26 December 2017

Misi Mencari Langsir Rumah Baru

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam lagi...


Haaaa 2 post harini, sebab kat ofis takde keje. Lagi 4 minit tunggu lunch break. So, tumpang ada mood blogging ni, kita post kan ajerrrr.. *rating blog check kat Nuffnang dah jatuh sebab lembap sangat nak pos benda best-best* ... heheheheh~


Okes... memandangkan rumah baru wanie di Masreca 19 Cyberjaya dah masuk, haruslahhhhh cari langsir kan. Kang free show je kat rumah tu.. hehehe. Mula-mula, wanie dengan husband ke MK Curtain di IOI Puchong. Bila masuk, macam tak friendly langsung pekerja dia yang tunggu kat kaunter tu. Dok main games. Dahlah wanie dengan husband ni first time nak pilih pilih langsir ape semua, sampai kena panggil excuseeee meee excuseeeee meeee berkali-kali baru nak dengar. Time ni dah sentap dah, terus takde mood. So, tengok-tengok gitu je pastu terus blah. Dahlah, aku ban MK Curtain IOI Puchong tu! Tak koserrrrrrr nak pegi dah!


Ape lagi, terus ajak husband pergi Nilai 3. Haaa~ kau siap duit aje kat sini. Biasanya datang sini, si suami yang kena tarik tangan isteri kan sebab rambang mata nak itu ini. Kali ni situasi terbalik, wanie pulak yang tarik tangan husband. Pening melayan dia.. style wanie, masuk tengokkkkkk camtu. Kalau rasa cantik, ON, tak cantik, TAK ON! Hahahaha~ tapi husband, dia punya belek punya belek, kalau main dota pun dah abes 2 round.


Mula-mula, kitorang ke CK Textile. Tak tau lah adik beradik MK ke tak, so far, nice pattern dia. Cuma, wanie punya preferable, nak curtain plain. Taknak corak-corak, serabut.. hahaha~ walaupun masuk sini goyah jugak pendirian sebab ada satu curtain warna purple tu alaaaaaaa sweetttt sangat. Lepas jumpa jenis curtain yang nak, kira punya kira untuk master bedroom dan ruang tamu sahaja (upah datang rumah ukur tingkap + upah jahit + upah datang rumah balik pasang + 4 batang rail biasa + sheer curtain) = RM 2017 ... hermm... 2017. Cukup-cukup tahun ni. Hahaha~ husband macam nak ON, tapi cepat-cepat wanie cakap kita pegi survey yang lain dulu.


So pegi lah ke kedai langsir Sri Maju , opposite CK tu jugak. Pattern tak berapa masuk taste sangat, tapi kalau yang jenis plain, ada pattern macam yang wanie nak. Jenis kain guni, hahahahaha~ lepas kira-kira untuk master bedroom dan ruang tamu sahaja (upah datang rumah ukur tingkap + upah jahit + upah datang rumah balik pasang + 4 batang rail biasa + sheer curtain) = RM 1300 macam tu je. Hah! Yang ni wanie ON! Terus konfim bayar deposit semua.



Ni diorang baru sampai, nak pasang rail. Untuk bagi nampak rumah tinggi, wanie pasang rail kat ceiling, bukan dinding.

Oh ye, rail memang wanie pilih macam ni. Bagi sesetengah orang, prefer ring atau yang pattern macam sangkut-sangkut ala singlet (mahappp.. tak reti jenis jenis langsir ni) semua kan sebab senang nak buka pasang, tapi disebabkan wanie nak bagi nampak penuh dari atas sampai bawah, wanie pilih rail jenis ni. So that, tak nampak ada gaps / ruang belah atas tu. 



Ni tukang langsir tengah pasang rail kat ceiling



Pemasangan sheer curtain sedang dijalankan.. hewhewhewww


 

Tadaaaaaaaaa!!

Ini bahagian ruang tamu, wanie pilih warna hijau muda soft macam ni .. ukuran langsir ni wanie buat sampai ke hujung. Sebab kalau just tutup tingkap tu je, rasa macam pelik pula. Yang hujung nak hias ape pun tak reti.. hahaha 
(rumah takde balcony, ada tingkap je.. hewhewhew) 

Dan untuk ruang tamu, wanie cuma buat sekeping je langsirnya untuk ikat kat tepi macam dalam gambar tu.



Yang ini dalam master bedroom. Wanie guna warna dark chocolate. Ngam sikit dengan cupboard sebelah tu. Yang ni wanie buat 2 keping langsir. 



Simple. Just nice, ukuran pun cantik. Ngam ngam je, tak de labuh labuh meleret. Susun-susun curtain pun cantik. Teringat pesan mama, kalau nak beli curtain jangan ambik ukuran cukup-cukup untuk lebar tu, kena lebih supaya susunan curtain tu nanti cantik dan jangan kedekut sebab curtain memang mahal sikit, tapi berbaloi sebab pakai lama. Kalau jenis suka bertukar-tukar tu, tak tahulah. Masing-masing punya citarasa.


Pilihan warna hijau untuk ruang tamu sebab nak bagi nampak rilex dan damai je bila balik kerja. While warna coklat dalam bilik untuk kelihatan lebih privacy. Sekarang ni lampu putih, once dah pasang lampu kuning-kuning tu, alaaaa cantiknya! Bilalahhh boleh petik duit kat pokok ni.. hehehehe~


Wanie suka macam ni, takde renda renda. Tak minat. Memang corak kosong plain kain guni.. 1 meter dalam 70 - 75 ringgit tak silap, ke ada diskaun tah.. Nanti bila dah complete dengan perabot, baru la cantik. Tunggu yeeee..


Misi Pencarian Katil

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam korang....


Kunci rumah baru dah dapat 2 minggu lepas. Alhamdulillah, walaupun rumah banyak jugak defects dan wanie dah hire defects inspector, report dah diserahkan pada pihak developer minggu lepas. Harap-harap respond cepatlah according to SNP walaupun terjadi beberapa perkara yang agak sakit hati. Part ni, nanti lah wanie cerita in details. Buat sementara ni, tunggu je respond diorang. Nanti follow up semula...


One of defects yang ada is hollow tiles. Macam dekat living room, banyak jugak hollow tiles nye. Mood masuk rumah baru agak kelaut sebab duk fikir, kalau sofa semua dah beli, nanti kalau orang datang nak check, satu hal pula nak angkat sofa tu ke sana ke mari. Kalau nak kena ketuk ke apa lantai tu, dah kena tutup habis semua barang-barang yang ada takut habuk. Dah lah letih berpindah randah, mengemas semua, tidur pula atas tilam bujang je. Time rumah sewa dulu, memang wanie dengan husband tak beli katil tilam pun, sebab susah nak berpindah. So, tahan lah dulu sakit-sakit sengal-sengal badan tidur atas tilam yang takde spring (wanie and husband ada backache, orang IT, duduk depan pc standard lah minimum 8-9 jam sehari).


Fikir punya fikir dengan husband, dia tarik budget sofa dengan rak tv. Dia cakap nak beli katil dengan tilam. Defect tak defect, yang tu kemudian. Yang penting, both of us having enough and good rest. So, minggu lepas wanie dengan husband ke Viva Home, Kuala Lumpur. Wanie dah pesan husband, budget kita below 1.8k sahaja, maximum pun 2k. Husband macam biasalah, ok je.


So jalan punya jalan, kitorang decide nak King Koil. Time masuk tu, terus nampak katil "King of The Koil". Tengok harga, Queen size pun dah 30k. Terbeliak bijik mata. Tapi test la jugak katil tu, gile tak test, katil 30k.. ahahahahha! Pas tengok-tengok, ish, katil yang dok ada dalam display ni pun dah overbudget sangat ni. Semua hotel collection series.. macam tak tergamak pulak nak stay lama-lama. Bukan apa, kesian kat sales assistant tu. Penat dia explain macam-macam nanti. Tapi, husband macam rilex je dia. Dok buat best duk test satu tilam tu, Premier Deluxe. Sales assistant tu cakap, tilam yang ni Hotel J W Marriott guna. Wanie dah macam ok ok... mata ni nak terjojol keluar jeling husband ajak keluar. Tak naklah mahal-mahal sangat **baik beli PS .... hahaha bertabahlah bini kaki main games**


Tup tup.. husband cakap, "OK" . Perghhh!!! Mahal kottt.. harga tu 2 kali ganda budget maximum wanie. Tapi bila husband cakap "u sakit belakang.. dah lama sangat dah tidur tilam biasa" .... halahhhh.. terus macam nak peluk husband time tu gak. Concern rupanya.. ahahahah.. yang kita ni nak budget beli games.. hahaha~ takpelah. Budget PS tu, masuk dalam gaji wanie lah. Kehkehkeh..


Katil Premier Deluxe dari King Koil Hotel Collection ni so far sedap bila baring. Tak terlalu keras, dan tak terlalu lembut. Sesuai untuk sape yang suka tidur mengiring, atau bila bangun, badan kebas-kebas. Gambar lupa snap pula, tapi lebih kurang gambar macam ni lah ... dan rezeki kot, King Koil bagi free bedframe siap custom made color lagi, freegift 2 bantal Soft Pillow Kingkoil, 2 bantal keras (to feel like hotel, bantal keras bawah, bantal lembut atas) dan King Koil mattress protector. And kaki katil tu custom kan to 4 inch , senang nak vaccum or sapu-sapu bawahnya nanti.




9 January neh King Koil hantarkan ke rumah baru. Yayyyyyyyyyyyy!


p/s : bila lahhhhh mampu nak beli yang King of The Koil 30 ribu tu.... hahahahahaha!

11 October 2017

Resepi Asam Pedas Ikan Kedah

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Hi semua... sihat? Minggu depan dah start cuti Deepavali? Mesti ada yang dah plan cuti ke mana-mana, atau, ada ke yang kena kerja macam kite ni... ? Kihkihkih~ bertabahlah nokkkk~


Hubs takde 2 minggu... haih.. baru je dia balik seminggu lepas dari Borneo. Kali ni kena pergi lagi, haritu pergi pun 2 minggu... kali ni pergi pun 2 minggu... shiannnn mak nakkk.. asyik kena tinggal je. Sabar.... sayangkan bini tinggal tinggalkan, sayangkan laki, nanti balik outstation kena pow Sephora. Eh???


So, semalam dah dok sorang, sambil menunggu orang aircond nak datang ambik portable aircond yang bermasalah sensor agaknya kat rumah, wanie plan nak masak asam pedas for dinner sebab dah alang-alang beli daun kesum, nak buat laksa, macam malas pulak... so asam pedas lah. Asam pedas kita tau banyak version, Melaka lah... Johor lah... tapi kali ni, wanie buat asam pedas Kedah style. Asam pedas Kedah ni dia cair-cair gitu...


Bahan-bahan kat bawah ni sikit je, cukup untuk seorang makan, sebab wanie sorang je. Hehehe~


1.  Ikan dibersihkan (tak kisah ikan apa pun)
2.  Halia (sebesar ibu jari) **
3.  Kunyit hidup (sebesar ibu jari) **
4.  Seulas bawang putih **
5.  2 ulas bawang kecil **
6.  Cili kering yang sudah direbus **
7.  Sedikit belacan **
8.  Asam keping / air asam jawa
9.  Perasa (garam, aji, serbuk ikan bilis knorr (serbuk ni optional) )
10.  Daun kesum
11.  Air secukupnya
12.  Serai sebatang



Cara-caranya

1.  Blend semua bahan ** . Wanie guna blender kecik kering tu je, letak air sikit untuk bagi smooth bila blend.
//kat rumah memang sentiasa ada cili kering yang dah siap diblend bersama belacan. So, kalau korang dah ada cili pes ni, tak payah nak blend skali dengan cili dah. Kuantiti cili pes dalam 1 sudu besar sahaja.


2.  Panaskan minyak. Kuantiti minyak sedikit sahaja, dalam 2 atau 3 sudu besar, sekadar untuk menumis sahaja. Tumis bahan blend bersama serai hingga wangi dan garing.


3.  Masukkan air , ikan , daun kesum , asam keping . Biar masak sampai mendidih, kemudian masukkan perasa. Seimbangkan rasanya dengan kemasaman. Kalau guna asam keping, once dah dapat rasa dia punya masam tu, dah boleh buang asam keping. Kalau biar lagi lama, nanti takut extra masam pula.


4.  Dah siap!!


Simple kan~ nampak bahan je banyak. Macam wanie, semua bahan-bahan tu bahan basic kat rumah, kecuali daun kesum je yang kena keluar kedai pegi beli.


Selamat mencuba!


p/s : Maaf... gambar tak cantik... dah makan separuh baru teringat nak tangkap gambar. Hahahahah~

24 August 2017

Review Foundation Physician Formula InstaReady Super BB

Edit Posted by Miss Wanie with No comments


Salam korang....


Harini nak post review sikit mengenai foundation Physician Formula Insta Ready - haaa!! Terus masuk Insta takde filter filter keh?? Meh kite story mory sket...


Bagi Wanie, walaupun "BB" , coverage nya boleh tahan la , nak kata terus flawless tu, taklah. Macam Wanie, pores agak "cemerlang menyerlah" - kalau terus pakai foundation ni tak pakai apa-apa primer, masih tak mampu nak cover pores tu. 


OK, jom tengok gambar setelah pemakaian selama 6 jam. 
p/s : Sebelum pakai foundation, Wanie pakai toner, serum dan moisturizer dari Orique. tak pakai primer apa-apa...




OK, kalau tengok dari gambar, yang Wanie circle kan dengan merah adalah kawasan pores. Pores yang agak obvious masih mampu dilihat. Manakala yang circle warna orange di sebelah kawasan pores adalah kesan parut jerawat lama (tak terlalu jelas - agak lama ambil masa nak hilangkan sepenuhnya) yang boleh dicover tanpa pemakaian concealer. Yang circle warna kuning adalah jerawat yang baru naik. Not bad, boleh cover warna kemerah-merahan jerawat tu.


Di Watson, harga foundation ni sekitar RM 61.80 , normal price : RM 72.90 . Skin Wanie jenis combination, oily dan kadang-kadang dry. Foundation ni so far ok, muka pun tak shining lagi after hours wearing it. 


Suitable for daily use? 


Yup! Sangat sesuai... tapi disebabkan coverage nya yang tak berapa thick, Wanie tak suggest untuk attend event-event atau dinner sangat. Nanti Wanie cuba dengan primer Benefit Porefessional ke... and see the difference ok! Sebab pagi ni macam dah terlewat bangun, so tak sempat nak pakai primer. Lepas basic skincare, terus apply foundation ni. Nak ke kelas ke, ofis ke.... ok lah.. not bad. By the way, wanie apply this foundation guna Blending Pearl by Breena Beauty. Local products by beauty blogger! Try it~ best , lembut and tak absorb the foundation. 


Will repurchase?


Yes! Since tak pernah breakouts lagi guna foundation ni. Maksudnya, my skin able to breathe and wont clog pores (make sure cuci bersih-bersih ye). 


p/s : kadang-kadang, for finishing, Wanie guna Insta Ready BB Powder. yang ni rasanya tak masuk Malaysia lagi. Wanie beli time Wanie pegi Festival Central Danok, Thailand. 



Alrightttt... nanti Wanie review lagi ye. Macam seronok pulak dah start review-review product ni.. hehehe..