29 September 2012

Hijack Facebook - Penerangan dan Cara-Cara Menghijacked

Edit Posted by Miss Wanie with 2 comments
Hijack facebook? Apa tu? 

Ok meh sini wanie nak explain serba ringkas. Hijack facebook ni, lebih kurang macam korang dapat access ke facebook orang lain melalui cookies yang di capture. Cookies? Biskut? Hehehe... takkk... cookies di sini bermaksud ia macam piece of data yang simpan data-data dari sesuatu website bila user tengah browse website. Untuk full explanation pasal cookies ni, korang refer sini.

Back pasal hijack facebook ni. Actually, bahaya sebenarnya kalau korang online kat maple ke, mekdol (McD) ke, guna open wireless tu. Siyes diulang, BAHAYA! Sebab, sometimes hacker boleh steal  segala macam aktiviti online korang free-free je. Nanti wanie bagitau sedikit countermeasure atau prevention yang korang boleh buat.

Macam mana hijack facebook ni?





Amaran : Ini hanyalah sebagai pembelajaran sahaja, LEARNING PURPOSE ONLY! Jangan cuba-cuba nak test power plak ok. Sebarang insiden yang terjadi, wanie tak bertanggungjawab.


Tools yang diperlukan :
- Wireshark
- Firefox Mozilla (install pada browser : Greasemonkey dan cookie injector)

*Gambar akan diupload kemudian*

1. Pada Menu Bar Wireshark, klik Capture > Interfaces > Select Interface yang berkenaan (yang korang tengok packets tengah running tu) > Start

2. Pastu pada Filter text box (top left), korang taip ni http:cookie contains"datr" dan tekan Enter. FYI, datr ni adalah facebook authenticate cookie. So, biar running dalam 5 minit ke... ikut korang la..
    
3. Then, stop live capture dengan klik kat icon yang bawah dari View menu bar tu. Tengok kat info, selalunya yang ada /home/ ataupun /http/1.1 tu, ha.. yang tu la. Select 1 row tu.

4. Tengok pada kotak bawah yang ada Frame la, Ethernet, Internet Protocol, Transmission Control Protocol dengan Hypertext Transfer Protocol (yang ada sub tasks tu). Klik kat Hypertext Transfer Protocol, cari Cookie (yang start dengan cookie) ataupun yang ada nilai datr tu, Right Click > Copy > Bytes > Printable Text Only

5. Sekarang bukak Firefox and pergi ke login page facebook @ http://www.facebook.com > Alt+C > paste pada text box Wireshark Cookie Dump tu and then klik OK. Pastu, dia akan pop out All Cookies Has Been Written

6. Refresh page facebook tu, dan POOOOFFFFFFF!!! Hijacked berjaya! 




Ok, a bit scary kan? 

So, macam mana korang nak prevent benda ni terjadi.

1. Firstly, tukar setting pada facebook supaya setiap page korang jadi https - actually, setiap kali korang view ada https ni, segala browsing korang di encrypt, maksudnya, macam ada guard la yang akan jaga tak bagi orang masuk (senang cerita lah). 

Tapi kan, memang ada juga method yang untuk breach atau pecah masuk FB ni walaupun dah guna https. Method tu seingat wanie kena guna Backtrack and perlu tahu linux scripting sikit.


2. Each time korang surfing internet, tak kira la komputer sendiri ke, member ke, apatah lagi di cyber cafe, please please please, clear cookies korang. Benda nak jadi kan, kita mana tau. Ok la, komputer sendiri maybe korang rasa safe kan. Just imagine, kalaulah (minta simpang okay) laptop korang kena curi ke? =(


3. Dan yang terakhir, walau takde kaitan, tapi wanie nak urge everyone, DONT MAKE ANY BANKING TRANSACTIONS USING OPEN WIFI. Open wifi ni macam wifi free tu. Seriously, SANGAT BAHAYA!! Later wanie explain how, tapi kalau korang rajin nak explore, cuba korang cari pasal "keylogger", "cain and abel" .... boleh tengok sedikit sebanyak apa yang benda-benda tu boleh buat.


OK la, thats all for today. 

Wanie sendiri pun masih dalam learning process. Sebarang pertanyaan, boleh la kalau nak tanya apa-apa, dan kalau ada apa-apa yang nak share ke or whatnot, just drop the comments. 

Until next post =^^=



22 September 2012

Simple Fruit Trifle

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Few month ago, adik Wanie involve dengan Hari Kokurikulum sekolah. Dia join yang ala-ala masterchef tu (verangan sungguh budak tu.. hehehe). 2 orang kawan dia buat main course, adik Wanie pula kena buat dessert. So apa lagi, merengek la budak tu kat kakak dia sorang ni suruh cari idea and ajar dia masak. 


Mula-mula nak ajar dia buat pudding caramel brown sugar, tapi rasa macam susah pulak nanti kalau tak pernah buat. Periuk stim pula sekolah tak provide. Fikir punya fikir, trifle lah paling senang. 


So, here are the recipe. Proud la jugak, sebab trifle yang adik buat ikut resepi ni, berjaya menambat hati juri (pergh... kembang sa-taman kaww!!) sebab ada rival group satu lagi yang buat trifle gak, tapi juri lebih suka yang ni. Kehkehkeh.... 



Serving for 1-2 person.

Bahan-bahan


  • 1 peket kecil agar-agar serbuk
  • Sponge cake  (depend nak flavour apa)
  • 1 ½ sudu besar tepung custard
  • 3 cawan susu Dutch Lady (susu cair pun boleh, tapi bagi Wanie, lagi sedap susu Dutch Lady)
  • 2 sudu besar gula 
  • 1 tin fruit cocktail / fresh fruits
  • Secubit garam



Cara-caranya

1.  Tuang susu, tepung custard, gula dan secubit garam dalam periuk. Kacau non-stop sampai kuah jadi likat / pekat. 


2.  Sponge cake dipotong-potong (jangan terlalu tebal, nanti tak sedap) dan susun dalam mangkuk kaca/transparent punya bekas, baru nanti nak nampak layer by layer and make sure, SUSUN RAPAT-RAPAT.



3.  Tuang kuah custard tadi slow-slow, meliputi keseluruhan sponge cake dan bagi lebih sikit tuang tu. Then, hias / susun lapisan dengan fruit cocktail / fresh fruits.



4.  Repeat step 2 & 3 untuk buat layer seterusnya. (ini depend, kalau taknak buat layer-layer pun takpe)



5.  Masak agar-agar, tak perlu banyak sebab fungsi agar-agar ni macam nak buat lapisan transparent je on top of the layer. (time masak ni, Wanie campur sikit kuah dari fruit cocktail tu, bagi ada rasa manis sikit sebab kalau tak letak apa-apa, macam tawar je..) And lepas tu, terus tuang top of the layer cake. 



6.  Sejukkan dalam fridge and ready to be eaten.



08 July 2012

Mc Donald Puncak Alam Dirompak - KHAS BUAT -VE COMMENTERS

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Lagi artikel berkenaan mcd kena rompak ni di sini http://www.ohtidak.com/oh-gambar-mc-donald-puncak-alam-dirompak/


-------------------------------------------------------------


Sebenarnya, bukan isu kena rompak tu yang Wanie nak kupaskan sebab korang boleh baca sendiri artikel di link yang Wanie bagi tu. Isu yang Wanie nak sentuh dalam entry ni is betapa dangkalnya minda mereka-mereka yang mengatakan :


- mc d ni bukan tempat study, ini restoran
- study ni mcd ni berlagak, makan meal set mcd tp nak beli broadband pun tak mampu
- dsbnya




Sedih, simpati dan geram pun ada.


Seriously, memang Wanie nak tegur commenters yang bagi komen merepek-repek tu. As a student, Wanie faham sangat-sangat why student nak study di tempat macam mcd tu. Yang komen pelik-pelik tu, al-kononnya cikgu laa, al-kononnya student laaa.. yekeeeeeeeeeeeeeehhhhh??? *muka nyampah*


Bagi Wanie, bagus juga student study di Mcd ni. Bagi yang study jelah, yang sekadar melepak layan WiFi untuk check facebook pun, lantak korang lah kan, hak korang. Wanie sendiri pun, kaki lepak McD jugak untuk buat assignments or discussion. Eh, bagus laaaa tu student buat discussion dekat tempat public, kalau discuss tempat sunyi-sunyi, gelap-gelap?? Tak ke kawen free?? Tak ke terang-terang mengundang maksiat?? 


Macam Wanie sendiri, even Wanie mampu guna broadband, Wanie tau, masih ada lagi yang belum mampu. Kesian lah sikit, sensitif la sikit. Setengah student, walaupun dapat duit PTPTN/MARA, ada yang spend sikit duit hantar kat mak bapak yang susah. Wanie melepak di mcd pun, sebab my group partner lelaki. Boleh je nak discuss kat library, tapi cara perbincangan Wanie dalam menyelesaikan sesuatu group work, Wanie and partner lebih banyak macam bertelagah la.. bising-bising sikit. Bukan apa, untuk mendapatkan outcome yang terbaik. So, I think library is not a place for discussion for orang macam Wanie. Tapi, takde la bising sampai memekak, menyusahkan orang. 


Secondly, suasana di mcd, I mean environment yang berhawa dingin dan kemudahan plug yang agak banyak, sangat-sangat memudahkan dan menyenangkan student. Kadang-kadang, memang agak terganggu bila music yang dipasangkan agak kuat. Sebab tu, Wanie lepak mcd pun untuk tujuan yang light - discussion, doing programming, graphic, yang tak memerlukan heavy reading or memorizing. Kadang-kadang tu, lebih best study ramai-ramai dari study sorang-sorang sebab cepat mengantuk. At least, apa yang partner kita study kadang-kadang tu kita terlepas pandang note-note yang penting, so bertukar-tukar lah note kan.. 


Thirdly, sape cakap each time kat mcd kitorang order set-set tu??? Gile ke hape?? Student loaded boleh la, macam Wanie yang MARA support ni, memang berjimat cermat dengan partner. Kitorang just beli soft drinks and fries/bubur. If Wanie betul-betul lapar, baru Wanie order set, tu pun ayam je.. burger-burger.... heheehhe, Wanie tak makan burger! :-P Tu pun if dah tak tahan sangatlah, if masih boleh bear lagi dengan keadaan perut, just bubur je. Kadang-kadang tu, Wanie minum air mineral yang dibawa sendiri dari rumah je... berjimat punya hal. So, sape cakap yang lepak MCD tu kena beli set??? 


Yang lagi bangang bercakap tak pakai otak, "nape tak study siang... nape study malam atau lewat pagi?" Ish.... maaflah ye, kan dah ter'kena' bangang sedas! Eh, betul ke yang berkomen tu student?? Ke kertu jeee kat umah?? Ingat sekolah ke, kelas sampai 2 petang/12 tengahari?? Wahai cik abam atau cik ahkak, bila dah masuk universiti, kelas tak kira time tauuuuu... ada yang kena kelas habis 7 malam (teringat semester lepas, kelas habis pukul 7). Ada yang ganti kelas sampai lewat petang, tu tak kira kelas wajib waktu pagi lagi. Eh nak kena explain lagi ke, mungkin dalam group member tu, tak semua kelas yang sama, certain-certain kelas je yang sama. Yang tak kena hari dan waktu yang sama, macam mana diorang nak discuss sekali?? Kebetulan pula, dateline hantar kerja dah dekat, memang kena stay up sampai ke pagi lah! Kang cakap guna kepala lutut, blog aku kena ban plak! -.-"


Compare dengan lepak dekat mamak, Wanie rasa, mcd lebih better. Terasa sikit la secured nye. Eh, kalau benda nak jadi, kat rumah yang ada guard dog atau guard bangla tu pun boleh je kena rompak. At leastttttttttttt... kita mitigate the risk by lepak tempat yang rasanya secure sikit, yang tertutup, compared dengan lepak kat mamak. Even lepak mamak pun, still boleh kena rompak macam yang kes kat Shah Alam dulu, tak ingat seksyen berapa. 


Kesian sangat-sangat kat student yang kena. Banyakkan bersabar k, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni. Kesian sangat kat diorang, kalaulah final project just ada dalam laptop tak buat copy dalam hard disk ke, macam mana? Tak ke kena buat semula? Lagipun, bukan murah harga laptop. Koman-koman, free-dos punya laptop pun 1500. Yang berada, boleh lah replace yang baru. Yang just mengharapkan pada pinjaman??? Simpatinya...... :'(




Wahai pengomen-pengomen negative! - kasi kaler merahh ang ang sikit!


Be sensitive sebelum kalian nak keluarkan komen-komen "berbau longkenggg" tu! If you are/was a student, you should understand their situations. Ok fine, korang boleh cakap zaman korang study tak payah pun nak pergi-pergi mcd segala hal untuk study... sekarang zaman IT. Segala benda mak nenek perlukan access ke internet. Ok, cuba nyatakan, tempat mana yang SELAMAT, BUKAK SAMPAI 2 3 PAGI?? Library campus pun ada had masa jugak, bukan 24/7 bukak! The best alternative way, mestilah fast-food restaurant macam mcd. Nak  isi perut + study + discuss. Takkan nak berdiscuss di rumah sewa kottttt, lelaki perempuan bercampur??? 




Kepada student-student - peringatan untuk diri sendiri juga...


Amalkan buat backup ke hard disk ataupun guna je service cloud storage macam Dropbox. Tak apalah, dah nasib laptop nak kena curi, tapi, fikirkan kerja-kerja kalian sepanjang pengajian/final year project kalian tu. Itu lebih bermakna. Kut mana pun, bila sampai dateline, kena submit juga hasil kerja kalian tu, unless if lecturer tolak ansur, bagi lebih masa untuk buat semula. 




p/s : Semoga dijauhkan bala-bala macam ni. Tak tahu macam mana nak menghadapi benda ni kalau terjadi pada diri sendiri.... takut sangat! :'(



06 July 2012

Review - Himalaya Anti-Hair Fall Shampoo

Edit Posted by Miss Wanie with 5 comments
Akhirnya, setelah 2 bulan tak jenguk-jenguk blog, (sampai dah nak terlupa pun yang ada blog) akhirnya baru terasa nak update entry baru.


Ok, lets straight to the title as above. Kali ni, Wanie nak post review tentang shampoo Himalaya Anti-Hair Fall. Rasanya, korang mesti penah dengar brand shampoo ni? Kalau kat Midvalley, siap ada kedai Himalaya - khas untuk semua barang-barang Himalaya je. Kalau tak penah, kejap, korang tengok gambar ni. 






Haaaaa... dah macam nak pernah nampak-nampak kan? 


Ok, actually, Wanie baru bertukar pakai shampoo ni. Sebelum ni, Wanie guna Loreal yang 5 Damage tu, ala... botol putih and tudung dia kaler merah tu... bila dah lama pakai, rasanya dah immune kot dengan shampoo tu. Memang lah rambut lembut pas pakai Loreal, tapi lama-lama macam benefit yang lain-lain tu, Wanie tak dapat... so Wanie try lah yang Himalaya ni punya. Yup, Wanie memang ada problem hair fall. 


After almost a month la pakai shampoo ni, memang dah show sikit demi sikit positive impact nye. Oh ye.. Wanie pakai skali dengan conditioner dia. Sebab nye? Erm... nanti Wanie citer pros n cons dia.



Pros :
- less hair fall
- nice fragrance
- free from Parabens, Silicone n SLES/SLS

Cons
- without conditioner, your hair is like unmanaged


Few of the feedback yang Wanie jumpa kat internet pasal product ni, ramai yang frustrated. IDK la kan... maybe tak sesuai dengan dorang, but alhamdulillah, for Wanie, it suits a bit well. Memang frustrated juga sebab rambut tak selembut macam pakai Loreal dulu. Tapi, bila fikir selama ni Wanie put too many chemicals kat rambut, pakai pula shampoo yang banyak chems juga. Why not bertukar ke something yang herbal? Plus plus plussss... takut jugak sebab almost shampoo I used, contains SLES. Tolong Google k apa keburukan SLES/SLS ni... scary!!

Apa pun, untuk repurchased again, maybe 50-50. Mungkin ada lagi shampoo yang takde chemicals n herbal yang lebih baik out there. Sementara nak jumpa shampoo tu, okla.. i will still used this shampoo. 

Thats all from me. 
Do submit your feedback/comments if you have any. :-)