04 July 2015

Pengalaman Buruk di Klinik Pergigian Putrajaya

Edit Posted by Miss Wanie with 9 comments
Past 2 days wanie pegi klinik pergigian Putrajaya kat Presint 9. Sebelum sebelum tu wanie dah pergi kat klinik swasta Dr. Leen kat Kajang tu. Time tu pergi nak amalgam and scaling. Suka pergi kat klinik tu sebab doktor-doktor situ semua baik, lemah lembut and sangat penyabar. Kita yang sakit gigi ni rasa terubat sikit dengan good service diorang. Ok, back balik cerita pasal pergi klinik gigi Putrajaya tu. Humph! 


Wanie working half day sebab time pagi ada training until 12.30. So bila dah pergi situ, tengah break hour and open pukul 2pm. Ok takpe, sabar menanti. Dah pukul 2pm, terus la masuk kan. Petugas kesihatan kat kaunter tu cakap time ni untuk yang ada appointment je. Ok fine, saya memang tak tau pasal tu and saya minta maaf. Sebab ingatkan masuk jumpa doktor, doktor check and buat appointment. Takpe, petugas kesihatan tu bagi jumpa juga entah sape .. rasanya bukan doktor kot.. bilik kecik cenonet je.. takpe, bukan itu point nye. 


Yang wanie bengang kat sini sebab the way he treat his patient! Yes, me! Wanie citer la kat dia, my wisdom tooth dulu pernah bengkak and sakit. Bila x-ray kat klinik swasta sebelum ni, my wisdom tooth tu tumbuh macam first picture kat bawah ni : , tak sempat habis cerita terus suruh buka mulut nak tengok gigi.. tersentap jap sebab orang tengah cerita tak habis lagi... tapi takpe, mungkin dia dah tau whats going on so kau tak payah cakap banyak lah! ok ok.. takpe, ikutkan aje...


Itu satu hal. My molar sebelah wisdom tooth tu pun sama jugak ada halnya. Doktor Leen dah cakap wanie kena buat Root Canal - tapi total cost including xray and crowning RM 1200. Terdiam la jugak dengar harga tu, walaupun boleh bayar 3 kali. Sebab itu wanie cuba pergi klinik government. Buang negative thinking yang orang cakap petugas medical kerajaan ni buat kerja lousy and bad service. Mungkin itu dulu dulu, sekarang ni mesti dah berubah punya kan... takpe... husnudzon...


Dia pakai t-shirt biasa je time check gigi wanie. Tak tahu lah dia assistance sahaja or what, I dont want to judge or senang cakap, I dont care who you are - just treat me, or check je lah gigi wanie yang sakit. Lepas tu wanie cakap gusi sebelah atas tu minta check jap sebab terlalu hujung, tak nampak or rasa sama ada ulser ataupun gums swollen. My colleague even realize yang pipi wanie ni dah "gebu sebelah" sebab bengkak. Pastu dia ambik hujung besi mouth mirror tu, and ketuk-ketuk my first and second molar. Dia tanya yang mana sakit, I cant even identify sebab that whole area was painful, then I said molar belakang sebab bila dia ketuk situ, rasa lagi sakit (serious cakap, kuat oiii kena ketuk! ingat ketuk paku ke bang??) ! Buat kerja macam tak ikhlas - I can feel that bila dia jolok/tonyoh kasar jari dia kat tempat yang wanie suruh check ada ulser or my gums yang problem/swollen. Dia cakap takde apa-apa pun sedangkan wanie siap terjerit sakit bila ada jari dia terkena "the spot" yang wanie rasa YES THATS THE THING!! Dua tiga kali dia cakap, takde pa pe pun.. takde pa pe pun... then why my pipi bengkak?? Why pedih/sakit each time wanie brush teeth/gaggles?? When I ask why I feel sakit, he said "mana saya tahu sebab takde ape ape pun saya tengok"  


WTH?? Come on! There must be something, or if you cannot identify please say something that can calm me or reduce the pain. "Kalau awak sakit saya bagi antibiotik lah, kalau tak sakit saya tak bagi" .. kau tahu tak soft skills tu ape????


Between you and me, I dont see any difference la! We both assist clients/user, or the term "Assist" I can said "treat patient" lah for you. Same thing! Provide best service, and use soft skills to make things better even ISSUE NOT RESOLVED! Ini yang pusat kesihatan government tak ada/tak trained petugas-petugas dia dengan soft skills! Yes, wanie pun facing macam-macam karenah yang kadang-kadang, bukan kadang-kadang lah.. selalu, exceed my patience jugak! Cuba faham, orang datang dengan masalah, sakit - tugas kau untuk cuba fix masalah tu ataupun cakap "takpe macam ni, sebab saya tak nampak apa-apa masalah pada gigi/gusi awak, saya bagi oral aid [example ubat lah] kalau sakit.. try tengok ok ke tak dalam seminggu, kalau still sakit lagi datang klinik kita check further ok?" 


Seeeeeee???? Kau tak resolve pun masalah, tapi kau setidaknya bagi harapan sikit kat patient kau walaupun dia balik rumah still sakit-sakit! Bukan dengan cakap, awak sakit saya bagi antibiotik lah, tak sakit saya tak bagi lah! Macam tu ke cara kau bercakap dengan patient?????


Its not that I dont have the money - at first yes, rasa macam sayang duit je nak lebur sampai seribu lebih kan. Tapi bila dah jadi macam ni, I feel nothing!!! Rasa macam, tak pelah.. seribu pun... duit cari lainlah lepas ni kalau macam ni lah service yang korang bagi takpelah....


Dari dulu lagi, memang bad experience dengan dentist gomen! Wanie pandang korang tinggi, korang petugas medical, belajar tinggi-tinggi - takpelah kena service macam taik macam ni kat wanie, kalau yang datang tu orang tua? jauh-jauh datang? layan macam ni jugak ke?? harapnya tak lah... kalau tak boleh develop soft skills sendiri, belajar berbahasa dengan orang tua-tua yang tak masuk universiti belajar tinggi melangit pun takpa! 


Seriously, kalau macam ni ghupernyeeeeee petugas kesihatan kat Malaysia, sampai bila-bila pun korang memang akan kena cop "lousy and bad service!" Tak perlu pertikaikan pasal duit ke apa, kau kerja ikhlas ke kerja semata-mata nak gaji je? Kalau kau kerja ikhlas, lillahi Taala, tak macam ni outcome keja kau, tau-hu!!