31 March 2013

Atasi Masalah Rambut Gugur Dan Dry Skin Dengan Pureen

Edit Posted by Miss Wanie with 3 comments
Wanie memang ada problem hairfall. Stress sikit hairfall, ikat rambut lama sangat pun hairfall, pendek kata... agak teruk la nak jaga "kemanjaan dan keragaman" rambut wanie ni. 

Jenis shampoo? Eh, jangan cakaplah... Loreal for hairfall, Himalaya shampoo for hairfall dan terkini, Clear shampoo for hairfall... semua effect temporary je. Cepat betul wanie immune. Awal-awal guna shampoo-shampoo tu, ok la kejap.. lepas tu, herm... sama je. Except Himalaya tu, hairfall tak seteruk shampoo-shampoo lain yang wanie guna.

Kalau time mandi memang boleh nampak kat lantai... banyak rambut gugur. Tu tak kire tengok kat sikat rambut lagi. Treatment, jangan cakap lah.. selalu buat. Effect pun temporary, bagus tu bagus... tapi jenuh la nak pegi treatment selalu kan. Botak terus kepala sebab takde duit.. heheheh..


But not anymore! No more hairfall! Yeahhhhh!!


Ingat lagi tak post wanie pasal entry tak boleh tido tu. Kan wanie ada mention nak beli sabun baby sebab skin jadi dry after guna sabun antibacteria. So, wanie beli Head To Toe Wash brand Pureen.


wanie beli yang warne pink, most right


So, 2 in 1 lah. Can be used as shampoo and body wash. Fffuhh... lega. Skin pun moisturized, and EXTRA, no more hairfall!!!!! Tak tahu lah ape contain dalamnye, tapi pedulikan lah.. yang penting dah tak hairfall. Weeheee!!! ^_^ Bau pun sangatlah wangi, and last long. Takde dah malu-malu kalau nak buka tudung dalam surau ke, depan orang ke.... rambut wangi and fresh je. Up for few days!

Tapi, I suggest sebulan sekali or dua kali, boleh buat hair treatment. Kali ni tak payah dah nak buat hair treatment untuk hairfall or scalp ke ape.... dah boleh buat treatment biasa. Jimat duit banyak okeh..


Yes! I love Pureen product!

Past week before ke Kelantan for attending my cousin's engagement, wanie sempat beli Pureen travel pack. 


Ada lotion, sabun, shampoo dan bedak


Best! Skin pun moisturize. Lepas mandi, terus sapu satu badan dengan lotion. Tak oily or leave any stains langsung. Macam tak pakai je. Tapi, whole day skin memang tak kering. 

**nak test skin : cuba garu sket tangan tu, kalau nampak putih putih ikut kesan garu tu, memang skin dry. After few days guna baby wash and lotion Pureen, rilex je... siap rasa macam baby sebab bau baby whole day. Hahahahahah!


Absolutely, wherever I go kalau nak bermalam, Pureen travel pack neh memang wajib. Cuci rambut hari-hari pun tak risau. Product baby memang elok kan, sebab less/no-chemical. Sesuai untuk sensitive skin macam wanie. 

Dah pukul 7 malam dah. Ok, nak mandi jap. Nak shampoo and sabun dengan Pureen yogurt. Weeeeehuuuu!!


p/s : Mama pernah tanya kenapa tak beli Johnson & Johnson tu. Herm... mungkin tak sesuai dengan wanie sebab bila wanie guna, kulit wanie jadi merah-merah macam ruam kat tangan and rasa gatal-gatal. Sorry J&J, we dont belong together. Heheheheh~ ;-p 

19 March 2013

Entry Tak Boleh Tido - Promote Sabun??

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Pernah tak korang jadi macam tak boleh tidur malam, maksud wanie, macam condition wanie sekarang, mata dah merah-merah berair, tapi otak still fresh segar bugar, badan pun letih. Aaaa camno tu nak buek?


Lately, selalu macam ni lah. Puas wanie pusing kiri kanan, pejam mata.. tup tup tak tidur pun. wanie syak, sejak dah makin dekat dengan hari nak final presentation project, rasa makin susah hati.... sungguh, niat di hati rasa nak buat kenduri pulut kuning je bila dah settle present tu. 


Kesian teddy.. awak tidur la dulu ye.... saya tak boleh tidur lagi... alahai~~~ 
>.<"


Jangan ditanya penuh dengan wayar extension bagai. Hahahaha~ ada tab untuk jadi alarm, sebagai ganti telefon yang sedia ada pun takpe sebab selalu call ke message ke guna Viber and Whatsapp je.. telefon yang ada ni sekadar emergency call, tupun bila nak guna je baru nak topup. Telefon tu pulak, memang kena selalu charge sebab battery dia macam nak out je. Petanda letttewww nak minta Note 2 kat mama.. kehkehkeh.. :-P


Balik dari campus tadi, terkejut sebab dah ada curtain. Ada 2 sebab kenapa tak suka curtain : 

1.  Bilik jadi gelap, lebih prefer kain nipis jarang tu je buat curtain. 
2.  Why blueeeeee?? I want some pink colourrrrrr!! 


Lepas tu terperasan kat bilik bibik, bibik pasang cadar dia dengan cadar corak macam bantal wanie yang pink cow tu. Aiyohhhh bibik ni... -.-" minggu depan time basuh cadar, nak bibik pasang balik cadar pink kat tilam wanie. 


Eh alkisah bibik, bebaru ni bibik terguna blender wanie yang wanie selalu buat shake tu. Mujur bibik blender daun pandan je. Mau nye bibik pegi blender cili? Tak ke pedas shake wanie nanti? Hahahahaha~ 


Haihhh~ masih tak boleh nak tidur. Kena tunggu hujan kot baru nak pejam mata? Panas la sekarang ni, hujan petang je.. kalau hujan malam, baru heaven. Mandi kang pukul-pukul 4 pagi ni! :-P


Takpelah, nak mencuba jaya juga pejamkan mata. Selamat malam.......... patutnya dah boleh wish selamat pagi dah ni. Haihhhh lagi~


p/s : Lately, body skin cepat kering. Pakai lagi sabun antibacteria-antibacteria neh, dah tau allergic pakai lagi kan.. soothing gel pun takde. Esok lah nak shopping kejap. Kembali bersabun baby Pureen atau Anakku (Johnson tak boleh, rashes!). Tak dewasa langsung! Humph! 


Pureen ni all time favourite. Wangi satu bilik air lepas guna... hahahah! Skin pun moisturize je..



Anakku ni wanie pernah try yang kecik punya. Bau baby sangat! Tak best, tapi sangat smooth and soft to skin. 




p/s 2 : Motiffffff promote sabun pulak? Hahahahahahah~~~ tido lah!

18 March 2013

Me, Assignment dan Dot Dot Dot

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Haaaaa!!!

Letih, penat, sakit kepala, semua berduyun-duyun datang. Dah berasap kepala, berjam-jam buat calculation subjek BCP, atau business continuity plan, ATAU juga dipanggil "biceps" oleh certain budak class wanie. Sengal! ^_^


Semangat print kaler. Sudahnya, tido jugak kalau bukak nak baca. Unless, esok lusa quiz/test.
Alah... typical student U la kan.. :-P


This weekend my cousin bertunang. Oleh sebab kami ni pihak lelaki, so kami akan memulakan perjalanan dari Kedah ke Kelantan.. ye, cousin saya bertunang dengan cik mek klate.. hehehe.. mula-mula, mama plan kan untuk wanie, tumpang cousin je dari KL-Kelantan. Dah menyampah mengadap slides dengan fyp je, maka ini lah hasilnya :


sila click untuk tumbesaran yang sempurna
tak cukup kalsium punye gambar.. -.-"

Ahaksssss...

Tak sabar nak bercuti, I mean, bercuti terussssssssssss... habis grad!! Konon plan nak panjat Broga la (ini macam nak sangat, tapi nak ajak geng-geng BCSS - Bc. Computer System Security) join skali, reramai baru syiok kan nak lepas geram fyp kat puncak bukit tu.. pastu konon plan nak ke USS Singapore, macam hold dulu je sebab my friend ajak backpackers ke Korea. Hahahahha~ gile tak gile? >.<"

Apa pun, kalau cukup je duit neh, memang nak menjayakan plan backpackers ke Korea tu. Sekali sekala cabar diri sikit pergi bercuti negara orang, mana tau jumpa oppa-oppa ku sayang? jumpa PSY gangnam heyyy sexy ladeyhhhhh? eh? :-P

Hah, dah sudah merepek. Dah pukul 12.30am dah, esok dengan kelas pagi 8.30am, memang jenuh alarm tu nak kejut suruh bangun la jawapnya. 

Nak mandi dulu, then tido! Hihihihihi~ selamat malam sayang-sayang! 



Sememeh muka kau jangan tanya kenapa..
Salahkan assignment yang soalan berbelit-belit tu..

:-D


16 March 2013

My Soulmate :-)

Edit Posted by Miss Wanie with No comments




My lil baby boo...

Wait for me this upcoming Tuesday, we're gonna bring the rhyme together....

Missing you so mucha mucha mucha!!
XOXO

^_^

14 March 2013

Stress - part 1

Edit Posted by Miss Wanie with No comments



Susah hati sangat-sangat.

Stress sangat-sangat.

Banyak sangat masalah tengah alami sekarang ni.


Anyone out there wants to hang out with me?

:'(

05 March 2013

Hang Out and Movie's Day

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Akhirnya, keluar juga wanie bersosial and meet up with friends. Yang boleh keluar tu sebab kawan-kawan siap perli-perli tak berdunia la, sombong la, apala.... hahahahah. Dan memandangkan hari ni pun takde class and ada kawan dari Perlis datang sini untuk job interview, so seharian la keluar dari tengahari tadi sampai ke malam pukul 11.30 baru nak balik rumah. :-P

Firstly, wanie and teddy pergi pickup kawan (Pandey) kat Cheras. Decide punya decide apa plan nak buat, kata sepakat nak tengok movie. Mula-mula, wanie nak tengok movie Beautiful Creatures tu, tapi dah suara majority nak tengok Rock Ooo tu, layankan aje. OK, not bad la movie tu. Kelakar, cynical... tapi, teddy and Pandey cakap, lagi best kalau tengok dulu Rock yang first then baru nak faham overall story tu. 

Sebelum start movie, kitorang pergi ngapppp dulu kat TCRS (The Chicken Rice Shop). This is what I ordered, Hainanese Rice with Curry Chicken, price dalam RM 8.90. No water, sebab I bring along my mineral water and masih lagi dalam cubaan mendisiplinkan diri to not taking too much sugar in meals or drinks.




Bercamwhore sebentar sementara menunggu ketibaan meals si Pandey tu. Tapi, Pai Tee dia memang selamat la disental satu masuk perut. Kehkehkeh~



And here comes the Mr. Pandey. Pfffttttt! -.-"






Ini pula suasana di Midvalley tadi. Nampak sikit kan, tapi once lampu number tu on je, perghhhh... berpusu-pusu masuk. 

*weird thing about teddy: kitorang beli ticket tadi guna M2U and GSC Application tu, but still teddy nak juga redeem ticket wayang walaupun wanie dah cakap, kita scan jelah QR Code tu, ape de hal... ahahahaa... malas nak bertekak, ikutkan ajelahhh...*


After habis movie, kitorang pergi lepak kat mamak di Bangsar (opposite Bangsar Village). Hang out kejap dengan kawan yang datang dari Perlis tu and he bring along his buah hati, si Neena. Lama oiiii tak jumpa dengan kawan perempuan nan sorang ni. Masing-masing busy, dia dengan kerjanya dan wanie dengan assignment testnya... 



Sehati sejiwa sekepala juga dengan kawan wanie ni. Sama je nasib dia dengan partner dia, kami girls nak tengok Beautiful Creatures, diorang boys nak tengok citer Rock. Sudahnya, kami sama-sama cakap lepas ni kalau keluar ramai-ramai tengok movie lagi, wanie and neena pergi tengok cerita kami, the boys pergi tengok cerita dorang. Actually, my friend and her partner pun pergi jugak tengok movie Rock tu, cuma berbeza lokasi je.. Hahahahah~

After habis je hang out neh, memang masing-masing terus gerak nak balik. Letih, seharian keluar.. hehehe~ wanie and teddy pergi drop balik Pandey kat Cheras and terus balik ke Putrajaya, and now.. get ready nak solat and tidooooooooooooooooo!!

Oh, by the way.... blender shake yang wanie order last 2 week dah sampai. Yeahhh~ tak payah nak share-share blender nak buat shake dah.


Shake ni wanie bought kat Streetdeall, really worth it!

04 March 2013

Throwback - Anugerah Dekan

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Syukur Ya Allah...

Setelah bersem-sem, bersusah payah, jerih perih dan air mata, Allah hadiahkan wanie pengalaman yang amat berharga, yang amat wanie harapkan sepanjang bergelar student ni. 

Maybe ada yang berkerut kening ke, atau memang dah selalu dapat dean's award menyampah dengan post wanie. Tak kisahlah, I'm not as bright student as others, but I'm working hard on it and I feel more than excited! :-)

Ingat lagi, dalam sujud wanie kat masjid, waktu cuti sem dulu time menanti keluarnya result exam, selalu sangat menitik air mata mohon pada Allah, andai segala usaha-usahaku selama ini merupakan penghabisan dayaku dalam menuntut ilmu, kurniakanlah kepadaku ganjaran yang setimpal atas usaha-usahaku... alhamdulillah, Allah perkenankan doa wanie dan doa ibu bapa wanie yang sentiasa berdoa akan kejayaan anak-anaknya... terima kasih keduanya..

Ini kisah yang wanie nak share, this is the real story happened to me. Dulu, wanie penah kena demam yang sangattttttt panas sampai wanie tak sedarkan diri. Yang wanie tau, wanie buka je mata, wanie tengah terbaring di katil hospital dan penuh dengan wayar di badan. Dan lepas tu, I can't remember many thing, even I can't recognized my own relatives. *get tissue*

I re-sit as a SPM student at age of 18. Yes, malu, segan, semua ada. But, what can I do, I'm not asking for this to happen while all my friends pursue their studies in universities. Re-sit pula as a science student, just imagine, I just lost some of my memory and still in treatment + I need to do self learning pasal fizik, kimia, add maths... kena cover yang form 4 lagi, dengan yang form 5 punya syllabus lagi....... Allah.............

Waktu tu, ada beberapa kenalan yang buat bad assumption macam-macam pasal wanie. Tak perlulah wanie cerita what kind of those bad words, time tu family saja sumber semangat wanie untuk bangun semula, build my own life. 

Result SPM wanie memang tak excellent macam orang lain, but I'm proud, I'm not well like others, but I managed to pursue my study with the result. And on December 2009, I have my first certificate, Diploma in Computer Science. Few of my parent's friend yang knows about my condition terkejut sebab I still continue my study. 

What? You think I'm just waiting to die and rot in home without doing nothing??? 

Tak semua yang fikir negative macam tu, ada juga yang masih berfikir positive tentang wanie, and at the same time, diorang curious why I want to continue my study dalam bidang computer, learning all the programming, algorithm... 

My answer was, "Computer adalah my passion. Kalau orang lain study 1 dan dapat 10, saya terpaksa study 10 untuk dapatkan 1 semata-mata mengejar minat dan cita-cita..."

And on July 2010, wanie sambung pengajian wanie ke peringkat ijazah dan wanie cabar diri wanie untuk cuba bidang yang masih baru di Malaysia, yang masih belum matang lagi perkembangan bidang ini, which is Bc. in Computer System Security. Yes, lagi mencabar dan susah dari computer science (this is what I felt). 

Ternyata, kegagalan bukan bererti selama-lamanya kamu gagal. Memang, adakala wanie jatuh tersungkur dan memang payah untuk wanie bangun semula untuk merangkak. But, I try to never give up. In my life, I've been upside down, tears are my very best friend ever had. And when the tears gone, with the help from family and friends, I try to run and catch back what I think is mine. So, if I turned myself down, sia-sialah semua yang wanie lalui selama ini untuk sampai sehingga ke peringkat wanie berada sekarang. Seriously, dulu wanie tak pernah nak mimpi nak sambung study sampai macam ni memandangkan my health selalu worse.

Actually, effect from my demam panas tu memang ada sampai sekarang. Wanie susah untuk mengingati sesuatu perkara yang penting dan cepat sangat lupa. Solution nye, pen dan kertas peneman setia wanie. Kalau ada sesuatu perkara penting terlintas dalam fikiran, wanie akan cepat-cepat jot down. 

Luckily, my beloved mama really concerned about myself. She gave me a Galaxy Tab 8.9 to ease my life. Thanks mama... and this dean's award, I dedicated it especially for you. Thank you for all your sacrifice, I will never had the chance to repay all your good deeds even with my own life. I love you! :-)






Syukur, alhamdulillah... terima kasih Allah... :-)


02 March 2013

Short Review - Nasi Arab Sanaa Cyberjaya

Edit Posted by Miss Wanie with 6 comments
Why short review? Heheheh.. sebab tak snap banyak gambar sangat due to perut dah macam "ugut bunuh" je kalau tak makan cepat-cepat. Hahahhaha~

Ok, this posting (after few month tak update kan) nak cerita pasal nasi arab. Last week after class macam tu, memang dah kebulur tahap gaban dah. Nak makan area Kampung Baru, dah macam jemu dah. Hari-hari menu yang sama. Time dalam keta tu, terasa nak makan nasi arab. 

Bukan takde nasi arab area KL tu, tapi harga yang dorang letak tu kadang-kadang buat wanie ketar tangan je time nak bayar. Google punya google, wanie jumpa ramai yang cakap nasi arab neh pun banyak je kat area Cyberjaya. Ini sudah bagus, lagi dekat dengan rumah kat Putrajaya neh. 

Ada 2 restoran yang famous dengan nasi arab kat Cyberjaya ni. Satu, Restoran Saba dan satu lagi Restoran Sana'a atau Sanaa pun boleh lah. Lepas talk dengan teddy, kitorang decide nak ke Restoran Sana'a, murah dan sedap katanya.



*alahai, tak sempat snap gambar kedai, yang sempat, gambar makanan je...*




Ini yang wanie makan. *tapi gambar ni adalah the second time datang, bawa adik-adik teddy* So, kalau dah nama pun datang pulak, memang sedap la kan dan lepas ni, memang akan ada third time, four time.... alahhh... bertime-time lagi lah sebab memang tak rugi pun. SEDAP SANGAT DAN MURAH!!

Time first time makan, wanie order nasi kabsah chicken. Dan the second time macam dalam gambar, wanie order nasi mandi (bukan mandi manda ye murid-murid!) Each yang wanie order tu harga RM 10 je weyyyy! 

Teddy pulak order roasted chicken kut tak silap dalam RM 17 macam tu la. Air, kitorang order tea o ais je, segelas dalam RM 3.00. 

Eh, terjumpa pulak Facebook Restoran Sana'a ni. Wanie upload sekeping gambar menu dorang ye, kalau nak tengok lebih-lebih lagi menu restoran ni, boleh check Facebook Page Restoran Sana'a sendiri ok. :-)


Ini address restoran ni : 
No.13G, Biz Avenue , Neo Cyber, LINGKARAN CYBER POINT BARAT, 63000 Cyberjaya

Lokasi dia memang mudah nak cari. Kalau korang tak tau bulatan besar dalam Cyberjaya tu, cuba korang cari Domain. Tak silap wanie, ada kolej swasta area-area tu. 

Ok la, ngantuk pulak dah lepas lunch dengan ikan pekasam ni kan. Mau tak nye, 2 pinggan nasi wanie hentam...  

Jumpa lagi in next post. Salam ketiduran hujung minggu. Kehkehkeh... :-P