31 March 2020

Resepi Kuih Qasidah Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi semua...


Lama tak berblogging balik. Rasanya last check, office block blogspot. Taktau lah sempena lockdown ni, diorang unblock ke... hahahaha.. oh ya, new office by the way. Alhamdulillah, dapat new job. Tak sangka juga sebenarnya, tapi tu lah kalau Allah dah tetapkan rezeki, siapa kita nak nafikan ye dok? Dan Alhamdulillah, kini kembali ke lapangan Linux Security... nanti lah ada masa kita sembang pasal new job ni ye...


Harini nak share pasal resepi sempena lockdown di rumah. Semalam, tengah scroll scroll Facebook, nampak ada orang share kuih qasidah. Lama tak makan kuih ni, dan susah nak dapat di Cyber ni. So, semalam jugak merajinkan diri nak buat. Menjadi, sedap! Tak ingat link resepi nak kreditkan... ampunnnn... Heheheh~



Bahan-bahannya
-----------------------------------
1)  1 cawan tepung gandum + 2 sudu besar lagi tepung gandum
2)  Setengah sudu kecil garam
3)  3 cawan air 
4)  6 sudu besar gula
5)  5-6 biji bawang kecil dimayang
6)  5 sudu besar minyak masak


Cara-caranya
---------------------------------
1)  Campurkan semua tepung gandum , garam dan gula dalam blender. Blend kan je (kalau takde blender, boleh kacau-kacau tapi jangan bagi berketul).

2)  Panaskan minyak. Goreng bawang kecil yang dimayang sampai golden brown macam dalam gambar. Ketepikan. Jangan buang minyak ni ye.

3)  Dalam periuk yang lain, masukkan bahan-bahan yang di blend tadi bersama 2  sudu minyak bawang tadi. Kacau sampai pekat , sampai bunyi pop pop. Boleh tutup api.

4)  Tuang ke dalam bekas. Dan boleh tabur bawang goreng. Kemudian, renjis-renjiskan minyak goreng bawang tadi ke atas adunan. Biarkan sejuk, then dah siap! 


Selamat mencuba! Jangan keluar rumah sepanjang lockdown ni ye!


25 October 2019

Resepi Gulai Ayam Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Baru lepas masak ni, husband tak sihat pulokkk. Fikir punya fikir apa nak masak, gulai ayam jelah sebab nak abiskan stok stok poultry dalam fridge.

Seronok pula masak pakai dapur gas. Dari masuk rumah ni, duk masak pakai dapur letrik je. Lepas dah settle buat kitchen kabinet dengan dapur baru, terasa kepuasan memasak pakai kuali dalam. Hahahahaha.. dewasanya aku! Oklah, without further ado, resepi gulai ayam di bawah 😁


Bahan-bahannya
-----------------------------------
~ 2 biji kentang dibuang kulit - potong besar boleh, kecil pun boleh
~ Ayam potong kecil basuh bersih
~ 5 ulas bawang merah (dimayang) 
~ 2 ulas bawang putih (dimayang)
~ 1 inci halia (dimayang) 
~ 1 kulit kayu manis
~ 1 bunga lawang
~ 2 biji pelaga
~ 1 asam keping
~ 1 peket rempah kari (wanie mix 1 sudu besar rempah kari cap tarbus + 1 sudu besar rempah kari cap O) - rempah kari campur dengan air panas dan kacau-kacau untuk dijadikan pes
~ 1 batang cili merah potong tengah (jangan putus) 
~ Setengah kotak kecil santan (santan Sara Wok the best!) 
~ Minyak masak


Cara-caranya
------------------------------------
1)  Panaskan minyak masak. Tumis semua bahan yang dimayang bersama kulit kayu manis, biji pelaga dan bunga lawang. Tumis sampai wangi.

2)  Masukkan pes rempah kari, kacau sebentar dan campur sedikit air untuk elakkan terlalu kering. Sentiasa kacau-kacau untuk elakkan rempah kari hangit. Masak dalam 7-10 minit, orang kata kalau rempah masak lama sikit baru sedap.

3)  Bila rempah dah garing dan pecah minyak, masukkan ayam, asam keping dan kentang. Tambah air setengah gelas. Masak sampai kentang empuk. Masukkan cili merah. 

4)  Masukkan santan, jika santan terlalu pekat jangan guna sampai setengah kotak. Santan kotak Sara Wok just nice dalam resepi ni, brand lain wanie tak sure.

5)  Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Sedikit ajinomoto jika suka. 

6)  Siap! 


24 October 2019

Resepi Nasi Goreng Cili Padi Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam semua.. harini taknak sembang panjang, nak post terus resepi nasi goreng cili padi first time buat since kahwin sebab husband suka nasi goreng yang ada cili kering. So kali ni, dia kena ikut taste kita pulak. Hehehehe..


Bahan-bahannya
----------------------------------------
~ Nasi putih sejuk gaul dengan 1 sudu garam (nasi masak dalam 2 cup) 
~ Ikan bilis - anggaran 3/4 genggam, basuh dan toskan
~ 15 batang cili padi hijau buang tangkai
~ 4 ulas bawang kecil/merah
~ 2 ulas bawang putih (wanie guna setengah sudu chopped garlic beli kat Lulu Hypermarket)
~ 1 biji telur
~ 1 kiub ikan bilis Maggi
~ Sedikit gula
~ Minyak masak


Cara-caranya
-----------------------------------------
1)  Tumbuk bilis dulu, jangan bagi lenyek terus. Sekadar kemek je (hahahahaahahha aku pun taktau camne nak describe). Asingkan. 

2)  Tumbuk cili padi bersama bawang merah dan putih. Tumbuk kasar sahaja, jangan sampai lumat. 

3)  Panaskan minyak, tumis bilis bersama cili padi dan bawang-bawang yang telah ditumbuk tadi. Kacau sebentar, dan masukkan kiub ikan bilis (sambil hancurkan dengan tangan je, jangan masuk seketul terus). Kacau sampai bilis nampak warna golden dan masukkan sedikit gula (kalau nampak kering sangat, tambah sedikit air).

4)  Masukkan nasi, kacau sebati. Buat lubang tengah-tengah kuali tu, atau husband suka cakap longkang haahahahah. Pecahkan telur di tengah-tengah, kuatkan sedikit api dan kacau sebati.

5)  Siap!


20 September 2018

Resepi Rendang Ayam

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Hi semuaaaaa…


Sebelum lupa, better nak post pasal resepi rendang ayam simple tapi sedapppppppp gila. Makan pulak dengan pulut kuning ke, ketupat lemang ke, ratah saja macam tu je ke…. memang best lah! Resepi ni dapat dari mak sedara husband, sedap tak leh stop... macam feeling raya tau. Hahaha.. jom start!

**ada part-part yang derhaka sikit cara-caranya… takpe, janji sedap weh.. hehehee


Bahan-bahannya (2-3 orang makan sebab ayam tak buat banyak)

*Bahan prep ayam selama sejam*
Ayam (wanie guna dalam 4-5 ketul)
Halia (size besar ibu jari dipotong panjang)
Kunyit hidup (size besar ibu jari dipotong biasa)
1 batang serai (dipotong bulat-bulat / serong - ikut sukalah)
1 sudu makan kerisik
1 sudu besar gula
2-3 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih (blend)


Bahan-bahan menumis
Minyak masak
1 senduk cili blend 
Santan setengah kotak (wanie guna santan SaraWok)
1 keping asam keping
Perasa (garam, gula, ajinomoto)
1 helai daun kunyit (diracik / potong halus)


Cara-caranya
1.  Panaskan minyak masak. Tumis cili blend sedikit garing, bukan hangit ye.

2.  Masukkan ayam yang sudah diprep selama sejam tadi. Kacau-kacau sedikit dan tutup kuali, biar air keluar. Sekali sekala balik-balikkan ayam, kang hangit sebelah pula)

3.  Bila nampak dah ayam nak masak, masukkan santan, asam keping dan perasa dan daun kunyit yang telah diracik.

4.  Biar sampai ayam masak dan dah sebati. Kalau pekat sangat, tambah air panas. jangan cair sangat, kang tak menjadi rendang tu. hehehehe. 

5. Ayam dah masak, dah sebati semua, rasa pun dah cukup, haaaaaaaaaaaaaa… tutup le api, Ready to serve lah. 


Kali ni ada gambar, husband rajin nak tangkap. Hahaha~

ni rupa ayam yang nak prep tadi. maksu cakap 30 minit, tapi wanie up jadi sejam sebab main game. hahaha~


ni time cili garing dan ayam dah masuk, biar ayam sampai nak kering air tu. dah separuh masak ayamnya


haaaaaaaaaaaa… ni dah siap masak. sedap oiiii