitive skin. Mula-mula nak beli cleanser je, tapi bila fikir balik advise beautician - pakai produk organic, lepas tu campur dengan produk kimia lain, takut kulit tak serasi. Betul jugak kan.. wanie pun jenis tukar-tukar facial product sebab susah nak jumpa yang sesuai macam cleanser and moisturizer Organic Aid yang dah takde dah kat Malaysia, cleanser je la takde, moisturized ada lagi tu pun selalu sold out... sedih betul! On suggestion, Linda cakap sebab umur wanie ni ehemm ehemm.. (hahahahahah) kena pakai cleanser jenis liquid. So, dia suruh wanie pakai Lavender cleanser for normal to dry skin, rose face mist dengan facial oil (ini power! memang wangi macam duk kat spa!)



Nampak bekas dia? Nampak macam mahal kan... tapi mampu milik.. Dari kiri, Lavender Cleanser (dalam RM 70) , Rose Face Mist (RM50) and Facial Oil (RM100). Total include GST dalam RM 222 macam tu. Memang boleh tahan up to 6 month, sebab cleanser tu tak payah tekan 1 pump pun, sikit je dalam duit 5 sen untuk cuci satu muka - takde rasa tegang ke ape, muka memang bersih je rasa! Lepas cuci muka, sembur face mist tu dalam 2 3 spray, dap dap sikit lepas tu face oil tu guna dalam 3 4 drop je, tak payah 1 pump pun... tapi wanie lebih kan sikit lah sebab usually wanie guna sampai ke area bawah dagu dan leher. Massage sikit muka lepas guna face oil. Paling best bila nak tido, alahai.. very calming sebab bau dia sedap sangat macam dalam spa. Actually, mula-mula takut jugak sebab oil base kan - jangan risau. Cepat je kulit serap and tak nampak pun berminyak - skin memang terus soft and supple. Dalam few days ni, wanie tengah having "P" day. So, memang kulit berminyak sikit. Usually wanie just dap dap kan face dengan oil blotter je. Pastu spray face mist tu untuk refreshing skin. Linda ada gitau, lepas pakai produk ni, certain orang akan keluar macam biji-biji halus kat muka and katanya its normal. So far, wanie notice just ada sebiji dua naik kecik je tepi area dagu macam jerawat kecik cenonet je yang dah masak (ke whitehead tu?? confuse hakak.. lolz!). Tapi its gone lepas kita cuci muka. Maybe dalam process nak ploless camtu kot... wahh gittew!


Conclusion?

Next month nak pergi lagi spa. Maybe just buat facial je. Sebab seronok bila tengok pores ni kecil sket. Mana tahu, tahun depan "rezeki hidup berdua" gittewww.. nak lah cecantik khenzzz.. ahakz! Massage tu, next time la sebab busy sangat bulan ni dengan bulan 12 nanti dengan kenduri kawan lah, dengan pindah rumah lah, dengan nak fully furnish kan rumah baru sewa nanti lah... alahai... sesape yang sudi nak jadi PA saya FOC bulan ni je, angkat tiak! Hahahha  :-P


p/s: Siti gitau, kawan dia yang ikut dia pergi spa jugak bulan lepas dan guna produk ni almost sebulan, dah nampak perubahan sikit. Kawan si Siti ni berjerawat merah-merah tu kat pipi. Memang sensitif sangat kulit dia. Tapi lepas pakai, Siti notice merah-merah tu dah kurang and macam tinggal jerawat-jerawat yang existing je. Tak nampak yang baru or merah-merah baru yang naik... i was like, for real?? ok.. lets give a shot and see how it will works with my skin!

0 comments:

Post a Comment