27 October 2012

Review - Organic Aid Cleansing Foam & Moisturizer

Edit Posted by Miss Wanie with 9 comments


Quite surprising... wanie dah stay dengan cleanser ni almost more than years!




This is Organic Aid Cleansing Foam (Non-Comodogenic and Hypo Allergenic) ni dengan Moisturizer Organic Aid sekali. Jom, wanie list down in detail sket before and after wanie pakai.



Skin Condition Before Using This Product:
-  Combination skin (very oily T-Zone, peeling skin di tepi-tepi hidung and sometimes pores area)
-  Tighten skin after cleansing
-  Skin itching after using moisturizer
-  Pimples appear like mushroom growth after rain and its spring up with no mercy! tsk! -.-"

Skin Condition After Using This Product:
-  Skin back to normal and moisturize
-  No more tighten skin
-  No more itchiness after using the Organic Aid Moisturizer
-  Pimples appears according to normal condition and depending how you care about your skin (eg; not enough sleep, stress, period, just go to bed without cleanse your makeup.. hehehe)

Yes, I can say I'm 1001%ly satsified with this product. Sebelum ni, wanie sesaja lah nak cuba-cuba try tukar cleanser lain, sebab hairan jugak, selalunya skin wanie susah nak stay dengan sesuatu product in long term. Dan tercuba la guna Cleanser Rosa T untuk acne tu. Lepas cuci je, terus muka wanie rasa tight sangat-sangat, dan lepas tu, wanie terus sapu moisturize organic aid dan memang bye-bye lah kau Rosa T. 

Tapi, macam parut-parut kesan acne yang dulu-dulu, dan kesan kulit kusam kes guna cleanser yang tak bersesuaian dulu, still ada lagi. Cuma, wanie tengok adalah sedikit je perubahan macam brighten sikit kat parut-parut tu. Wanie rasa sebab product ni takde chemicals yang banyak, sebab tu effect dia slow untuk scars. Tapi, untuk skin wanie back to normal, I noticed it only less than 2 weeks. 

I'm very glad sebab dulu wanie macam takut sangat nak pakai cleanser apa-apa pun. Apa yang wanie hope, just jumpa product yang bersesuaian, tak pelah kalau tak make my skin macam model dalam tv, as long as my skin back to normal pun dah syukur. Rasanya, sebab wanie tak putus asa searching for suitable products, mungkin Tuhan bukakan hati untuk cuba product ni.... kalau tengok kat rack Watson/Guardian, memang tak menarik perhatian kan....heheheh

Cuma, susah nak cari whole set of this product macam scrub ape sume tu. Yang selalu jumpa, cleanser, moisturizer dengan Vitamin E oil for scars (this oil wanie tak try lagi). 



History macam mana terjumpa product ni dan terus jatuh hati

Wanie tertinggal cleanser Loreal (yang ada sponge scrub tu) kat Putrajaya. Time sedar tertinggal tu time wanie dekat Lowyat dah. Takkan nak patah balik ke Putrajaya (rumah kakak) semata-mata nak ambil cleanser tu kan. Lagipun, Loreal tu wanie baru guna 2x tapi sangat-sangat teruk effect pada wanie, siap merah-merah lagi after wanie guna. Tapi sebab baru beli, sayang duit pula nak buang, so wanie plan nak habiskan je lah sementara nak beli baru.

Tapi, mr. love dah bising-bising, dia suruh beli dulu cleanser apa-apa pun sementara nak tunggu weekend nak balik ke Putrajaya. Berat la juga hati ni sebab wanie selalu Google dulu which product patut beli, tengok price, tengok effect, tengok testimoni... ni nak terus grab beli, memang tak biasa... bila fikirkan takkan seminggu tak cuci muka, so terpaksa la ringankan kaki masuk ke Watson kat Lowyat tu. Mula-mula wanie nak beli Cosmoderm, tapi macam tak jadi bila tengok Organic Aid. Time tu, wanie beli cleanser je, tak beli pun moisturizer sebab serik dengan product-product sebelum ni. 

First time wanie cleanse muka yang waktu tu combination skin, wanie terus rasa lain macam.. rasa selesa sangat. Skin tak tight dan tak terus kering macam cleanser sebelum ni, just nice! Wanie ingat, eleh.... first time guna macam ni kot. Tapi memang surprising, lepas seminggu guna (without any moisturizer), wanie notice yang peeling skin kat pores area dan tepi hidung dah macam hilang. Time tu, Loreal memang wanie terus fikir stop! Time tu, wanie gamble, pergi beli Moisturizer Organic Aid pulak. 

Wanie discipline myself, cleanse and moisturizer twice daily (bangun pagi dan sebelum tidur) - kesan yang wanie rasa memang dah cukup puas hati dan berbaloi dari segi harga! Tak mahal pun, dalam berapa belas ringgit je bagi yang kecik macam gambar, kalau yang besar sikit dalam RM 20 lebih sikit je. Lepas sebulan guna, skin wanie dah normal... alhamdulillah! =)

So far, tak bercadang lagi nak bertukar cleanser. Cuma, baru-baru ni wanie dapat free sample Toner, Moisturizer, Rosehip BB Cream dan Peeling Gel dari O'slee. Baru 2 hari guna. Herm, macam okay je toner dia... moisturizer dia pun a bit cair tapi absorb ke kulit cepat macam Organic Aid jugak. Tengoklah macam mana, bagus juga kalau ada Toner yang sesuai ni sebab after cleanse, boleh tutup pores dengan toner.. tengoklah macam mana.. kalau okay, maybe wanie akan combine my favourite Organic Aid with O'slee (sebab O'slee ni bau ada rose.... my fav!)

Okay, until next post.. tata! =^^=


23 October 2012

Where My Money Drops?

Edit Posted by Miss Wanie with No comments

Hari ni, wanie & mr. love pegi ke Alamanda sebab nak ke Digi untuk confirm balik whether  our account (phone and broadband) has been terminated or not sebab we still get an email about billing statement. Lepas check yang memang dah confirm dah terminate, lepak la kejap makan-makan kat food court tu..

Pastu ronda-ronda dalam Alamanda tu jap dan macam biasalah, mr. love kalau tak ke toilet nak buat hajat, memang tak sah! Ahahaha.. macam kite ni tak pulak kan.. hihihihi!! 

Sementara duk tunggu si dia habiskan hajatnya, wanie pusing-pusing tengok, eh, PDI! Jomlah cuci mata kejap... kekdahnye, cuci la sangat kan... tak sedar pun yang eh, tiba-tiba dah ada baju kat tangan... dan, eh.... 4 helai pulak tu... dan eh.. "banyak pulak duit ngko ye wanie" ?? 


Dan mr. love pun datang, terkejut badak dia ha... bukan dia tak tau betapa kedekkk nye si buah hati nan sorang neh kalau part nak keluarkan duit.. tapi dia, senyum je.. tak marah pun, halang pun tak... sebab memang dah tau, dia akan cakap "beli je.. bukan selalu sayang nak shopping. sayang kan kedek.." pffttt... tapi, cuba kalau wanie cakap nak beli mekap ke.. apa-apa jelah, mesti kena soal macam FBI - penting sangat ke? wajib ke? hehehehe.. 


eh... terbeli pulak! hihihihi

Dan yang tudung tu pun, "terbeli" jugak sebab takde tudung warna kuning... nak beli printed tudung rasa macam tak best sebab ada rambu-ramba tu, tak minat rambu-rambu tu.. hehehe..

Gitewwww lah kisahnya, where my money drops - PDI dan kiosk tudung depan PDI di Alamanda, Putrajaya. Tahiniah ye... tahiniah! Kerana berjaya mengikis sifat kedek selama ini... dan mulai hari ni, sila bawa bekal ke kelas untuk jimat duit belanja... 


Selamat malam...

15 October 2012

Resepi Puding Jagung / Jagung Custard

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Balik dari hang out dengan my BFF kat Yogen Fruz kat Bangi petang tadi, terus terasa macam nak buat puding jagung. Asyik tertangguh-tangguh je nak buat. So, dah tercapai dah pun hasrat... hihihi.. macam biasa, this is MY FIRST ATTEMPT buat tau and alhamdulillah, it turns out well! Hihihihihi~

Sangat simple nak buat. Serious! And here, wanie share the recipe.


Servings for 1-2 persons


Bahan-bahan
-  ½ cawan puding custard
-  ½ cawan gula pasir
-  ½ cawan jagung tin (jenis krim) //kalau nak guna lebih pun boleh
-  1 cawan air
-  1 ½ cawan susu Dutch Lady Full Cream (guna susu cair pun boleh, tapi wanie prefer susu Dutch Lady sebab rasa lagi sedap)
-  Secubit garam


Cara-caranya
-  Campurkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk.
-  Dengan api yang perlahan, kacau adunan non-stop dan boleh rasa sama ada manis atau tak, boleh outer sendiri ikut citarasa.
-  Bila dah likat, tuang ke dalam bekas. 
-  Sejukkan dalam peti ais dan ready untuk makan. 



without flash



 with flash

14 October 2012

I'm A Microsoft Certified in Security Fundamental!

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Alhamdulillah, all praise to Allah for this rezeki. 

Memang wanie tak sangka yang akhirnya, ada juga certificate dari well-known company macam Microsoft ni. Maksud wanie, tak sangka, ada certificate yang related dengan course wanie sekarang. Sebelum ni pun dah ada certificate dari microsoft, tapi tak berapa berkaitan dengan course sekarang ni. Wanie dah ada Microsoft Certified Technology Specialist (MCTS) ASP.NET , tapi malu nak mengaku bila ada orang tanya dah penah ada ke cert-cert profesional sebab dah lama sangat tinggal, almost forgotten dah :P

Jom nak share sket. 

Seharian hari ni, dari 8.30 pagi sampai 6 petang wanie kat campus untuk training Security Fundamental ni. Oklah... not bad, tak berasap sangat kepala sebab fundamental ja. Cuma part berasap bila part network dan access control. Semua sekali ada 5 chapter and in the end of the training, for sure la kena sit for the exam.

Total question ada 35 soalan dan masa diberi cuma 45 minit. Soalan dalam bentuk objektif tapi ada soalan yang memerlukan 2-3 jawapan. So, satu soalan harus dijawab less than 1 minute sebab balance masa boleh guna untuk recheck balik. Good news is, while answering boleh discuss, open book or open google. Its up to you, how you can manage your time untuk nak buat semua tu dalam masa less than 1 minute! :-) Soalan quite tricky sebab perghhh... boleh tahan juga nak fikir satu-satu soalan tu, dengan mata duk kerling time lagi.. jawapan memang takde direct dari buku, tapi memerlukan pemahaman sendiri dari sedikit notes dari buku + google. 1 minute for objective question in this test is simply not enough! Yes, it is! Memang kena pandai struggle untuk answer each question tu...

Macam wanie, sebelum test start, trainer akan buat ulang kaji past questions dulu dengan participants. Time ni, memang kena fokus sangat-sangat sebab if tak faham apa-apa, boleh tanya dan discuss ramai-ramai. Most of my questions came from the revision with the trainer!

So, kalau ada soalan yang senang tu atau yakin, memang wanie akan cepat-cepat jawab dan mana-mana soalan yang agak confusing dan perlukan untuk nak open google, bincang dengan kawan pe sume tu, memang wanie left dulu sebab takut masa tak sempat.

Dan akhirnya, syukur, berjaya juga wanie siapkan dan PASS!! Yayyyy!! =^_^=

Markah yang WAJIB untuk lulus adalah 70, dan wanie manage to get 83. Hihihi... terima kasih kepada Wan Benjo dan Mr. Love yang menjadi partner discussing kalut-kalut sebab kejar masa dan tahniah to both of you coz PASS jugak, hehehe.... dan terima kasih juga kepada our trainer merangkap lecturer iaitu Puan Herny atas semua bimbingan dan ajaran yang diberikan.




Now, presenting..............









=^_^= =^_^= =^_^= =^_^=

Now, I'm A Microsoft Certified in Security Fundamental!

=^_^= =^_^= =^_^= =^_^=


07 October 2012

Percuma TuneUp Utilities 2013 + Crack/Patch

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
TuneUp Utilities ni memang dah jadi software wajib dalam PC mahupun notebook. Software ni memang best sebab dah jadi macam "tukang kemas" semua perisian-perisian dan data yang ada dalam komputer wanie. 

Apa yang TuneUp Utilities boleh buat? Ok, wanie senaraikan serba ringkas.


-  clean kan hard disk : sistem komputer dah di design untuk simpan log, crash report, cache, old backup (pendek kata, yang tak perlu dan memberatkan komputer korang). if kita clean kan hard disk, maksudnya kita get rid our computer from those things lah.. 
-  delete files dengan lebih secure : dengan tuneup ni, kita boleh delete data terus. bukan macam delete masuk recycle bin tu, yang tu even clearkan dari recycle bin pun, still boleh recover balik. tools ni, ibarat "paper shredder", memang boleh dapat balik data, tapi data tu dah hancusss le.. hehehe
-  clear windows dengan 1 Click : yang ni paling best dan tak payah dah kita nak manually buat satu-satu kat komputer kita. function ni, boleh clear registry, defrag registry, remove broken shortcut (shortcut yang dah tak diguna pakai), delete temporary files (macam function clean kan hard disk), boleh optimize startup (kita boleh set sendiri, yang mana yang perlu running waktu startup atau tak. Ini sekaligus meringankan workload process komputer dan meningkatkan performance komputer) dan juga boleh defrag hard disk (kalau manually, nak kena defrag satu-satu hard disk. kalau guna tools ni, automatically defrag another disk after current disk dah habis defrag)

In short, TuneUp Utilities ni patut ada pada semua komputer - for your computer performance's sake. 

Korang boleh download software ni melalui url torrent di bawah :
*make sure korang dah install uTorrent*
http://thepiratebay.se/torrent/7647873/TuneUp_Utilities_2013_English_%2813.0.2013.194_Final%29-patch-iOTA


CARA-CARA INSTALL

1.  Run installer macam biasa. Part e-mail tu, wanie guna fake email je.

2.  Lepas dah habis install, TURN OFF atau PAUSE sekejap antivirus yang korang guna sebab patch yang akan korang guna akan di detect sebagai malware.

3.  Exit/terminate semua application TuneUp Utilities, kemudia baru klik pada patch file yang ada dalam Patch folder. Then, klik button "Patch".

4.  Dah siap! Jangan lupa RESUME balik antivirus korang ye.. :-)


Hasilnya?







05 October 2012

Resepi Nasi Lemak dan Sambal Tumis

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Dari minggu lepas lagi, mengidam sangat-sangat nak makan nasi lemak, tapi macam tak puas je lidah dengan tekak ni sebab jemu makan luar. Kemarin, mr.love bawak pergi Mydin kat Presint Diplomatik Putrajaya tu sebab nak beli sikit bahan-bahan nak masak. 

Taklah susah sangat nak masak nasi lemak ni (pergh... berlagak siot! Hahaha) walaupun tak sesedap macam mama buat, yang penting kepuasan tu.. yelah, masak sendiri.. tak sedap pun, rasa sedap.. takkan nak kutuk sendiri punya masakan kan? Kuikuikui.. jom test-test resepi wanie kali ni.. macam biasa, SIMPLE je! :-)



Servings for 2-4 persons


Bahan-bahan


Untuk nasi lemak

-  Beras 2 ½ cawan
-  Santan ½ cawan + ½ cawan air biasa (kalau nak pakai 1 cawan santan terus pun boleh, lagi lemak dan mengantuk.. :-D )
-  2 cawan air
-  Halia 2-3 cm (dibuang kulit dan dipotong memanjang)
-  2-3 batang kulit kayu manis (saiz kecil/sederhana kecil)
-  1 bunga lawang
-  Sedikit garam
-  Suku sudu kecil halba (nak bagi feeling nasi lemak tu kaw kaw sket.. haha)

Untuk sambal tumis
-  Cili boh brand Puteri (sedap, cepat dan senang nak masak)
-  Gula
-  Sedikit garam
-  Bawang besar (dipotong halus)
-  Air

-  Telur (direbus)
-  Ikan bilis (anggaran segenggam)
-  1 sudu besar tepung gandum
-  Minyak 


Cara-caranya
1.  Beras dibasuh bersih, dan masukkan semua bahan-bahan seperti santan, air, halia, kulit kayu manis, halba, bunga lawang dan sedikit garam. Kemudian masak dalam rice cooker macam biasa. Kacau sekali sekala supaya semua campuran sebati.

2.  OK, ini TIPS UNTUK IKAN BILIS RANGUP. Panaskan minyak untuk "deep fried" ikan bilis.  Gunakan api besar dan biarkan kuali macam berasap-asap sket. Time tunggu minyak tu panas, basuh ikan bilis (jangan lama-lama, nanti kembang/hilang kemasinan ikan bilis). Macam wanie, wanie basuh bawah pili air yang deras. 

    Kemudian, gaul dengan tepung gandum.. tak perlu banyak macam nak buat cucur tu, sekadar nak gaul-gaul sikit je ikan bilis tu dengan tepung. Then, terus masukkan dalam kuali. SENTIASA kacau-kacau supaya tak melekat ikan bilis tu.

3.  Bila nampak ikan bilis dah agak keras, boleh sederhanakan api dan keep kacau-kacau until yellowish. Then tutup api dan put it dalam bekas.

4.  Untuk sambal, panaskan minyak. Masukkan cili boh dan kacau-kacau.

5.  Bila dah pecah minyak, masukkan bawang dan kacau sekejap. Kemudian, tuang air sikit demi sikit sampai kuah tak terlalu cair atau tak terlalu pekat. Kemudian, perasakan dengan gula dan garam.


Ready to be serve. 


Bekal lunch ke campus hari ni... jimattt duit
Heheheeheh


03 October 2012

Resdung / Sinus Hilang

Edit Posted by Miss Wanie with No comments
Al-kisah, 2 hari lepas time bangun tidur, wanie rasa kepala ni berat lain macam sangat-sangat. Nak kata pening, bukan... sebelah kepala pula tu which is belah kanan. Yang mata kanan ni pula, dah rasa macam nak tersembul pun ada, rasa macam ada pressure kat mata tu. OK la... wanie just assume maybe side effect lately wanie kerap tidur lewat sebab nak siapkan semua assignment, dengan project final year lagi, pastu study untuk quiz dan test. 

Elok je wanie mengiring badan sebelah kanan untuk nak bangun tidur, perghhhh... macam nak terkeluar biji mata. Lepas tu rasa macam something like liquid yang follow pergerakan ke sebelah kanan. Kalau ke sebelah kiri, pun rasa juga, cuma yang belah kanan ni je yang over sakit. Even worse, wanie nak tunduk nak ambil barang pun, still rasa sakit-sakit. Tak dapat nak describe macam mana sakit tu. Its torturing my dayyyy!! 

Takpelah, nanti hilang la kut. Mungkin sakit kepala, tak breakfast agaknya. Wanie buat assumption ntah apa apa lagi. Serious, tak terfikir langsung pasal resdung. Sebelum ni pun pernah jadi jugak sebelum ni time semester lepas, tapi time tu wanie demam, batuk dan selesema. So, pegila ambik ubat kat hospital islamic yang betul-betul berhadapan masjid kampung baru tu. Fees jangan cakap la, campur x-ray, nebulizer on the spot sebab kahak stuck kat lungs and medicines saja, errr... RM 400. Time tu la doktor kat hospital tu detect wanie kena sinus atau resdung ni sebab despite wanie cakap wanie demam pe semua tu, wanie bagitau juga symptom-symptom sakit kepala sebelah and tak boleh tunduk tu. Lepas makan ubat dalam sehari dua, wanie terus sembuh. Dalam hati, eh resdung ke... sikit je kot sebab my father pun ada resdung teruk juga dan setahu wanie resdung ni genetic disease. 

Ok, back to the story. Time dalam kelas, ok la takde rasa apa-apa sebab jawap test je. Lepas habis test, wanie n mr.love ingat nak stay kat campus untuk settle kan keja and nak guna pc kat lab. Everything just fine until wanie tunduk nak cucuk pendrive kat pc... terjerit sikit la dalam lab tu, mujur takde orang dengar. Makin teruk wanie rasa time tu.. macam nak terjatuh terus je. Mr. love dah worried gila, lepas tu mula berleter lepas wanie cakap maybe resdung kut sebab kepala tak pening pun. Biasa la, berleter sebab wanie memang kaki seafood especially udang. Wanie kureng sket kalau ayam daging ni, tapi kalau udang... pergh, champion! :-P Adalah buat keja dalam setengah jam, lepas tu wanie cakap yang wanie dah tak tahan and wanie ajak mr.love bawa wanie ke Pusat Kesihatan UPM - wanie fikir, gomen, murah sikit kot dari swasta...

Time jumpa doktor, doktor cakap memang tu tanda-tanda sinus. Semua yang dia tanya macam, ada rasa kahak ke, ada rasa selesema ke, sakit kepala sebelah ke... semua tu wanie said yes. Especially bila bangun pagi, soksek soksek hidung ni. Lepas tu, doktor prescribe ubat macam kat bawah ni :


Syukurrrrr ya allahhhh... malam tu sebelum tidur, wanie makan ubat yang biru tu dan titis Iliadin tu 2 drops each nostril. Tak rasa apa-apa pun titis tu... cuma rasa je ubat tu mengalir ke tekak. 

The next morning, wanie try mengiring ke kanan slow-slow. Alhamdulillah, dah tak rasa apa-apa sakit langsung!! It does work with izin Allah. Hari ni dah hari ketiga and wanie tak miss lagi ubat walaupun dah tak rasa apa-apa sakit. 

Wanie pun google lah pasal iliadin ni. Rupanya, nasal drops ni fungsinya macam mengeringkan mucous dalam hidung. Sesape yang resdung, memang tahu la peritnya rasa macam ada hingus, tapi tak keluar atau kalau keluar pun tak pernah nye habis, lepas tu rasa macam ada kahak melekat kat tekak ni. Pagi tu, seriously hidung wanie kering, dah takde soksek soksek tiap-tiap pagi dan wanie rasa saluran tekak ni macam clear sikit. Takut kering sangat, wanie started drink lots of water everyday and everywhere I go, mesti bawa bekas air. Minum air banyak pun elok juga, badan pun tak la rasa lemau sangat since wanie kerap sangat makan dan minum luar n dah sah-sahla, order air manis instead air kosong kan.. 

Maybe resdung wanie masih diperingkat awal. Sesetengah orang, sampai berjerawat satu belakang, muka, blackhead whitehead teruk.. macam wanie, kalau jerawat tu controllable lagi, imbalance hormone and tido tak cukup or kalau dah dekat-dekat "full moon" tu, menjengah la jugak jerawat 2 3 ketul, heheheh.. 

Ada satu forum pasal resdung wanie baca, dia ni resdung dari kecik, memang dah teruk. Dia cakap, setakat iliadin ni, dah takde effect dah pada dia so dia ambik satu jenis lagi nasal drop/spray (tak ingat) yang ada steroid.. errrkk.... -.-"

Dan bermula dari hari tu, wanie try jaga sangat-sangat pemakanan wanie walaupun kadang-kadang "terbabas" jugak. Heheheh.. dah tak sanggup nak kena untuk kali ketiga sakit kepala tak boleh tunduk tu. Kalau makan kat luar, wanie pastikan makanan tu takde yang memerlukan belacan and eat lots of veggies. Everything start from cara pemakanan yang betul sebab dengan pemakanan yang betul, itu yang akan affect our health and lifestyle.