09 April 2012

Entry Kosong

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Nak sangat update blog tapi tak larat sebab dah mengantuk tahap karma dah ni.

Takpe, on my next post, Wanie nak share pasal tempat makan pula lah.

So, good night everyone. :-)

P/s ; tak sabar tunggubesok. Truffle yang Wanie tempah dah siap. RM 10 je okay. Hehe..

08 April 2012

Seru Berniaga

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Wanie sedang berkira-kira to do a business. And actually, this gonna be my first time Nervous ada, takut ada, happy pun ada.

Perasaingan adalah lumrah dalam perniagaan. Dan dalam perniagaan juga, ada pasang surutnya. So far, Wanie dah dapat full support dari family & Mr. Love. Especially mama lah, excited bukan main lagi bila Wanie bagitau nak start business. Dah lama mama nak anak-anak dia buat business ni, sebab mama pun berbusiness dari kecil walaupun sekadar part time. Abah pun sama, lepas quit kerja bank, abah pun start business. Kemudian jatuh minat business ni pada my eldest sister, berbusiness dari zaman universiti hinggalah dah bekerja, dah ada anak. Jatuh pula pada adik after Wanie, buat business kecil-kecilan juga.

Cuma Wanie je yang lambat sikit nak ikut jejak langkah. Dulu waktu kecik, ada juga Wanie buat biz, jual aiskrim Malaysia. Sekadar suka-suka sebab time tu, makcik yang selalu jual ais krim tu dah tak buat dah. Hehehe.. tapi tu dulu, tak serius sebab bila sehari bebudak datang beli lebih dari 10 batang, dah malas nak buat sebab tak larat nak bancuh air.

Dan sekarang, Wanie dah mula nak start. Business kecil-kecilan dululah, business apa, nanti Wanie bagitau bila dah betul-betul Wanie buat, sebab sekarang dalam perancangan je dulu. Waktu Wanie bagitau kat mama, mama memang excited sesangat lah. Mula-mula, mama ingat Wanie nak kahwin sebab Wanie cakap "mama... sebenarnya dah lama fikir ni.." Time tu memang mama ingat Wanie nak cakap nak kahwin dah. Hahahaha... mama kata, terberhenti mama tengah makan time tu. Memang gelak besar lah Wanie. Tak terlintas lagi nak tamatkan zaman bujang, sayang oh... dan mama apalagi, sanggup nak bagi modal untuk Wanie nak start business.. hehehehe pucuk dicita ulam mendatang lah kan, bagitau hasrat nak berbusiness, dapat modal pulak. Syukur :-)

Cuma yang Wanie takut, ada ke customer Wanie nanti?
Kalau barang yang dijual tak laku macam mana?
Tak ganggu masa study ke nanti?

Final makin dekat ni. Sebab tu Wanie hold dulu niat di hati, bukan taknak start awal, tapi... apa orang kata, tak sampai seru nak berniaga lagi. Nak sampai seru pun time gawat-gawat macam ni, aduhh... memang gawat sih!

Tapi tak mengapalah, buat programming pun ada cabaran, ada error and mistakes dulu sebelum dapat nak successfully compile. Sebelum ada Win 2007, ada si loser Win XP kan... hehehe... dah, cukup merepek dah ni. Lapar la pulak, kejap lagi nak settlekan assignments dan nak pergi ronda-ronda cari ilham nak berbusiness.

Wish me luck, see you in next post ;-)

01 April 2012

Koaytiau Goreng Cik Wanie

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Wahh... happy and teruja sangat. First time masak koaytiau goreng ni sebenarnya... ok jangan nak bulatkan mata sangat lah kan, Wanie memang malas sikit nak masuk ke dapur unless kalau dah lapar atau malas nak keluar pergi kedai makan. Kenapa teruja, happy, ni? Yelah.. mana taknya, housemate Wanie siap tambah lagi ok.. heheh.. sedap la tu kot?  


Ok dah, jom nak share resepinya...


Serving for 2-3 person. Kalau perut tong drum, 1-2 serving or less.. Hahaha  


Bahan-bahan (main bedal apa ada dalam fridge je)
- Udang
- Ayam (dipotong dadu/kecil-kecil)
- Veggies (carrot, cabbage, ubi kentang, taugeh)
- 1 sudu besar sos tiram
- 4-5 sudu besar sos cili
- Kicap
- Sedikit serbuk pati ayam Knorr (anggaran 1/2 sudu teh)
- Garam & gula
- Minyak masak
- Bawang putih dan merah (dipotong halus)
- Cili kisar (anggaran 1 senduk)
- Koaytiau (anggaran separuh peket) *jangan basuh/rendam guna air panas, nanti lembik. Memadai guna air biasa je


Cara-caranya
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan bawang merah. Bila dah naik bau, masukkan carrot dan ubi kentang. 


2. Bila carrot dan ubi kentang dah hampir lembut (half cook), masukkan cili kisar, ayam dan udang. Gaul rata dan biarkan sehingga cili dah masak. *selalunya, Wanie akan rasa cili tu. Bila dah kurang pedas/pecah minyak, kira oklah tu.. sebab cili kalau tak masak, pedas sikit rasanya. Wanie selalu guna cili boh brand Puteri, ada jual kat Tesco 


3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Gaul seketika. Kemudian, masukkan garam dan gula serta serbuk pati ayam Knorr. Bila dah dapat rasa yang diingini, baru masukkan koaytiau bersama cabbage dan taugeh. Gaulkan sampai koaytiau nampak lembut. Kalau warna kurang menarik, tambahkan kicap sedikit demi sedikit. Hehehe...




Ok, ready to be serve. Sedap dimakan bersama teh instant (teh bunga Yeos) sebab malas nak bancuh sendiri teh. Ngeh ngeh ngeh... orang bujang la katakan... 


Selamat mencuba! ;-)


hasilnya.. 
*yang ni wanie tak letak kicap banyak sangat*

Android Pada PC - BLUESTACK

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
OK, ini first attempt Wanie nak post tentang bab-bab geek ni. Hahaha..


Pernah cuba bermain dengan Android tak? Kalau belum pernah, ini mungkin penyelesaian bagi anda yang nak mencuba Android (mungkin tertanya-tanya mana best iOS, Blackberry dan Android kan?) Oleh kerana Wanie pengguna Android, maka Wanie cuba overcome korang punya persoalan di sini.




- Firstly, korang kena install Bluestack dulu. 


- Try install. Time install ni, environment dia macam install Ubuntu je.. Heheh.. takes time jugak nak habiskan installation. 


- Dah habis installation, korang akan perasan icon ni pada Desktop. 



Dan bila di click...


Tadaaaaaaaaaaaa!!


Ok ini antara apps yang Wanie dah synchronize dengan tablet Wanie. Yups, di samping korang yang tak penah try Android, boleh la try godek-godek apps yang ada. Ha, cuba masuk dalam "Play Shop".. yang tu semua legal apps yang disediakan oleh Android. 

Kalau korang dah ada device macam tablet atau phone Android, korang search Bluestack pada Play Shop. Lepas tu, follow instructions yang disediakan. Dengan kelebihan cloud, device korang dah boleh sync dengan pc. Siap boleh transfer-transfer apps lagi. Hehehe..

Selamat berexplore! ;-)