21 September 2016

E-day Final - Hari Majlis yang Dinantikan

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Salam semuaaaa.. ada ke yang reading blog ni, kang syiokkk sendiri pulak. Hihihihihi~

OK......... tarik nafas panjang-panjang, dalam-dalam.......... fuhhhhhhh!!

Dengan ini, saya dah official jadi TUNANGAN ORANG!!! yeahhh!!

Letih juga tau nak menjelang hari e-day ni. Dengan tiba-tiba asthma attack few days sebelum majlis sampai takleh nak kemas rumah or buat keja berat sikit, confirm semput. Tapi alhamdulillah, all went well!

OK, kat bawah ni official list barang-barang hantaran daripada pihak lelaki dan pihak perempuan which is my side.


Pihak lelaki (5 hantaran)
**  Cincin emas dengan diamond
**  Hand bag Carlo Rino
**  Skincare Orique + Jam tangan ICE
**  Kek tunang
**  Buah-buahan

Pihak perempuan (7 hantaran)
**  Perfume Calvin Klein
**  Kemeja
**  Jam tangan ICE
**  Belt + Dompet Sembonia
**  Cupcake
**  Buah-buahan
**  Set penjagan muka dan badan sponsored by "Lembut by Adlina"

Lain-lain
**  Baju tunang custom made by Lesung Creation
**  Tudung (mama beli kain meter kat Jakel dan Mak Lang potong dan jahitkan)
**  Makeup daripada Lembut by Adlina
**  Pelamin tunang DIY (kalau berkenan dengan pelamin wanie macam ni, boleh contact Lembut by Adlina - sewa RM 199 sahaja sekali stage! )




Part makanan pula, boleh kata semua homemade. Mama masak mi kari dan dessert pula puding jagung. Abah order roti jala jugak. Lepas tu along orderkan red velvet cake yang yaaaa ampunnn sedap yakmat!


Part nak disatukan pula, kitorang plan bulan 3 tahun depan. Tapi sekarang ni mama dengan wanie dah siap-siap pergi survey bridal boutique di sekitar sini. So far, kitorang dah terjah Butik Pengantin Nabil Barakbah di Alor Setar dan Ixora Bridal Boutique di Changlun. Dua-dua cantik dan harga ditawarkan pun within the budget (below 6k untuk kedua-dua belah pihak). Cuma sekarang ni, kena discuss dengan mr tunang dulu (ecewahhh.. status dah upgrade kawww.. hahahaha) dan oleh sebab size cik tunang kita ni agak XXL, kena lah datang fitting kat butik dulu. Kalau tak muat, kenalah baju baru (korang pesan partner korang nanti diet sket.. taknak diet takpe, tapi siapkan duit yeee.. hahahaha).

Oklah, meh wanie belanja sket gambar nye...




 





02 September 2016

Ikan Stim Masak Taucu Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Haaa double post, balas dendam! Hahahaha~


Semalam off day sebab weekend ni kena keja... sob sob~ malas sangat lah nak keluar rumah. Nak masak pun macam malas jugak, tapi tak makan kang kebulur. Rasa macam nak lepak kat rumah, layan citer Korea, main game, tido sampai lebam! Kalau bakal mak mertua tahu punya malas perangai ni, mau direject. Hahahah~ sebab dah malas, so resepi kali ni pun resepi bermalas-malasan, tapi harus sedap dan kena selera. Ajet-ajet nak "eat clean", jaga pemakanan sikit kali ni. Acerrrr nengok resepi Ikan Stim Masak Taucu ni ha..


Ikan?? Haaa~ selit sikit story. Yang mana kenal wanie, tahu laa wanie ni jenis tak boleh nak siang-siang ikan.. Tak tahan bau bohhh, lepas tu kesian pulak kalau nengok orang siang ikan cabut perut tu, kalau kesian takleh makan, tapi suka makan ikan~ fret not! zaman sekarang internet di hujung jari, semua boleh! Ikan, ayam, daging, udang semua dah siap potong basuh wehhhh.. korang order je kat Barang Dapur Basah ni haaa... mudah kan hidup kite-kite yang acah busy ni.. hahahaha


Bahan-bahannya:
-  2 ekor ikan
-  1 inci halia (hiris)
-  1 biji bawang besar (hiris)
-  4 biji bawang putih (ketuk)
-  1 batang serai (ketuk)
-  2 keping asam keping (kalau besar, 1 keping cukup)
-  2 sudu besar taucu (wanie guna brand Tamin)
-  2-3 sudu besar apple cidar (cuka apple)
-  1 sudu besar sos tiram
-  2 batang cili hijau
-  3 batang cili padi (ketuk/potong bulat-bulat pun boleh)
-  1 biji tomato potong 4 bahagian (optional)
-  garam + gula
-  1 cawan air
-  2-3 sudu besar minyak menumis


Cara-caranya:
1.  Stim ikan dalam 15 minit (wanie guna rice cooker je.. air rebusan tu wanie saje letak serai 3-4 batang (sebab serai lama nak buang sayang dan halia).

sebab kesian tengok ikan takde geng, so wanie tabur tabur bunga rampai bawang besar, halia dan cili padi... hahahaha~


2.  Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan serai, cili hijau dan bahan hirisan, tumis sampai wangi. Bila dah naik bau, masukkan air.

ni bahan-bahan nak berenang dalam kuali.. hehehe

3.  Masukkan taucu, asam keping, tomato dan sos tiram. Masukkan juga cuka apple nak bagi "kick" rasa dia. Bila dah mendidih, perasakan dengan garam dan gula supaya seimbang.

wanie memang suka taucu, so wanie lebihkan sikit taucu. brand taucu tamin tak berapa masin sangat, so tak lah takut-takut nak letak banyak.. hehehe


4.  Biar mendidih sampai tomato layu, kemudian boleh masukkan ikan stim tadi. Biar dia berenang dalam kuali pula dalam 5 minit. Ok siap, ready to serve!




Cak!!! Inilah hasilnya! Lapar pulak! Hahaha~





E-Day Part 3 - Barang Hantaran Tunang

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Holaaa korang...


Letih haaaa letihhhh! Tunang aje pun, belum nikah. Letih bukan sebab apa, sebab budget constrain kan.. so nak meminimakan habis perbelanjaan (ya rabbi, nak type minima tu berapa kali type-delete-type-delete - typo manjang!)


31 August lepas, parent cik abam datang jumpe parent wanie. Alaaa... bukan sebelum ni tak pernah jumpa. Cuma kali ni, officially datang discuss untuk bertunang. Nevess mak nakk! Hahahaha~ alhamdulillah, all went well. Kata sepakat dah tercapai. Hantaran 5 dulang dari pihak lelaki berbalas 7 dari pihak perempuan.


Jadinya, wanie dengan bakal tunang (tudiaaaaa.. meremang bulu roma type bakal tunang tuuu) hahahahha~ ok sambung sambung... jadinya wanie dengan cik abam menunggu weekend ni lah nak pegi shopping barang-barang tunang. Post checklist sebelum tunang sebelum ni banyak kali di edit ikut kesesuaian dan budget semasa. Hahahaha~ tapi at least, time blur dalam kereta, bagus jugak posting macam tu. Bila tengok list-list barang, macam idea kena spark untuk itu ini... so, bawah ni list terbaru lepas discuss dengan cik abam :


1. sireh junjung **tak jadi, so masih tengah berfikir nak bagi apa.. hahaha
2. pulut kacau mama buat
3. cupcake along order
4. kemeja
5. dompet + tali pinggang
6. puding mama buat
7. shower set / perfume body shop


Dari pihak lelaki pula :
1.  Cincin
2.  Kek (bakal adik ipar dah request siap-siap nak buat kat abang dia... hehehehe)
3.  Orique (skincare product yang wanie guna - mahal, kesian pulak kat cik abam.. tapi dia insist sebab dia kata kalau nak beli brand lain nanti wanie tak guna sebab skin sangat sensitive).
4.  Clutch (Carlo Rino je kut)
5.  Sepasang telekung


So, hujung minggu ni dah plan nak ke Mitsuit Premium Outlet. Nanti nak sawit sawit sikit lajak ke Melaka Premium Outlet kee... boleh pekena kenat shake (coconut shake). Hahahhaha~ and oh ya, kat Melaka banyak Pokemon best. Okehbai!