14 October 2012

I'm A Microsoft Certified in Security Fundamental!

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Alhamdulillah, all praise to Allah for this rezeki. 

Memang wanie tak sangka yang akhirnya, ada juga certificate dari well-known company macam Microsoft ni. Maksud wanie, tak sangka, ada certificate yang related dengan course wanie sekarang. Sebelum ni pun dah ada certificate dari microsoft, tapi tak berapa berkaitan dengan course sekarang ni. Wanie dah ada Microsoft Certified Technology Specialist (MCTS) ASP.NET , tapi malu nak mengaku bila ada orang tanya dah penah ada ke cert-cert profesional sebab dah lama sangat tinggal, almost forgotten dah :P

Jom nak share sket. 

Seharian hari ni, dari 8.30 pagi sampai 6 petang wanie kat campus untuk training Security Fundamental ni. Oklah... not bad, tak berasap sangat kepala sebab fundamental ja. Cuma part berasap bila part network dan access control. Semua sekali ada 5 chapter and in the end of the training, for sure la kena sit for the exam.

Total question ada 35 soalan dan masa diberi cuma 45 minit. Soalan dalam bentuk objektif tapi ada soalan yang memerlukan 2-3 jawapan. So, satu soalan harus dijawab less than 1 minute sebab balance masa boleh guna untuk recheck balik. Good news is, while answering boleh discuss, open book or open google. Its up to you, how you can manage your time untuk nak buat semua tu dalam masa less than 1 minute! :-) Soalan quite tricky sebab perghhh... boleh tahan juga nak fikir satu-satu soalan tu, dengan mata duk kerling time lagi.. jawapan memang takde direct dari buku, tapi memerlukan pemahaman sendiri dari sedikit notes dari buku + google. 1 minute for objective question in this test is simply not enough! Yes, it is! Memang kena pandai struggle untuk answer each question tu...

Macam wanie, sebelum test start, trainer akan buat ulang kaji past questions dulu dengan participants. Time ni, memang kena fokus sangat-sangat sebab if tak faham apa-apa, boleh tanya dan discuss ramai-ramai. Most of my questions came from the revision with the trainer!

So, kalau ada soalan yang senang tu atau yakin, memang wanie akan cepat-cepat jawab dan mana-mana soalan yang agak confusing dan perlukan untuk nak open google, bincang dengan kawan pe sume tu, memang wanie left dulu sebab takut masa tak sempat.

Dan akhirnya, syukur, berjaya juga wanie siapkan dan PASS!! Yayyyy!! =^_^=

Markah yang WAJIB untuk lulus adalah 70, dan wanie manage to get 83. Hihihi... terima kasih kepada Wan Benjo dan Mr. Love yang menjadi partner discussing kalut-kalut sebab kejar masa dan tahniah to both of you coz PASS jugak, hehehe.... dan terima kasih juga kepada our trainer merangkap lecturer iaitu Puan Herny atas semua bimbingan dan ajaran yang diberikan.




Now, presenting..............









=^_^= =^_^= =^_^= =^_^=

Now, I'm A Microsoft Certified in Security Fundamental!

=^_^= =^_^= =^_^= =^_^=


07 October 2012

Percuma TuneUp Utilities 2013 + Crack/Patch

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
TuneUp Utilities ni memang dah jadi software wajib dalam PC mahupun notebook. Software ni memang best sebab dah jadi macam "tukang kemas" semua perisian-perisian dan data yang ada dalam komputer wanie. 

Apa yang TuneUp Utilities boleh buat? Ok, wanie senaraikan serba ringkas.


-  clean kan hard disk : sistem komputer dah di design untuk simpan log, crash report, cache, old backup (pendek kata, yang tak perlu dan memberatkan komputer korang). if kita clean kan hard disk, maksudnya kita get rid our computer from those things lah.. 
-  delete files dengan lebih secure : dengan tuneup ni, kita boleh delete data terus. bukan macam delete masuk recycle bin tu, yang tu even clearkan dari recycle bin pun, still boleh recover balik. tools ni, ibarat "paper shredder", memang boleh dapat balik data, tapi data tu dah hancusss le.. hehehe
-  clear windows dengan 1 Click : yang ni paling best dan tak payah dah kita nak manually buat satu-satu kat komputer kita. function ni, boleh clear registry, defrag registry, remove broken shortcut (shortcut yang dah tak diguna pakai), delete temporary files (macam function clean kan hard disk), boleh optimize startup (kita boleh set sendiri, yang mana yang perlu running waktu startup atau tak. Ini sekaligus meringankan workload process komputer dan meningkatkan performance komputer) dan juga boleh defrag hard disk (kalau manually, nak kena defrag satu-satu hard disk. kalau guna tools ni, automatically defrag another disk after current disk dah habis defrag)

In short, TuneUp Utilities ni patut ada pada semua komputer - for your computer performance's sake. 

Korang boleh download software ni melalui url torrent di bawah :
*make sure korang dah install uTorrent*
http://thepiratebay.se/torrent/7647873/TuneUp_Utilities_2013_English_%2813.0.2013.194_Final%29-patch-iOTA


CARA-CARA INSTALL

1.  Run installer macam biasa. Part e-mail tu, wanie guna fake email je.

2.  Lepas dah habis install, TURN OFF atau PAUSE sekejap antivirus yang korang guna sebab patch yang akan korang guna akan di detect sebagai malware.

3.  Exit/terminate semua application TuneUp Utilities, kemudia baru klik pada patch file yang ada dalam Patch folder. Then, klik button "Patch".

4.  Dah siap! Jangan lupa RESUME balik antivirus korang ye.. :-)


Hasilnya?







05 October 2012

Resepi Nasi Lemak dan Sambal Tumis

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Dari minggu lepas lagi, mengidam sangat-sangat nak makan nasi lemak, tapi macam tak puas je lidah dengan tekak ni sebab jemu makan luar. Kemarin, mr.love bawak pergi Mydin kat Presint Diplomatik Putrajaya tu sebab nak beli sikit bahan-bahan nak masak. 

Taklah susah sangat nak masak nasi lemak ni (pergh... berlagak siot! Hahaha) walaupun tak sesedap macam mama buat, yang penting kepuasan tu.. yelah, masak sendiri.. tak sedap pun, rasa sedap.. takkan nak kutuk sendiri punya masakan kan? Kuikuikui.. jom test-test resepi wanie kali ni.. macam biasa, SIMPLE je! :-)



Servings for 2-4 persons


Bahan-bahan


Untuk nasi lemak

-  Beras 2 ½ cawan
-  Santan ½ cawan + ½ cawan air biasa (kalau nak pakai 1 cawan santan terus pun boleh, lagi lemak dan mengantuk.. :-D )
-  2 cawan air
-  Halia 2-3 cm (dibuang kulit dan dipotong memanjang)
-  2-3 batang kulit kayu manis (saiz kecil/sederhana kecil)
-  1 bunga lawang
-  Sedikit garam
-  Suku sudu kecil halba (nak bagi feeling nasi lemak tu kaw kaw sket.. haha)

Untuk sambal tumis
-  Cili boh brand Puteri (sedap, cepat dan senang nak masak)
-  Gula
-  Sedikit garam
-  Bawang besar (dipotong halus)
-  Air

-  Telur (direbus)
-  Ikan bilis (anggaran segenggam)
-  1 sudu besar tepung gandum
-  Minyak 


Cara-caranya
1.  Beras dibasuh bersih, dan masukkan semua bahan-bahan seperti santan, air, halia, kulit kayu manis, halba, bunga lawang dan sedikit garam. Kemudian masak dalam rice cooker macam biasa. Kacau sekali sekala supaya semua campuran sebati.

2.  OK, ini TIPS UNTUK IKAN BILIS RANGUP. Panaskan minyak untuk "deep fried" ikan bilis.  Gunakan api besar dan biarkan kuali macam berasap-asap sket. Time tunggu minyak tu panas, basuh ikan bilis (jangan lama-lama, nanti kembang/hilang kemasinan ikan bilis). Macam wanie, wanie basuh bawah pili air yang deras. 

    Kemudian, gaul dengan tepung gandum.. tak perlu banyak macam nak buat cucur tu, sekadar nak gaul-gaul sikit je ikan bilis tu dengan tepung. Then, terus masukkan dalam kuali. SENTIASA kacau-kacau supaya tak melekat ikan bilis tu.

3.  Bila nampak ikan bilis dah agak keras, boleh sederhanakan api dan keep kacau-kacau until yellowish. Then tutup api dan put it dalam bekas.

4.  Untuk sambal, panaskan minyak. Masukkan cili boh dan kacau-kacau.

5.  Bila dah pecah minyak, masukkan bawang dan kacau sekejap. Kemudian, tuang air sikit demi sikit sampai kuah tak terlalu cair atau tak terlalu pekat. Kemudian, perasakan dengan gula dan garam.


Ready to be serve. 


Bekal lunch ke campus hari ni... jimattt duit
Heheheeheh


03 October 2012

Resdung / Sinus Hilang

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Al-kisah, 2 hari lepas time bangun tidur, wanie rasa kepala ni berat lain macam sangat-sangat. Nak kata pening, bukan... sebelah kepala pula tu which is belah kanan. Yang mata kanan ni pula, dah rasa macam nak tersembul pun ada, rasa macam ada pressure kat mata tu. OK la... wanie just assume maybe side effect lately wanie kerap tidur lewat sebab nak siapkan semua assignment, dengan project final year lagi, pastu study untuk quiz dan test. 

Elok je wanie mengiring badan sebelah kanan untuk nak bangun tidur, perghhhh... macam nak terkeluar biji mata. Lepas tu rasa macam something like liquid yang follow pergerakan ke sebelah kanan. Kalau ke sebelah kiri, pun rasa juga, cuma yang belah kanan ni je yang over sakit. Even worse, wanie nak tunduk nak ambil barang pun, still rasa sakit-sakit. Tak dapat nak describe macam mana sakit tu. Its torturing my dayyyy!! 

Takpelah, nanti hilang la kut. Mungkin sakit kepala, tak breakfast agaknya. Wanie buat assumption ntah apa apa lagi. Serious, tak terfikir langsung pasal resdung. Sebelum ni pun pernah jadi jugak sebelum ni time semester lepas, tapi time tu wanie demam, batuk dan selesema. So, pegila ambik ubat kat hospital islamic yang betul-betul berhadapan masjid kampung baru tu. Fees jangan cakap la, campur x-ray, nebulizer on the spot sebab kahak stuck kat lungs and medicines saja, errr... RM 400. Time tu la doktor kat hospital tu detect wanie kena sinus atau resdung ni sebab despite wanie cakap wanie demam pe semua tu, wanie bagitau juga symptom-symptom sakit kepala sebelah and tak boleh tunduk tu. Lepas makan ubat dalam sehari dua, wanie terus sembuh. Dalam hati, eh resdung ke... sikit je kot sebab my father pun ada resdung teruk juga dan setahu wanie resdung ni genetic disease. 

Ok, back to the story. Time dalam kelas, ok la takde rasa apa-apa sebab jawap test je. Lepas habis test, wanie n mr.love ingat nak stay kat campus untuk settle kan keja and nak guna pc kat lab. Everything just fine until wanie tunduk nak cucuk pendrive kat pc... terjerit sikit la dalam lab tu, mujur takde orang dengar. Makin teruk wanie rasa time tu.. macam nak terjatuh terus je. Mr. love dah worried gila, lepas tu mula berleter lepas wanie cakap maybe resdung kut sebab kepala tak pening pun. Biasa la, berleter sebab wanie memang kaki seafood especially udang. Wanie kureng sket kalau ayam daging ni, tapi kalau udang... pergh, champion! :-P Adalah buat keja dalam setengah jam, lepas tu wanie cakap yang wanie dah tak tahan and wanie ajak mr.love bawa wanie ke Pusat Kesihatan UPM - wanie fikir, gomen, murah sikit kot dari swasta...

Time jumpa doktor, doktor cakap memang tu tanda-tanda sinus. Semua yang dia tanya macam, ada rasa kahak ke, ada rasa selesema ke, sakit kepala sebelah ke... semua tu wanie said yes. Especially bila bangun pagi, soksek soksek hidung ni. Lepas tu, doktor prescribe ubat macam kat bawah ni :


Syukurrrrr ya allahhhh... malam tu sebelum tidur, wanie makan ubat yang biru tu dan titis Iliadin tu 2 drops each nostril. Tak rasa apa-apa pun titis tu... cuma rasa je ubat tu mengalir ke tekak. 

The next morning, wanie try mengiring ke kanan slow-slow. Alhamdulillah, dah tak rasa apa-apa sakit langsung!! It does work with izin Allah. Hari ni dah hari ketiga and wanie tak miss lagi ubat walaupun dah tak rasa apa-apa sakit. 

Wanie pun google lah pasal iliadin ni. Rupanya, nasal drops ni fungsinya macam mengeringkan mucous dalam hidung. Sesape yang resdung, memang tahu la peritnya rasa macam ada hingus, tapi tak keluar atau kalau keluar pun tak pernah nye habis, lepas tu rasa macam ada kahak melekat kat tekak ni. Pagi tu, seriously hidung wanie kering, dah takde soksek soksek tiap-tiap pagi dan wanie rasa saluran tekak ni macam clear sikit. Takut kering sangat, wanie started drink lots of water everyday and everywhere I go, mesti bawa bekas air. Minum air banyak pun elok juga, badan pun tak la rasa lemau sangat since wanie kerap sangat makan dan minum luar n dah sah-sahla, order air manis instead air kosong kan.. 

Maybe resdung wanie masih diperingkat awal. Sesetengah orang, sampai berjerawat satu belakang, muka, blackhead whitehead teruk.. macam wanie, kalau jerawat tu controllable lagi, imbalance hormone and tido tak cukup or kalau dah dekat-dekat "full moon" tu, menjengah la jugak jerawat 2 3 ketul, heheheh.. 

Ada satu forum pasal resdung wanie baca, dia ni resdung dari kecik, memang dah teruk. Dia cakap, setakat iliadin ni, dah takde effect dah pada dia so dia ambik satu jenis lagi nasal drop/spray (tak ingat) yang ada steroid.. errrkk.... -.-"

Dan bermula dari hari tu, wanie try jaga sangat-sangat pemakanan wanie walaupun kadang-kadang "terbabas" jugak. Heheheh.. dah tak sanggup nak kena untuk kali ketiga sakit kepala tak boleh tunduk tu. Kalau makan kat luar, wanie pastikan makanan tu takde yang memerlukan belacan and eat lots of veggies. Everything start from cara pemakanan yang betul sebab dengan pemakanan yang betul, itu yang akan affect our health and lifestyle.