13 April 2012

Live From Lab 707 UniKL MIIT - Pentesting Workshop

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Herm... dah agak lost la jugak. Banyak lagi benda yang perlu discover sebelum nak serious dalam bidang penetration testing ni. Hari pertama which is semalam, I'm still oke lagi. Playing with some tools and coding. Syukur jugalah, nak lost sangat pun tak sebab alhamdulillah, berbekalkan sedikit pengetahuan dalam Shell Scripting, still boleh memahami lagi...


Tapi hari ni dah masuk bahagian Cyber Forensics, arghhh!! Stress! Banyak coding baru yang Wanie baru first time jumpa. For example, the usage of "cat" diganti dengan "more" (which is lebih efficient sebab it can go through page by page).


Dan sekarang ni, tengah learn pasal log. Log sangatlah penting, especially untuk dijadikan evidence if anything happened or suspecting some intrusion detection. 


Alahai... no wonder la sape yang bekerja sebagai penetration tester ni, sekali dapat gaji, 2 3 bulan boleh makan tidur goyang kaki. Dan no wonder lah, seorang penetration tester ni harus dibayar sebegitu rupa. Jangan persoalkan kenapa... cuba masuk workshop atau seminar macam ni, then baru anda akan mengerti akan pengorbanan untuk menjadi seorang penetration tester. 


Sanggupkah :
1.  Menjadi geek.. ? 
2.  Belajar programming language seperti C, C#, Python, Perl, Shell, bla bla bla.. ?
3.  Sacrificing your young age, dari berjimba-jimba dengan friends demi mendalami bidang ini?
4.  Bergelar Anonymous? (ahhahahah!! ini mengarut je.. please be someone ethical ok?)
5.  Mengucapkan selamat tinggal kepada Windows yang memanjakan user, dan says "Halllooowwww" (ikut Jozan punya script dalam Lawak Ke Der) kepada Linux?




But............




Bagi Wanie, bidang ini menarik untuk diteroka. Makin banyak yang Wanie belajar, makin Wanie rasa yang ilmu yang ada pada Wanie ni ibarat buih-buih di lautan je. 


Memang, agak give up pada mulanya ni. Hehehe.. tapi takpe.. chill, relax.. kalau tak dapat 100% lesson yang diberi oleh instructor, at least you gain something useful. 


Ok lah... nak focus balik to the workshop. Updating blog ni sebab dah stuck sangat dah ni... ok, till next post. Ta-ta! 





12 April 2012

Review - Redken Maju Junction (Derrick&Team Hairdressing)

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hari ni nak review 1 salon rambut yang bagi Wanie agak murah la kalau dalam area KL ni. Mana nak cari salon yang dah establish, lepas tu murah pulak? Cer gitau sket...  


Al-kisahnya, semalam Mr. Love fetch his brother di UIA sebab his brother nak potong rambut. So, meng-google la Wanie cari salon rambut mana yang murah. Dari banyak feedback dan review yang Wanie jumpa, banyak yang suggest salon di Maju Junction dan Shah Alam. Alahai.. nak ke Shah Alam jauh sangat la pulak, so best decision is Maju Junction lah. Lagipun, sebelum ni Wanie pernah pergi buat hair treatment di salon Maju Junction tu dengan housemate, tapi tak berapa nak ingat which salon yang Wanie pergi.


So, pilihan Wanie is salon Redken yang dimiliki oleh Derrick and Team. Ha, tengok, siap ada website sendiri lagi tu..  Alang-alang nak teman adik Mr. Love nak cut hair, Wanie tumpang sekaki lah nak cuci rambut. Dah lama tak masuk salon ni.. hehehe. Lagipun, apa salahnya, orang kata "stress treatment" kan, nak stress treatment shopping-shopping, tak mampu la pulak. Murah ok, wash and blow just RM 18! Ada potongan 20% kepada student dan staff yang dipilih, tak ingat la semua, tapi yang pasti student UNIKL memang dapat discount! Memang best lah kan?   Tapi apa pun, jangan lupa bring along your id card sebagai bukti yang korang memang student tau!


Ok sambung balik, time nak cuci tu, hair dresses tu cakap Wanie problem rambut gugur. Haih... bukan apa, bila dah dekat dengan final, pastu assignment pulak bertimbun-timbun, memang bukan rambut je gugur, muka neh ha... penuh jerawat..  tak taulah sem depan dengan FYP, ape pulak masalah nya.. haih... imbalance hormone!  Hair dresser tu ada suggest untuk buat treatment Butter Mask - for smoothing very dry and coarse unruly hair. Sedihnya, my hair wasnt supposed to be in that condition. Ni semua gara-gara malas nak jaga rambut lebih-lebih, kalau dulu, siap ada serum bagai. Sekarang ni, takde pun.. alahai lagi...


Oh ye, kalau sekadar nak Dry Hair Cut (potong je, takde cuci-cuci) bayar RM 10 je. Kalau cut, wash and blow tak silap Wanie dalam RM 34 kut.. Kalau nak treatment-treatment tu, korang boleh dapat serendah RM 65 sehinggalah < RM 200. 


Ok, dah penat buat promotion free (hopefully owner saloon neh boleh bagi free treatment hehehehe ) Herm, time to sleep. Esok nak sambung hari kedua workshop. Workshop apa? Heheh.. tunggu my next post ok? 


Good night darlings!  





11 April 2012

Review - Teratak Ikan Bakar Kampung Baru

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Lokasi kedai makan ni betul-betul bersebelahan dengan rumah sewa Wanie, di Plaza Rah ni. Selama Wanie menyewa di sini, ini baru kali kedua Wanie singgah makan di Teratak Ikan Bakar ni. 


Oleh sebab dah tahu/kenal sikit cara penyediaan makanannya, so takde lah Wanie order sewenang-wenangnya. Bukan kerana harga, tapi kuantiti makanan yang agak banyak. 


Kedai ni memang ada jual bakar-bakar macam ayam bakar, ikan bakar, nasi lemak pun ada. Tapi, Wanie tak terasa nak makan bakar-bakar ni, teringin nak merasa tomyam la pulak. Nak pergi makan di Sri Ayutthaya rasa macam mahal, sebab dalam kuantiti yang sedikit, bayar mahal. Kalau tak silap Wanie, semangkuk kecil tomyam di Sri Ayutthaya berharga RM 13.90. Alahai... teringin nak rasa, tapi mungkin next time lah. Poket tak berapa nak stabil lagi. So, di kedai makan Teratak Ikan Bakar ni, Wanie dan Mr. Love order semangkuk tomyam seafood berharga RM 12, nasi putih 2 (RM 1.50 per plate) , air jus oren dan teh ais  (RM 2.00 each). Tapi time bayar, entah apa la rezeki kitorang malam tu, kitorang just bayar RM 15 je, dapat discount weh!!! Hihihihi... 


- gambar : sumber Google -
Pemilik restoran agaknya, inilah gerangan yang memberi diskaun kepada kami! 
Terima kasih bang, murah rezeki abang lagi pasni ye..





- The Menu -



Haaaaaaaaaa......
Nampak tak? Nampak tak? Baru betul-betul seafood!


Serius, sedap! Kaw-kaw tomyam dia, taklah pedas berapi sangat, just nice! Rasa tomyam ni, mengingatkan Wanie time Wanie makan tomyam dengan family di Danok waktu bercuti ke Thailand dulu. Cuma kat Danok dulu, takdelah diorang letak lala bagai.. tapi yang ni, ummmphhh lah! Berbaloi sangat-sangat dengan harga! 

Memang Wanie recommend lah untuk korang try kalau korang peminat tomyam. Tak pernah lagi Wanie jumpa rasa tomyam sesedap yang Wanie penah makan macam kat Thailand dulu. Kalau korang suka pedas, request je to make it more spicy. 

Dari segi environment, ok la. Nak decorate ala-ala Thai pun, bukannya kedai makan Thailand. Dah nama pun kedai ikan bakar kan, just nice - selesa. Ada disediakan ruang outdoor untuk lebih feel. Tapi, time Wanie pergi tu hujan, tak payah nak feel outdoor sangat. Kang kuah tomyam jadi kuah hujan. 


Apa yang Wanie boleh cakap, I will be a return customer. Tapi ingat ye, portion semangkuk tomyam seafood tu cukup untuk 2 orang. So, boleh la share-share sorang RM 6. Hehehehe... 

Review - Restoran Fullhouse Wangsa Maju

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Pernah dengar tak restoran Fullhouse yang decorationnya ala-ala vintage sikit dan yang pasti restoran tu sangat comel.... eh! Tak, tapi SAAANGATTT COMELLLL!! Yes, serius ni. Sangat comel, sesuai untuk dating-dating.. Hahaha! 


Fullhouse yang menjadi pilihan Wanie kali ni adalah di Wangsa Maju, bersebelahan dengan Wangsa Walk. Malas nak pergi jauh-jauh sebab tak sanggup nak stuck dalam jammed. Nak pergi Fullhouse yang paling dekat (Jalan Yap Kwan Seng) problem nak parking pulak sebab area situ agak sempit. Actually, this is my first time visiting this kawaii restaurant sebab malam tu terasa sangat nak makan chicken chop. 


Berdasarkan review yang Wanie baca, ramai yang suggest untuk mencuba Wok Sear Chicken Chop. Ok lah ok lah... taknak nak mukadimah panjang-panjang. Jom kita layan gambar yang sempat Wanie snap!



Sempoi tak buku Menu dia? Wanie mula-mula terkejut jugak, apehal la diorang bagi magazine ni, dahla tengah lapar. Nasib baik bukak check dulu, kalau tidak malu je! Hahahaha!


Inilah Wok Sear Chicken Chop with Raisins Sauce. Harga dalam RM 16.90 per serve.
Ohemji! Serious tak menyesal order, sedap sangat! It comes with mashed potato. Bagi Wanie, hidangan ni sedap sebab sauce nya. Tasty, manis-manis raisins pada sauce tu pun sedang-sedang je. Lagipun, the chicken was grilled, while mashed potato tu sangat mengenyangkan - boleh rasa macam ada butter n cheese sikit. Tak tahulah betul ke tak, tapi Wanie rasa macam tu.. hehehe

While drinks, Wanie order air ape tah, Korean tea ke apa tah... ok, not bad. Dalam manis, ada rasa pahit sikit. Tapi, bukan pahit macam kopi. Pahit herba kot.. Mr.Love pulak order Lime Juice, very refreshing! Harga, RM 3.90 for each drink that we've order. 

p/s : Tisu Fullhouse tu comel. Time nak lap mulut pun, Wanie keluarkan tisu sendiri. Tisu ni Wanie bawak balik simpan, sayang nak guna. Hahaha.. Jakun!


- Close view -
Yang nampak macam serbuk-serbuk hitam tu adalah black pepper. 


Hahaha... tak habis! 
Walaupun kami datang dalam keadaan starving - eh, tak, dying, still tak mampu nak habiskan. Kenyang sangat sangat ocay!


Ini package jimat punya! 
Tengoklah harganya, murah kan? Siap sekali dengan dessert lagi.



Both pictures above shows the decoration inside the restaurant. 
Di sebelah bahagian kiri Wanie tak sempat nak snap, tapi bahagian situ untuk membeli barang-barang yang dijual di restaurant tu seperti baju, accessories dan sebagainya. Comel, dan harganya, gulp! -__-"


 Ini pula decoration di bahagian luar. 
Tak berapa menarik jika dibandingkan dengan Fullhouse di Sunway Giza kereta kaler pink kot kalau tak silap.


Muka sememeh je! Sebab tengah homesick nak balik Kedah, so terpaksa datang makan tempat-tempat macam ni untuk melupakan seketika Kedah sebab timbunan assignment yang macam gunung. (alasan! )


So, lepas ni kalau duit jatuh dari langit, Wanie pergi la pulak terjah franchise Fullhouse yang lain ye. Ok, sampai sini dulu. Tata!