19 August 2016

Ayam Masak Cili Berlada Simple

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang....


Rasa nak break jap posting pasal tunang. Tapi, nak post resipi baru favourite cik abam kite. Selama ni kita masak sambal ayam je sebab dia memang suka sangat kalau sambal-sambal ni, lebih-lebih lagi sambal telur mata. Pernah dalam 1 minggu tu, hari-hari sambal telur sampai kita sendiri pun dah mual.


Rupanya, masak cili berlada ni lagi dia sukaaaaa. Sekali makan tu kalau 3 ketul ayam, memang dia soranglah. Bertambah makan nasik (dah lah nak tunang - kawen, bukan makin diet, makin selera makan).. kihkihkih.. ok jom tengok bahan-bahan. Kali ni wanie rajin sikit, so banyak gambar wanie ambik.. hehehe


Bahan-bahannya (cadangan dalam 2 orang makan je)

  • Ayam digaul garam kunyit (dalam resepi ni wanie guna 3 ketul ayam)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 batang cili merah
  • 1 cm halia
  • Air asam jawa
  • 1 senduk kecil cili kering kisar
  • Garam dan gula
  • Minyak memasak

Cara-caranya

1.  Goreng dulu ayam



2.  Dalam masa yang sama, potong halia, bawang besar, bawang putih dan cili merah.
**OPTIONAL : kalau korang jenis makan pedas, korang boleh tambah cili padi ye.


3.  Kalau korang ada food processor, masukkan kesemua bahan hirisan ni dalam food processor je. Kalau takde, boleh je blend kasar kasar. Time blend tu, masuk air sikit tapi jangan banyak sangat. 



Haaaa... blend biar jadi macam ni..

4.  Jangan lupa toskan ayam kalau dah masak. Jangan biar rentung pulak. Hahahah.. ok, gunakan minyak goreng ayam tadi, sedikit je dalam 5-6 sudu besar untuk tumis bahan kisar. Time tumis, masukkan sekali dengan cili kisar / cili boh. Tumis sampai masak / pecah minyak.


rupa awal-awal masuk dalam kuali


ni rupa dah nak masak

5.  Masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula. Kemudian rasalah sikit sampai dapat rasa yang diingini, kemudian masukkan ayam goreng yang ditos tadi. Kacau-kacau sikit, dah siappppp!



inilah rupanya... cik abam kata tak payah masak sambal yang favourite dia pun tak pe dah, masak yang ni je.... hahahahaah. Selamat mencuba ya! Simple je kan? ;-)



08 August 2016

E-Day Part 2 : Baju Tunang Comel dan Cantik

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Letih......


Letih sangat. Rasa geram pun ada dengan cik abe sebab kita dah ajak dia nak settle-settle bab tunang ni rasanya 2 3 bulan lepas. Tapi, dia buat cool je, rilex lahhh.. awal lagi lah... nanti dulu lah....


Bila dah tinggal berapa hari je lagi ni, baru dah start kalut. Dengan kehilangan tok, budget agak burst, tapi alhamdulillah, Allah mudahkan urusan wang ringgit ni dengan baru-baru ni cik abe dapat projek-projek website baru sampai tak menang tangan. Hal duit, syukur Tuhan dan mudahkan sangat... tapi time constrain la, nak kejar dateline.. nak mencari baju dan cincin lagi.. nak cari pokemon lagi... eh? Hahahah~


Tapi takpeeeeeeee... kali ni wanie yang nak buat rilex. Baru dia tahu penat. Biar dia! Hahaha~ Tapi, cik abe tak berani nak mengeluh sebab confirm laaa kena bising balik. Kan kita dah ajak dia berapa bulan lepas lagi sebab tak nak kalut-kalut dan memang masin mulut wanie, sebab time wanie bising-bising dulu, wanie terlepas gak cakap "kalau sebulan sebelum majlis, masing-masing sibuk, atau ada hal tak dapat nak elak, macam mana?" mihmihmihmih... lawan lagi cakap kite kan...


Memula, wanie dengan cik abe pegi Jovian, Button my Button, Minaz... sedihnyaaa.. ke Jovian, macam overpriced dan design baju tak berapa menarik hati, tapi detailing baju sangat umphh!! Kemas sangat... Then, kitorang pegi Button My Button - comel, tapi takde size dan warna yang matching


Dan semalam, selesai satu bahagian. Baju tunang! Ya Allah korangggg!! Kalau korang tengok my previous post and budget for budget tunang kan dalam RM 400... tapi when i went to Ampang Park and visit Lesung Creation (ground floor level - kedai berhadapan kedai makan laksa) you can get half of the price.. dalam RM 250 dah boleh dapat baju comel, cantik sangat! Price below than that pun ada, pun cantik juga wehh!! Sampai rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana.. hahahah.. last-last, kita ikut pilihan cik abe lah ye... Yang bestnya, dia akan buat baju baru tau. Diorang dah ada measurement siap-siap, utk XS ke, S ke, L ke... so you choose which baju yang berkenan, pastu kita test baju measurement dorang tu. Macam wanie, size XS tapi labuh tangan tu kena tambah sikit, labuh kat ketiak pun kena tambah sikit, bahu kena tambah sikit, dan panjang kain pun tambah sikit. Diorang bagi 3 tambahan free - macam kes wanie, total tambah 4 kan, so each tambah itu ini tu, RM 10 je... Baju wanie tu price RM 250, so tambah extra 1, jadi RM 260. Time tu jugak, you guys boleh choose which colour korang nak as long as same design, no charge! Hiksss!! Best! Payment kena bayar full lah on the spot kalau confirm nak, baru dorang buat baju tu ye.. ehehehhehe


Rabu ni, diorang akan contact untuk final fitting. Hopefully all went well lah, nanti wanie upload hari fitting baju ye. Bawah ni, wanie upload baju yang wanie dah choose...

tazabarrrr nak fitting weekend ni.. hahahaha

Dan weekend ni jugak, nak settlekan bab-bab cincin dan barang-barang hantaran untuk kedua-dua belah pihak. Semoga semua berjalan lancar.. 

Kehilangan Nenda Tersayang

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Hi korang...

Busy sejak dua menjak ni. Hari e-day dah makin dekat, tapi Tuhan uji sikit kesabaran. Dua minggu lepas, weekend tu plan nak mencari baju dan cincin. Tapi, postpone sebab balik kampung. Mama call, tok sakit teruk. Jadi, wanie dan cik abe pun balik kampung nak ziarah tok.. waktu tu, tok cuma berharap dengan bantuan oksigen sahaja. Maaf ya, gambar tak dapat diupload untuk jaga aurat tok.. jadi, wanie dengan cik abe plan weekend lepas lah untuk nak sambung pencarian barang-barang tunang ni.


Khamis lepas wanie off day sebab Sabtu keje... 5.30 petang, dapat call dari Lang, yang tok dah tak ada... petang tu jugak, lepas cik abe habis keje, terus shoot balik kampung. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Arwah tok, muka berseri sangat. Tak tahu macam mana nak cerita, macam orang tengah tidur. Sedih tu ada - tapi bila tengok tok macam tidur, bukan dah tak ada, rasa macam, ya Allah.. tenangnya tok aku sekarang...


Esoknya, semua anak cucu dah berkumpul. Kami anak cucu yang bergilir-gilir mandikan tok (sebab air mata tak tahan, jadi kena bergilir-gilir), siap-siapkan tok, pakaikan celak, kapankan tok... semua anak cucu yang buat (alhamdulillah) dengan guidance dari orang masjid.


Pengebumian pun berjalan dengan lancar. Yang menyambut tok di liang lahad pun cucu tok juga.. pendek kata, mudah sangatlah segala-galanya.


Malam tu, mama dan adik-adik solat hadiah kepada tok. Wanie uzur.. tak dapat nak join sekali. Esoknya, majlis tahlil 3 hari berturut-turut dan majlis dibantu semua adik beradik yang ada. Unfortunately, hari ketiga iaitu Ahad, wanie dan few cousins yang lain terpaksa balik sebab Isnin dah mula kerja.


Tok ...... sepanjang hayat dia, takde sakit teruk-teruk. Mungkin dah sampai masanya, Allah lebih sayangkan tok.....

Damailah tok di sana... tak lupa juga kepada arwah wan... semoga keduanya bersemadi dengan tenang di syurgaNya. Suatu hari nanti, kami anak cucu bakal menyusul jua...

Arwah wan - menghadap Ilahi selepas Syawal 5 tahun lepas
Arwah tok - pun sama..... selepas Syawal


................ terngiang-ngiang waktu tok masih sihat, "aku tak tau lah sempat lagi ka dak nak pi tengok rumah baru hang nanti... awat yang rumah atas langit ni mahai-mahai sangat........"


Al-fatihah untuk arwah tok, dan arwah wan...........